Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 29 June 2012

~Mana Satu Hudud Pas ni?~

hahahha...ni lar hudud-hudud versi pas ...
kesian modalnya hanya satu hudud je....ish aq malas nk citer lar bnda2 cmni karang kera2 lebai pas kata ni sume fitnah umno n yg paling penting salah umno...

pas pis pus

berikut ada lah kata-kata dan komen Nik Aziz dan Karpal Sink....(owh dengan kafir bolh bekerjasama tp dengan islam sendiri berbagai dan beribu alasan dicipta bg meraih sokongan...pelik!!!!)

ish ish ish tak boleh laksana cari seribu alasan.kata-kata seorang pemimpin kanan PAS..


"langkah mayat sy dulu lar "karpal sink

 
kih kih kih

 korang tak percaya ckp aq kn nah ambil lar.....

lagi kata-kata Hadi Awang

hah sekarang aq nak tunjuk kat korang semua inilar kata-kata dari mulut pemimpin Pas sendiri nk salah UMNO lg kew....(kadang-kadang rasa kesian dengan lebai2 pas ni.... :( (sedih konon) )








~Lagi isu rakyat ditipu oleh seorang penasihat sebuah parti di Malaysia...siapakah dia????!!

eh bersilat ke apa nih...kih kih kih....
ni sume salah umno ler ni ajar aq bersilat plk...hahahaha...
18/6/2012 - Skandal RM3billion: Murad Khalid sedia beri kerjasama
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
 
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
 
"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."
 
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
 
Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu.- 18/6/2012
20/6/2012 - Isu RM3 billion: Minta tunjuk bukti akaun, Anwar merapu soal curi dan rogol...

Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan senang hati adakan sidang media dilobi Parlimen pada Rabu sebab tiga kali cabarannya dalam Dewan Rakyat minta ahli parlimen BN bangun ulang tuduhan beliau memiliki aset RM3 bilion tidak disahut.
Ketua Pembangkang itu kata semua itu mainan media UMNO, TV3, RTM dan Utusan.
“Itu semua fitnah jahat dan tidak boleh dipertahanan. Mereka guna media jadi saya tidak boleh jawab sebab saya tidak ada ruang untuk jawab,” ujarnya.
Beliau sekali lagi bangkitkan soal akuan bersumpah pegarah siasatan BPR (kini SPRM)  Abdul Razak Idirs yang siasat kes itu ketika beliau dalam penjara Sungai Buloh.
Anwar mengulangi sedia disiasat berhubung kes itu termasuk meminta siasatan serupa terhadap akaun Perdana Menteri dan Timbalannya.
Perkara sama turut dinyatakan Anwar ketika dalam Dewan Rakyat sebelum sidang media tersebut.
Soal siasat (semula) saya tak halang, saya akan beri kerjasama. Tapi yang saya kesalkan ialah isu ini dikitar semula.
"Kalau ada bukti lain yang dikemukakan, saya tak ada masalah. Kita boleh berbeza politik...tapi ini (fitnah) tak perlu," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Sementara itu menerusi sidang media di lobi Parlimen, Anwar sekali lagi menegaskan dakwaan terhadap pemilikan aset sejumlah RM3 bilion itu tidak berasas.
Bagaimanapun ketika sidang media itu, Anwar yang ditanya Agendadaily, sama ada beliau sedia membuktikan penyata akaun miliknya bagi menafikan dakwaan tersebut, Anwar sebaliknya mencabar pihak yang membuat dakwaan agar berbuat demikian.
"Kalau saya tuduh anda curi wang, adakah anda yang kena cari bukti? Saya lah yang kena buktikan..inilah hukum UMNO.     
"Sekarang ini BPR kata tak ada asas...pergi tanya BPRlah (bukti). Anda rogol orang, adakah anda kena cari bukti anda rogol siapa?," katanya sambil menunding jari kepada wartawan Agendadaily.
Anwar macam biasa naik angin dan lepas geram pada Agendadaily dengan berkata,” soalan itu reflek UMNO mentaliti..please ...sekian, Wasalamualaikum!,”.
Beliau kemudian bangun meninggalkan sidang media itu hanya selepas soalan pertama Agendadaily.– 20/6/2012 - OLEH ROSLAN BIAN
26/6/2012 - Scandal RM3 Billion Anwar - Jawapan KP SRPM 

