Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Ustaz Nasha. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Nasha. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

HANGAT!!! USTAZ NASA ULANGI KENYATAAN AGAR UMNO-PAS BERSATU. ANDA SETUJU??


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada Khamis mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata, untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan PAS perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

“Kegagalan penyatuan di antara Umno dan PAS berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh,” katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.

Beliau berkata, pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema ‘In Search of Human Security – Islamic Diplomacy and the Way Forward’ berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

“Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.

“Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam,” katanya.

Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa PengajianIslam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan GerakanKesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.

Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.

Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - BERNAMA

Friday, 22 February 2013

Pembangkang Meroyan dengan Soal Jawab Ustaz Nasha???


Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

lagi :SINI
Psst: meroyan abis la depa kan abis semua nya dilondehkan amekkaw

Thursday, 7 February 2013

Ustaz Nasha Memperjelaskan Tentang Perpaduan Antara PAS Dan UMNO Yang Di Pertanggungjawapakan Oleh Majlis Syura


Dalam kenyataan Ustaz Nasha, pada 24 April 2008. Majlis Syura Ulama PAS telah bersidang dan memberi tanggungjawap kepada Tiga orang pemimpin kanan PAS iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti PAS untuk mencari titik pertemuan dengan UMNO bagi membincangkan permasalahan dan masa depan bangsa Melayu dan Islam di dalam menghadapi senario politik yang mencabar.

Melalui kenyataan yang di berikan Ustaz Nasha, ternyata usaha murni itu sememangnya ada tentangan dari sesetenggah pihak dalam PAS.

Apakah golongan yang menentang kewujudan perpaduan di antara PAS dan UMNO merupakan golongan parasit dalam PAS yang kini di lihat di angkat sebagai pemimpin dalam PAS ?

Apakah ini semua pecaturan dari Anwar Ibrahim dalam PAS supaya PAS tidak keluar dari Pakatan haram ?


SUMBER:UNIT MEDIA KEDAH

Friday, 1 February 2013

Ustaz Nasha akan sertai ILMU ?

ilmu ustaz nasha

" Dan baru-baru ini apabila beliau dipecat daripada ahli majlis syura Pas, ada sebahagian sahabat-sahabat kita yang mencadangkan agar Ustaz Nasha masuk menyertai iLMU. Orang bertanya pendapat saya, maka saya katakan dengan hati yang terbuka, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Sekiranya Ustaz Nasha sudi bersama-sama dengan kami, maka apa salahnya."
sumber ufb.

[Video] Gempar !!! Ustaz Nasha akan sertai ILMU ? @ustazfathulbari @abuaqifstudio. #1Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...