Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Zambry Abd Kadir. Show all posts
Showing posts with label Zambry Abd Kadir. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

Tahukah Anda!!! Betapa Bangsatnya Balaci Zambry ,Si Botol Kicap???

Sangat kelakar betul apa yang dipermainkan oleh Kicap aka mat Botak yang bejet ensem lagi kacak.

Mamat ni dulu pernah jadi balaci Zambry dulu.Bekerja sbg SelUA Mb je .. hahah kaki penipu n kaki kencing orang .

Botak oh botak ko ingat aku tak tahu game kau ke hah nak bagi group kami bergaduh sesama sendiri .Hey botak kau silap lah .Awal lagi kami dah dapat hidu apa yang kau nak buat pada group kita orang.

Kau memang macai betul la Botak.Botak pendek tak gune.hahaha .Kau ingat kau buat macam tu supaya kami akan jadi marah n serang chif kami ye.Hey kau silap lah Botak.Kau Silap besar .

Yang pasti Botak yang aku maksudkan bukan la Zambry.. Kome rakyat Perak mesti tahu siapa kicap sebenarnya ..

Tuesday, 11 June 2013

SARANAN DARIPADA BLOGGER BUDAK BENTENG !!! "Zambry Wajar Letak Jawatan"


Apabila pembangkang PR mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker India - Suatu perhormatan buat kaum India.Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, MIC telah diberikan jawatan Speaker, - "Sekarang kita telah dilucutkan jawatan itu," - Palanivel.

MIC mengancam memboikot kerajaan Perak atas kerusi Speaker MIC hari ini mengancam untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak jika kerajaan negeri di bawah Umno, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan menganugerahkan jawatan Speaker kepada salah satu daripada pemimpin-pemimpin parti itu.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar itu, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata parti itu akan kekal bersama Barisan Nasional (BN) di Perak tetapi tidak akan menerima apa-apa jawatan Exco dalam kepimpinan Umno negeri yang dikuasai.Parti itu juga akan menolak pelantikan ke jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar.

Cameron Highlands MP berkata."Apabila pembangkang mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker India," kata Palanivel, menurut kenyataan yang dihantar melalui mesej teks kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pembangkang memenangi Perak dalam Pilihan Raya 2008 dan memberi jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk kemudian ADUN Tronoh V. Sivakumar - India pertama di negeri ini yang akan diberikan kedudukan seperti.

"Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, MIC telah diberikan jawatan Speaker," katanya, merujuk kepada ketua MIC Perak Datuk R. Ganesan."Sekarang kita telah dilucutkan jawatan itu," kata Palanivel "Menteri Besar Perak perlu membuat keputusan untuk memberikan kita kembali jawatan itu.

"Ketua parti berkata jawatankuasa kerja pusat MIC akan bertemu pada 18 Jun untuk membincangkan perkara itu, bersama-sama dengan isu-isu lain yang berkaitan dengan pemilihan parti akan datang. Isu ini, kata kenyataan itu, juga telah dibangkitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, naib presiden dan Umno seorang Ahli Parlimen di Perak.

BN mengekalkan kuasa ke atas Perak bulan lalu selepas satu pertandingan pemilihan panas yang menyaksikan ia dalam perlumbaan leher-dan-leher dengan lawan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang tempoh kempen 15 hari.

Dalam keputusan awal pagi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 6 Mei, parti pemerintah menang tipis peraduan rapat dengan majoriti tipis hanya tiga kerusi, menyapu 31 kerusi kepada 28 PR dalam perhimpunan 59 kerusi negeri.Di Perak, MIC kini mempunyai satu kerusi parlimen - Tapah - yang dimenangi oleh Naib Presiden, Datuk M. Saravanan. ~ The malaysian insider

Monday, 22 April 2013

PANAS !!! APA ZAMBRY BUAT DENGAN DUIT SEJUMLAH RM 100,000 NIH???





Sebelum ini kariah Masjid kampung Sultan Yussuf, jeliang, Manong, Perak. Menghantar permohonan dana untuk penambahbaikkan masjid ini kepada Dato Sri Zambry Abd. Kadir. Dan ia telah diluluskan dengan jumlah RM100,000.00.

Proses pembaikkan sudah hampir 90%, kos tersebut digunakan untuk menukar atap, karpet, mengecat dan penambahan hawa dingin sebanyak 9 unit.

Di Majlis ini turut disertai calon BN parlimen kuala kangsar Dato Wan Khairil dan calon adun Manong Saudara Mohd Kamil dihostkan Ketua kampung jeliang,
Saudara Haji Hamzah Yeop Mat Sirin.

Aku tumpang gembira mendengar berita baik ini!Alhamdulillah!

Friday, 19 April 2013

AKU PANAS BETUL !!! Apa Yang DS Zambry Buat NI???


mbpcBarisan Nasional (BN) telah menggunakan formula terbaik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran di dalam memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kelak.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun beberapa komponen parti mungkin dilihat mengalami kekurangan kerusi tetapi sebenarnya mereka bakal mendapat lebih dalam jangka panjang.

Beliau memberi contoh, walaupun kerusi MIC dilihat kurang daripada empat kepada tiga tetapi kepimpinan tertinggi BN bersetuju untuk melantik dua senator dari MIC Perak di samping seorang penasihat Menteri Besar bertaraf Exco dan seorang Exco kerajaan negeri jika mereka menang pada PRU-13. 