Sejak isu RM3 bilion babitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Perkasa dan Umi Hafilda Ali mengemukakan bukti-bukti terbaru selain pengakuan bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), agensi itu yang kini dikenali SPRM terus ‘tutup mulut’.
Ketua Pembangkang itu sudah menyatakan sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai 20 akaun itu ketika beliau jadi Timbalan Perdana Menteri.
Kemunculan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassin Mohamed di bangunan Parlimen, Rabu jadi tumpuan petugas media untuk bertanya soalan mengenai siasatan agensi itu terhadap Anwar.
Bagaimapun, Abu Kassim tidak cepat melatah kena jolok dengan wartawan sebaliknya hanya memaklumkan SPRM akan siasat isu itu jika ada bukti kukuh.
Katanya, setakat ini SPRM tidak bercadang atau mengeluarkan apa-apa kenyataan meminta Anwar hadir untuk membantu siasatan.
Abu Kassim enggan mengulas lebih lanjut isu itu sebaliknya mahu media fokus kepada tujuan sidang media hari ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2011 kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Radzi pula meminta isu rasuah jangan dipolitikkan kerana perbuatan rasuah adalah jenayah.
Selain itu katanya, cadangan kuasa pendakwaan supaya diletakkan di bawah kuasa SPRM akan dibincangkan semula dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.
Menurut Radzi,  pihaknya sebelum ini telah mencadangkan mengenai perkara itu tetapi ditolak oleh kerajaan.
"Kita sudah mencadangkannya sebanyak dua kali tetapi tidak berjaya.
"Kita akan tengok sekali lagi selepas melihat laporan tahunan SPRM (2011) agar ia (cadangan) dipertimbangkan (semula)," katanya.
Katanya, JKMR akan bermesyuarat dan menyiapkan laporan lengkap mengenainya dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, yang akan dibentang dalam sidang Parlimen akan datang.
Kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada SPRM memulakan pendakwaan kes rasuah secara penuh tanpa merujuk Peguam Negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Jun lalu berkata, sekiranya SPRM diberi kuasa untuk membuat keputusan mendakwa, maka tidak wujud unsur pemikiran yang bebas dalam mempertimbangkan fakta dan keterangan sesuatu kes secara objektif.
JKMR ditubuhkan di bawah Akta SPRM yang bertujuan untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM dalam menangani masalah rasuah di negara ini.
Seramai tujuh anggota dalam JKMR yang terdiri daripada Mohd Radzi selaku pengerusi, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Salahuddin Ayub (PAS- Kubang Kerian), Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) dan Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia 27/6/2012- OLEH ROSLAN BIAN

Thursday 28 June 2012

~persamaan antara bendera UMNO ngn bendera diluar negara...apakah persamaannya ....mari kita lihat...!!!~

bukan nak kata apa ...mgkin gambar ni byk memberi tafsiran pada kita rakyat Malaysia utk menilainya...
warna bendera mgkin sama...dan kita tgk lar lpas ni puak2 sebelah sana tu nk berkata apa plk lepas ni kn....


ANAK JATI MALAYA ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada presiden baru Mesir iaitu Mohd Morsi  

~gempar Anak Seorang Pemimpin Yang sering suka Dibogelkan~


aduh apa nk diherankn apa biler dia sendiri yang suke dibogelkan dgn kenyataan dia sendiri...hahah...Haduhai!!! Memang jenis manusia tak malu betul la Si Nurul Izzah ni. Dia memang suka agaknya bila kainnya diselak depan khalayak ramai.

Tapi, apa nak heran ye tak. Sedangkan Papa dia sendiri pun jenis manusia yang tak de maruah, inikan pulak dia. Mana perginya nasi kalau tidak ke mulut kn...kih kih kih !!! 

Itu pasal la dia suka buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan terhadap pihak Kerajaan. Dulu kata Kapal Selam tak boleh menyelam. Sekarang tuduh benda lain pulak. Yang orang dok tuduh Papa dia tu, bila pulak dia nak jawab!!! Takkan nak buat bodoh je kot!!!


BERIKUT ADALAH TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANITA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. 

Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.


Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. 

Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. 

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.


Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia 
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia


Monday 25 June 2012

~KATA2 DR. RIDHUAN TEE JIKA PM BUKAN MELAYU..!!!~


Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia.Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak, terpaksalah juga saya tampil, bukan membela, tetapi berkata benar. Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi. Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu. Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku.Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971),Leon Comber (1985),Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.


Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”,“Kuala Lumpur sekarang Cina punya”,“Ini negeri bukan Melayu punya”,“kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah. Pada saya yang baik itu,baiklah. Perlu disokong. Namun,bila tiba bahagian mungkar,maka perlu ditolak.Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa telah diperolehi nanti,rasalah akibatnya.Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman,tetapi juga luaran,terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat. Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur.Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain. Sama seperti isu perkataan ‘pendatang’. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar. Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti. Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oranng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno,Dato’ Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu,adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka. Utra kiasu itu berkata lagi,beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).



Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu. Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita.Jika tidak benar,samanlah. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah. Pemimpin ultra kiasu berkata,"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi,sebenarnya, mengata orang dia yang lebih. Saya berpegang kepada prinsip,“kita tidak akan menyerang jika tidak diserang.Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.

Menurut ultra kiasu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik. Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah. Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya,ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.




Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini. Pada saya, jika benarpun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api. Saya bukan membela Utusan atau membela Umno. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang. Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik, salah, buat jahat, lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Thursday 21 June 2012

~PAS DAN DAP HALANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PERAK~



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye supaya tidak memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya dibimbangi akan mengeruhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

Katanya, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.

“Pembinaan SAR ini sebenarnya tiada masalah pun…kenapa pihak pembangkang nak kacau dan saya sendiri menerima SMS daripada ibu bapa murid sekolah ini yang mahu melihat anak mereka belajar dalam suasana yang lebih selesa.

“Oleh itu, saya minta Boon Chye jangan kacau isu pendidikan di kawasan itu kerana majoriti 85 peratus penduduk di situ adalah Melayu dan jika kaum Cina tidak suka kaum lain kacau pendidikan mereka, maka begitu juga kaum Melayu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Isu SAR Taman Desa Aman telah berlarutan hampir sebulan yang lepas dan ramai umat Islam di kawasan berdekatan dipercayai masih kurang faham dengan isu itu yang diputarbelitkan oleh pemimpin PAS dengan bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Sebelum ini, sekolah itu terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.

Ibubapa murid yang berkiblatkan PAS dan PKR telah memanipulasikan perpindahan ini sehingga membawa kepada kehadiran pemimpin pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP untuk meninjau keadaan pelajar yang belajar di bawah khemah dan seterusnya mereka jadikan isu kononnya pelajar dihalau oleh UMNO Taman Desa Aman kerana UMNO mahu menggunakan dewan sebagai bilik gerakan pilihanraya sedangkan semua itu adalah pembohongan semata-mata.

Sementara itu, Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, berkata pada sesi dialog yang diadakan bersama penduduk Taman Desa Aman dan Taman Pegoh Aman pada 16 Jun lalu, timbul sedikit kekecohan apabila Boon Chye cuba mengganggu perjalanan majlis itu yang bertujuan memberi penjelasan sebenar berhubung isu terbabit.

“Bagi mengelak kejadian tidak diingini, saya telah menghubungi pihak polis agar sesi dialog bersama penduduk berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pihak pembangkang,” katanya.

Pada 16 Jun lalu, majlis dialog diadakan bagi mengenalpasti sokongan atau bantahan ke atas sekolah itu yang dikhususkan untuk penduduk Taman Pegoh Aman dan Taman Aman sahaja.

Malangnya, PAS dan PKR telah membawa penyokong Cina dari Gopeng untuk menggagalkan program dialog tersebut.

Akibat gangguan itu, beberapa penduduk tempatan terpaksa balik untuk menghindar sebarang pergaduhan.

Pihak pembangkang termasuk PAS telah mengambil gambar yang dimuatnaik ke Youtube dan memutarbelitkan fakta bahawa Hamidah menghalau penduduk tempatan yang hendak berdialog.

Tetapi yang sebenarnya berlaku ialah penyokong yang datang bersama pemimpin PAS dan PKR adalah penduduk Cina yang tinggal di Lawan Kuda dan Kopisan berdekatan Gopeng.

