Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label saiful Bukhari Azlan. Show all posts
Showing posts with label saiful Bukhari Azlan. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

GEMPAR [Video] !!! Saiful Bersumpah Laknat Depan Kaabah Dia Diliwat Anwar!!!


setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan.

Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.
 
 
Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.

Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.

Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.

Berikut adalah rakaman sumpah laknat, bertarikh 9hb April 2012 yang saya rakam sendiri melalui telefon bimbit saya. [Artikel Penuh]

Monday, 11 March 2013

Terkini!!!Bapa Saiful Bukhari Azlan telah disahkan menghidap...


Jawapan itu agak menghairankan kerana Azlan pernah membawa anaknya untuk melakukan sumpah yang sama bagi membuktikan kebenaran Saiful diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Azlan berkata demikian dalam sidang media ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadialan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya pagi tadi.

Beliau juga menafikan menerima duit daripada Anwar berhubung dakwaan terbarunya.

Sementara itu, sidang media pagi ini dipendekan oleh pihak PKR yang kurang senang dengan soalan-soalan yang ditanya oleh para pemberita.

Tidak sampai 20 minit sidang media itu berlangsung, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menamatkanya dan membawa Azlan pergi ke tingkat lain.

Ramai wartawan yang benggang kerana inikah kebebasan media yang dilaungkan PKR…kebebasan mengikut keuntungan sendiri.

Lebih menarik, seorang blogger pembangkang kemudian bangun dan memarahi wartawan kerana bertanya isu sumpah laknat.

Dia berkata; MELAYU MACAM AWAK SEMUA BODOH!

Mungkin kerana blogger yang tidak dikenali itu tahu kalau Azlan tidak mahu melakukan sumpah laknat seperti yang pernah dibuat anaknya dihadapannya sendiri, sudah tentu dia akan dilihat sebagai menipu bila mendakwa anaknya menjadi mangsa konspirasi dalam Liwat II

Saturday, 9 March 2013

Siapa Bayo Ayah Saifol Bukhari ???



Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri."Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...