Menurut beliau, dengan cara itu, wakil MIC di dalam kerajaan juga bertambah, berbanding jika mereka masih mendapat empat kerusi yang mungkin hanya tinggal satu atau dua selepas pilihanraya. 

“Ini adil dan formula BN. You cannot find majority, jadi kita mencari satu pendekatan yang lebih kreatif, berfikir di luar kotak,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN Perak untuk PRU-13 di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini.

Beliau berkata, dengan formula itu, dengan masyarakat India akan lebih diwakili.Beliau menambah, formula yang serupa juga mungkin diguna pakai dengan MCA yang dilihat mengalami kekurangan satu kerusi.

“Saya sangat gembira dengan cara kita berunding, walaupun ia merupakan proses yang panjang tetapi akhirnya kita mencapai persetujuan bersama.

“We look outside the box, ini pendekatan terbaru dan lebih kreatif, ini adalah the best arrangement.
“Kita bukan seperti pembangkang yang bergaduh hingga sekarang, mereka tidak boleh menyelesaikan masalah mereka,” kata Dr Zambry.

Mengenai muka baru bagi kerusi Parlimen yang hanya lima orang atau 20 peratus sahaja, beliau menjelaskan, kepimpinan BN merasakan mereka perlu dikekalkan kerana ramai di kalangan ahli Parlimen yang lama mempunyai material pusat seperti Menteri dan Timbalan Menteri.

Dalam pada itu, Dr Zambry menegaskan bahawa beliau tidak pernah memandang ringan lawannya di DUN Pangkor walaupun calon tersebut dikatakan muda dan baru di dalam pembangkang. 

“Saya tak pernah mengambil remeh lawan, siapa sahaja lawan, kita akan ambil serius dan kerja kuat untuk menang,” ujarnya.

Beliau juga yakin tiada unsur sabotaj di kalangan wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula kerana mereka telah belajar daripada pengalaman 2008 dan tidak mahu sejarah hitam berulang.

“Kita belajar daripada sejarah ini dan Insyaallah unsur-unsur sabotaj ini tidak ada meskipun mungkin ada sesetengahnya yang mungkin merajuk sekejap,” tambahnya.

SUMBER

Wednesday, 17 April 2013

PANAS !!! [WAJIB BACA] Surat Terbuka Untuk DS @ZambryAbdKadir Tentang Ketidak Puasan Hati Penduduk Tentang Calon Dun Tronoh !!!

Semalan Teman di baginya soft Copy pada teman untuk di bubuh didalam blog Anak Jati Malaya tentang ketidakpuasan hati penduduk DUN Tronoh Tentang Calon yang diletakkan.

Teman Cume Nak MB Perak Baca Keluhan Rakyat Bawahan yang Inginkan MOKAN A/L SUPRAMANIAM Sbg Calon BN Dun Tronoh.Baca Surat Dibawah


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Kehadapan Yab Presiden Parti Barisan Nasional Perak ,Datuk Seri Diraja Zambry Bin Abd.Kadir.Hari ini saya sebagai penyokong setia parti ingin menulis satu surat buat datuk untuk dipertimbangkan tentang calon Dun Tronoh.

Saya dan rakan yang lain merupakan ahli parti bn yang begitu terkejut dengan pengumuman calon Bn yang telah diumumkan semalam di bangunan Umno Perak.

Kerana apa saya berkata sedemikian, untuk pengetahuan Datuk Seri calon parti yang kami sudah kenal sekian lama di Dun Tronoh iaitu MOKAN A/L SUPRAMANIAM dari Dun Tronoh merupakan calon yang kami anggap calon boleh menang.Kami penduduk di DunTronoh begitu kesal dgn pengumuman yang telah dibuat semalam.

Untuk pengetahuan Datuk Seri ,hari ahad yang lepas parti komponen bn Batu Gajah telah mengadakan sidang media tentang calon yang akan bertanding.Untuk pengetahuan Ds Zambry pada sidang media tersebut Dun Tronoh yang merupakan kerusi tradisi calon Mca telah di berikan pada calon Mic iaitu MOKAN A/L SUPRAMANIAM

Yang menjadi persoalaan saya sekarang adalah kenapa calon Mca iaitu  YIP SZE CHOY masih diletakkan sebagai calon di Dun Tronoh sedangkan kami amat berharaap MOKAN A/L SUPRAMANIAM yang juga merupakan calon Mic diletakkan  di Dun Tronoh.

Untuk makluman Datuk Seri, MOKAN A/L SUPRAMANIAM yang juga dirasakan akan mewakili calon Bn di Dun Tronoh merupakan calon yang kami anggap merupakan calon boleh menang , rapat pada awam serta dirinya dikenali dan disegani penduduk Di Dun Tronoh.Selain itu,semasa pemerintahan DAP di Tronoh kami banyak bergantung pada beliau untuk menyelesaikan masalah tempatan kami.

Kami penduduk Dun Tronoh begitu merasakan dukacita kenapa Calon Pilihan Kami iaitu Mokan tidak dipertandingkan di Dun Tronoh.Saya dan rakan yang lain mungkin akan membuat undi protes kerana membantah calon yang kami harapkan dapat membawa suara kami tidak dipertandingkan.

HARAP SURAT SAYA DIBACA OLEH PIMPINAN BN PERAK.KAMI DUKACITA DENGAN PENGUMUMAN CALON SEMALAM.HARAP MAKLUM

Ahmad Ali Bin Buang
Wakil Penduduk DUN Tronoh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...