~perlawanan persahabatan yang turut disertai oleh MB Perak Datuk Seri zambry bin Abd Kadir~

Bertempat di padang changkat Batu Gajah ,Perak telah berlangsung satu perlawanan persahabatanyang telah disertai sendiri oleh MB Perak Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir telah berlangsung dengan jayanya.Hadirin yang hadir tidak menyangkai pemain yang memakai baju jersey bola sepak yang bewarna biru bernombor 11 adalah MB peraksendiri.Hadirin yang hadir begitu tertarik dengan perlawanan yang telah disertai MB Perak.

Walaupon sibuk dengan urusan seharian selaku MB Perak,beliau masih sempat mendekatkan diri dengan rakyat dengan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak yang telah berlangsung sebentar tadi.Penulis tidak menyangka MB sanggup datang dengan rombongan daripada kelab veterean dari tempat beliau sendiri iaitu Pulau Pangkor.Kumpulan kelab beliau berjaya megikat sebanyak dua jaringan gol.


MB Perak Yang memakai jersey bola sepak bernombor 11 



para hadirin yang hadir berpeluang mendekatkan diri dengan MB  untuk bersembang.
kelihatan hadirin gembira dengan MB.(gambar diambil selepas perlawanan).


ANAK JATI MALAYA:GEMBIRA MEMPUNYAI MB YANG AMAT MESRA DENGAN RAKYATNYA.


Wednesday 20 June 2012

~PESANAN PADA GOLONGAN YG MENJUAL AGAMA~


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia 

dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"- (Riwayat Tirmidzi).





"Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. " -(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Monday 18 June 2012

~DAP berjaya bodohkan 2 budak graduan Melayu UITM~

Di Ipoh, pada bulan Januari 2012 yang lalu dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.

Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.


Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.


kononnya cerdik sgt masuk dap 

Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini.

Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil rakyat Melayu.
“Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat tersebut.

“UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya?  Dan kemungkinan besar itu akan berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya.

“DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO.”
“Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri Besar di pelbagai negeri.

ngeh berkata lagi“Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar (daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak,” katanya.

Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.
Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.
“Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP  mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.
“Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan.”
Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

Sunday 17 June 2012

~Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri @NajibRazak sempena Israk dan Mikraj 1433 Hijrah~


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,


1. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.

2. Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:-“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

3. Sebaiknya, selain kita mengagumi peristiwa ini secara harfiah, adalah lebih afdal kiranya kita menjadikannya pedoman bagi mendepani cabaran semasa umat hari ini. Sebagaimana para nabi telah disatukan untuk berimamkan Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa, demikianlah kita perlu bersatu untuk mempertahan serta menegakkan agama Islam


4.Kita juga mestilah mengiktibari peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul terutamanya melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah SAW sentiasa menyeru kita agar menjaga solat dan akhlak. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral oleh segelintir umat Islam kini berpunca daripada solatnya yang tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat. Justeru, pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng untuk mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam bagi menghadapi segala serangan sosial masa kini.


5. Menyaksikan apa yang berlaku di luar negara, kita seharusnya bersyukur dengan kestabilan sosial, politik dan ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Ini semua memerlukan dukungan dan peranan semua pihak. Syukur Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah dinobatkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dalam Indeks Keamanan Global. Justeru, saya menyeru segenap lapisan masyarakat agar menyokong usaha-usaha kerajaan dan mengambil bahagian dalam membina persekitaran negara yang aman dan selamat.

6. Sesungguhnya, institusi masjid yang menjadi teras di dalam peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj ini telah mengingatkan umat Islam dengan ikatan erat mereka dengan Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis. Dunia menyaksikan, bagaimana Malaysia terus istiqamah dengan pendirian kita menentang kezaliman dan keganasan rejim zionis Israel di Palestin tanpa berdolak-dalik.

