Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 1 February 2013

Noh Omar ucap tahniah pd Mb selangor??


SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.

Noh berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.

Beliau berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.

"Kita mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih," katanya, semalam.

 Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung bulan ini.

Noh berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

"Kita berharap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN."Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang," katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor, Noh berkata,itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang sememangnya tidak pernah sepakat.

"Dalam membuat keputusan yang begitu besar melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti cacamarba."Mereka tidak layak untuk mentadbir negeri," katanya.-SH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...