Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Sunday, 14 April 2013

Terkini dan Panas!!! Parah Ditetak Ketika Pasang Bendera Parti ???



Kuala Terengganu, 13 April - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan.

Sunday, 3 February 2013

Mati Jika Makan Buah




Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.

Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.


Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.

Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.


Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.


Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.

“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.


Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.

hMETRO

Sunday, 27 January 2013

Benarkah Blogger Pisau.net mati dibunuh !!


Nampaknya isu tanah di Kelantan membuatkan Mursyidul Am Pas Nik Aziz, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming tidak tidur lena sejak berlakunya pendedahan di dewan undangan negeri Perak.

Mereka juga meminta semua pemimpin Pas di negeri Perak membantu untuk memulihkan reputasi Ngeh dan Nga lebih-lebih lagi kepada orang Melayu.

Bila keluar entri ralat oleh pisau.net maka apa lagi harakah mula memainkan peranannya dengan menceduk artikel daripada beberapa blogger pembangkang tentang ralat daripada pisau.net.

Hiruk-pikuk nampak pembangkang terutamanya Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengusung artikel ralat yang dibuat oleh pisau.net. Mereka tunjuk sana tunjuk sini kononnya mereka dah selamat pisau.net sudah menyerah kalah hanya dengan ugutan saman dan ugutan mengupah samseng mencari pisau.net. maka pisau.net akhirnya tewas juga.

Mereka membuat sidang akhbar kononnya blogger pisau.net telah tersungkur menipu dan fitnah malah lebih teruk lagi si Nizar Jamaluddin terus menuduh isu tanh adalah fitnah untuk menutup kesalahan menteri besar Perak.

Cerita sebenarnya adalah, sememangnya pisau.net tidak ada bukti perjanjian syaitan yang dibuat oleh Nik Aziz dan cina DAP Perak dengan menukarkan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Gua Musang Kelantan dengan jawatan menteri besar Perak ketika rejim cina DAP berkuasa, itu diakui tak kanlah mereka perlu adakan perjanjian secara bertulis dalam proses pertukaran itu.

Seterusnya [Boodak Sri Kinta]

Saturday, 26 January 2013

budak hilang ditemui mati ..

William Yau disahkan  mati

Sungguh tak disangka kan, kanak-kanak yang hilang dalam masa kurang dari 2 minggu ditemui dalam keadaan organ dalamnya yang sudah reput. Macam-macam cara digunakan untuk cari adik William Yau nie, sampaikan poster Help Find Him nie di tampal ke semua negeri. Tapi apa kan daya, kanak-kanak malang ini, diketemukan dalam keadaan yang menyedihkan.

Pengecaman dibuat oleh ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi, melalui seluar pendek, seluar dalam dan juga parut di dahi serta dibahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pegawai perubatan tidak dapat menentukan sebab-sebab kematian kerana mayat reput dan percaya ia sudah meninggal sejak seminggu lalu. So, ini bermakna dia cuma hidup dalam masa 2 hari dari tarikh kehilangannya?

Katanya, sampel tulang dan rambut diambil untuk ujian DNA mangsa kerana organ dalaman lain sudah reput. Tiada kecederaan luar di tubuh mayat itu. Cuma bekas gigitan binatang yang menjamah mayat ketika berada di air. Dan yakin 75% mayat yang ditemui adalah kanak-kanak yang hilang itu.

Tapi apa pun, ujian DNA akan diperolehi dalam masa 3 hari untuk pengesahan lanjut. Menurutnya lagi, tempat mayat kanak-kanak ditemui semalam pula terletak  kira-kira 30 kilometer dari tempat William dilaporkan hilang.

So apa pun, ambil kejadian ini sebagai langkah berhati-hati untuk para ibu bapa diluar sana.

SUMBER:DAENG SELILI

Sunday, 20 January 2013

Wanita ditembak mati



KLANG: Seorang wanita terbunuh selepas cedera terkena tembakan anggota polis yang cuba menghentikan sebuah kereta dipercayai cuba merempuh mereka di Taman Sejati dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit dikatakan cuba dirempuh kereta Proton Waja yang dipandu secara mengundur oleh seorang lelaki berusia 31 tahun manakala wanita terbabit duduk di sebelahnya.
Difahamkan, anggota polis peronda terbabit melepaskan tembakan amaran sebelum menembak beberapa das ke arah kenderaan berkenaan yang mengenai wanita berusia 22 tahun berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian bermula jam 7.35 malam apabila pasukan peronda polis mengesan pergerakan mencurigakan kereta suspek di Jalan Batu 3 Lama, Klang.


Katanya, pemeriksaan awal mendapati cukai jalan kereta berkenaan telah tamat tempoh menyebabkan anggota peronda terbabit cuba menahan suspek yang kemudian bertindak melarikan diri.


“Suspek melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer hingga ke Taman Sejati. Anggota polis terbabit telah keluar dari kereta peronda untuk menahan suspek tetapi cuba dirempuh kereta Proton Waja itu secara mengundur menyebabkan anggota terbabit melepaskan tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Katanya, anggota polis terbabit berjaya menahan suspek lelaki dan mendapati wanita berkenaan cedera parah akibat terkena tembakan.

Menurutnya, kakitangan perubatan daripada ambulans yang dipanggil ke tempat kejadian mengesahkan wanita terbabit telah mati akibat kecederaan.

“Suspek lelaki telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan manakala mayat wanita itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Adnan berkata, pemeriksaan mendapati suspek lelaki memiliki enam rekod jenayah termasuk samun dan dadah manakala kereta dinaiki mereka dilaporkan hilang Selasa lalu.

“Pemeriksaan di dalam kereta Proton Waja itu juga menemui sebilah parang dan serbuk putih dipercayai dadah,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...