7. Akhirul kalam, saya dan keluarga mengajak semua umat Islam di negara ini bersama-sama mengiktibari Peristiwa Israk dan Mikraj ini. Semoga penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini. Insya-Allah.Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

MAHASEWEL YANG GILA MEROYAN...HINA SULTAN DLM LAMAN TWEETERNYA


SEDIKIT INFO TNTG SI MAHASEWEL

Nama : Haziq Abdullah bin Abdul Aziz
No matrik : IEB 110029
IC : 920929-13-5425
Alamat asal : No 35, Jalan Ellis, 93300 Kuching, Sarawak.
Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Tahun Pertama)
IPT : Universiti Malaya

LATAR BELAKANG
Pernah terlibat demonstrasi mansuh PTPTN.
Digantung satu semester akibat tindakan biadap dalam demo tersebut.
Juga terlibat demonstrasi Duduk Bantah di Dataran Merdeka.
Terlibat rusuhan dihadapan pintu pagar UPSI pada tahun baru 2012

Lacurkan diri demi politik sempit dan digantung pengajian, inikah Mahasiswa yang ingin membela rakyat setelah menghuru-harakan negara?? adakah mahasewel ini lupa bahawa Sultan itu PAYUNG NEGARA jika apa-apa terjadi kepada Malaysia tercinta ini??? Anwar ingin menjadikan negara ini sebuah negara REPUBLIK bagi memudahkan PR memerintah secara KUKU BESI tanpa ada kuasa yang boleh menyekatnya kecuali SULTAN!! DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!!

AJM: Inilah Mahasewel yang semakin besar kepala seolah-olah mereka paling BESAR dan KUAT di Malaysia ni!! Berapa Anwar bayar untuk MAHASEWEL ni??? Nama sahaja pelajar UNDANG-UNDANG tapi MELANGGAR UNDANG-UNDANG!! 

~siapa dia Mat Sabu~

Bermula sebagai ayam tambatan Pas di atas pentas ceramah, hari ini, Mat Sabu menanti sedang meniti kegemilangan, sebagai individu kedua terpenting dalam Pas.

Biarpun menampilkan imej Islam, berkopiah tetapi masih ramai yang terlupa dengan sejarah silamnya.

Hebat di pentas ceramah, hebat berpolitik, Mat Sabu juga hebat dengan perempuan. Mungkin generasi muda hari ini sudah lupa dengan bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu. Bilik ini yang menjadi saksi Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri sahabatnya sendiri, Norma.

Ketika ditangkap Mat Sabu hanya bertuala. Tetapi kerana dibicara di negeri serambi Mekah yang dipimpin oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat maka Haji Mat Sabu dibebaskan.

Mungkin kerana sial Mat Sabu, bisnes Hotel Perdana semakin merosot dan kini diruntuhkan untuk digantikan bangunan baru - mungkin juga Nik Aziz mahu menutup dosa Mat Sabu.

Begitu juga dengan pendidikan, Mat Sabu hanya lulusan Institut Teknologi Mara (tidak diketahui statusnya, lulus @ tidak) dan tidak diketahui latar belakang pendidikan agamanya. Malah ada cakap-cakap mengatakan dia penganut Syiah.

Soalnya dengan rekod pernah ditangkap khalwat dan pendidikan agama yang tidak sehebat mana, layakkah beliau memimpin Parti Islam SeMalaysia?

Inilah wajah sebenar Mat Sabu

Renung Pembohongan Anwar pd Rakyat Malaysia:DS Najib



 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau ketua pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.

Beliau berkata ketua pembangkang mendakwa bahawa 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekali gus mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, hari ini.

Najib berkata, para pemimpin pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

"Kita (BN) tidak menjanjikan lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi nyata yang kita boleh tunaikan.

"Saya percaya orang Sabah bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja...jangan lupa menoleh ke belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang tetapi juga waktu dia berkuasa," katanya.

Najib berkata ketua pembangkang kini melemparkan "bermacam-macam tuduhan" terhadap kerajaan BN "tetapi cuba kita melihat krisis kewangan 1997."

"Siapa Menteri Kewanganan waktu itu? Siapa yang menyerah negara kita kepada IMF dan pada ketika itu siapa yang memotong peruntukan pembangunan... saya tahu siapa yang menyerahkan kedaulatan negara kita kepada IMF kerana saya duduk dalam Kabinet pada waktu itu.

"Nasib baik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kita pada masa itu memutuskan untuk tidak menyerahkan kedaulatan kita kepada IMF.

"Kita ada kemampuan, kita ada idea kita sendiri, kita ada kebolehan untuk mencari formula kita sendiri dan kita pulihkan ekonomi negara kita...jangan lupa sejarah ini dan ia seharusnya menjadi renungan kita," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...