Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Penipu. Show all posts
Showing posts with label Penipu. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

ANWAR PELU DEDAHKAN DULU BUKTI PENIPUAN SPR !!!



Pilihanraya telah pun dua minggu berlalu.  Yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja.  Ada yang sekadar menerima ucapan tahniah dan ada yang membuat kenduri kesyukuran termasuk di kalangan Pakatan Rakyat.  



Kabinet pun telah disusun dan ucapan-ucapan tahniah kepada Barisan Nasional dari kerajaan asing telah pun diterima.  Semuanya menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia.  

Walaupun ada yang tidak puas hati dengan pencalonan, kekalahan mahupun dengan barisan kabinet yang baru, namun semua orang mengambil sikap rasional untuk terus memandang ke hadapan dan mengharapkan yang terbaik.  'Semua orang' yang dimaksudkan, bagaimanapun, tidak termasuk Anwar Ibrahim.   

Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak senang duduk dan terus cuba mencetuskan anarki melalui himpunan-himpunan untuk menolak keputusan PRU-13.   Nampaknya, selain Anwar yang turut menolak keputusan tersebut adalah anak-anak Cina rasis produk SJKC yang sememangnya buta sejarah dan tidak punya jiwa Malaysia.  

Dalam himpunan terbaru di Johor, khabarnya Anwar semakin galak mencabar kerajaan, mungkin geram kerana belum dapat mencetuskan keganasan dan pihak berkuasa juga masih tidak menangkapnya.   Kita tahu bahawa beliau ingin sangat ditangkap untuk membolehkan kuncu-kuncunya mencetuskan kekecohan.   

Oleh kerana masih tiada apa berlaku, maka kali ini, Anwar secara tidak langsung 'menjemput' Amerika agar menyerang Malaysia.  

Katanya, Amerika menyerang Iraq kerana ingin mewujudkan demokrasi dan beliau akan mengemukakan bukti-bukti penipuan SPR kepada Amerika.  

Anwar tidak pula menerangkan kata-katanya dengan jelas namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksudnya iaitu kononnya Malaysia tidak demokrasi kerana SPR menipu.  

Ayat seterusnya yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh Anwar ialah 'Oleh itu, Amerika juga boleh menyerang Malaysia untuk mewujudkan demokrasi'

Anak-anak Cina yang mendengar ucapan Anwar pun meloponglah mendengarnya, mungkin bangga juga jika Amerika datang 'menolong'.   Langsung mereka tidak tahu bahawa Amerika menyerang Iraq kerana minyak bukan kerana demokrasi.  

Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa Iraq selepas serangan Amerika bukannya sebuah negara yang lebih aman dan lebih kaya, tetapi hancur lebur.   Rakyat Iraq yang gembira menyambut serangan Amerika sebelum itu kini hidup susah apabila negara musnah dan ekonomi merudum.  Malah, ramai yang kehilangan keluarga dan juga kehilangan nyawa.  

Apapun, kita tidak yakin anak-anak Cina yang menganga mendengar ucapan Anwar itu faham sangat apa yang Anwar katakan.  Mereka hanya berada di situ untuk menunjukkan ëvolumeí atau kekuatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan.  

Dan kita juga tidak yakin mereka mempunyai jiwa yang kental seperti orang-orang Arab Iraq yang berani mati.   Anak-anak Cina ini telah terlalu dimanjakan oleh Malaysia, negara yang mereka kata bagai neraka.  

Satu sahaja masalah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk melihat Malaysia musnah di tangan Amerika iaitu beliau tidak ada apa-apa bukti untuk dibentangkan kepada Amerika bahawa SPR menipu.   Kerana itu juga, Presiden Obama tidak ada pilihan selain mengucapkan tahniah kepada Datoí Seri Najib Tun Razak.  

Setakat ini, Anwar sudah mengadakan sekurang-kurangnya 3 Himpunan besar membantah keputusan PRU-13.   Di setiap himpunan, beliau mengulang-ulang tuduhan bahawa SPR menipu.  

Tetapi, hairan sekali tiada seorang pun dari anak-anak Cina yang konon 'cerdik' yang hadir di himpunan tersebut mendesak Anwar mendedahkan bukti penipuan SPR.   

Bukankah jika benar terdapat bukti penipuan yang jelas maka Anwar pasti telah lama menghebahkannya dan menayang-nayangkannya dalam setiap himpunan yang diadakan?   

Tetapi ini tidak berlaku.  Anwar tidak mampu menunjukkan walau satu bukti, apatah lagi membuat laporan polis.  

Mungkin Anwar tidak percaya polis maka tidak apa jika tidak percaya polis, tetapi kenapa tidak didedahkan kepada hadirin?  Kenapa perlu dihantar secara sulit kepada Amerika?  Lebih dari itu, atas dasar apa pula Amerika akan menganalisis bukti tersebut?  Sejak bila kita berada di bawah pengawasan Amerika?   

Di mahkamah mana SPR hendak didakwa?   

Jelas, Amerika juga tidak sanggup memperbodohkan diri untuk menyokong tindakan Anwar kali ini.  

Apa yang pasti, Anwar adalah pelaburan pihak Neo-con yang tidak menjadi.  Sejak berdekad lalu, entah berapa ratus juta dollar yang telah dihabiskan ke atas Anwar dalam misi mereka untuk menguasai rantau ini.   

Namun, melihat dari cara DAP memalingkan muka dari Anwar secara perlahan-lahan dan PAS juga sudah melangkah pergi, maka pihak Neo-con telah mengambil isyarat itu sebagai menandakan "Anwar sudah 'selesai" misi ditangguhkan dan ditukar ke Pelan B.  Rasanya, Anwar juga sudah memahami isyarat ini.  

Justeru, apa yang Anwar sedang lakukan dengan mengadakan himpunan hanyalah untuk 'menjaga air mukanya'.  Beliau berharap akan ditangkap dan dihumban ke penjara supaya beliau boleh terus melakonkan watak wira yang dianiaya.   

Beliau tahu bahawa dalam sedikit masa lagi, anak-anak Cina yang menjadi penonton tetap lakonannya akan mula bosan.  

Bukan kita tidak tahu sikap semulajadi Cina itu hanya pentingkan untung.  Jika tiap-tiap minggu menonton Anwar berlakon, tentulah rugi.  Sedangkan, malam minggu boleh dihabiskan bersama rakan-rakan menonton wayang atau ke kelab kalaupun tidak mengulangkaji.  

Maka, Anwar sudah buntu.  Oleh itu, beliau kini nekad sekiranya beliau tidak berjaya menawan Putrajaya, biarlah siapa jua tidak dapat duduk di Putrajaya.  Biarlah Malaysia ini hancur dan padan muka semuanya.  

Inilah yang Anwar sedang cuba lakukan dan beliau hampir mengakuinya secara terang-terangan apabila terlepas cakap mengenai serangan Amerika ke atas Iraq.

Sunday, 12 May 2013

SIAPA YANG SAMSENG SEBENARNYA !!! MELAYU KA???






Siapa nak tipu siapa ?

Siapa yang masuk dan tinggal secara haram di Tanah Melayu ?

Siapa yang dapat ICpalsu ?

Kecoh kononnya BN hantar Bangla, Indon dan Myanmar ke pusat mengundi untuk undi BN..semuanya SANDIWARA !!

90,000 orang cina dari China di dapati tinggal lebih masa di Malaysia dua tahun lalu.. Itu yang ada rekod..yang tak de rekod dan masuk haram..diseludup masuk melalui jalan darat ? berapa weyy..


Dalam dok sibuk canang kononnya ada bas yang ditahan bawa Bangla dan Indon.. Korang tengok perangai diorang ni mengalahkan polis dan SB!!

Tu belum dapat Malaysia..semua bangsa lain dia buat macam sampah !!








SUMBER

Saturday, 30 March 2013

Terkini !!! Syed Ali : Tempoh Seminggu PKR Pahang Mohon Maaf


Tempoh seminggu diberikan bermula pada Khamis kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kepada Syed Ali yang sangat kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti tersebut sebagai perbuatan khianat, berniat jahat dengan tujuan untuk mencemar reputasi dan kredibiliti beliau.


Beliau memberi tempoh seminggu bermula pada Khamis kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kerana meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti pembangkang itu.

Syed Ali berkata beliau kesal, kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan malam Jumaat ini.

"Saya beri tempoh seminggu untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya dengan nada tegas.



Saturday, 9 February 2013

Slogan dan Laungan hannyalah Omong Kosong



GEORGETOWN - Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.

Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.

Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau yang memulakan khidmat dari 1 Julai 2008 melihat sikap Liu semakin tamak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Semasa dilantik menjadi pegawai khas di pejabat Exco itu, beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan ke atas kepimpinan Liu, namun ia terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar bekas majikanya itu.

Aktivis DAP sejak 2004 itu, mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasist.

Jefrei berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'pak lawak" dan sering kali berseloroh dan bertanya kepadanya bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh 'jokers'.

Menurutnya, Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.

"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.

"Saya melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun, semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kini ternyata, slogan dan laungan Liu dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan dalam PR adalah omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...