Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 19 February 2013

Tolak Hudud?


BEKAS Perdana  Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,  hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini  tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar  kerana ia tidak menghukum pesalah secara adil  dan saksama.

Katanya, apa yang ditekan dalam hukum hudud  yang diperintahkan Allah dan ditekankan di dalam  al-Quran adalah menghukum pesalah secara adil  antara orang Islam dan bukan Islam.

"Secara terbuka dia (PAS) buat kenyataan kata  orang Islam sahaja yang akan
kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak  kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka. 

"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam  berpakat lakukan jenayah, yang Islam kena potong  tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua  bulan, itu sudah tidak adil.

“Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang  ditekankan dalam Al-Quran berkali-kali, adalah  jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan  kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam.  Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang  hukum Allah," katanya  ketika berucap pada Majlis  Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini  hari ini.

Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang  tidak konsisten tentang pendirian mereka  berhubung isu hukum hudud dan kerjasama  dengan pakatan pembangkang.

Beliau berkata,  Malaysia selama ini cuba bersikap  adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam  menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh  secara membuta-tuli.

Katanya, kerajaan berpegang teguh kepada  hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara  adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan  perbuatan jenayah menerima hukuman yang  setimpal dan adil.

“Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu  melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita  harus melaksanakannya dengan kehendak iIslam  dan laksanakan dengan adil,” katanya.

Beliau berkata,  selain saksi, Islam juga  membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk  menyokong pertuduhan yang dibuat.

"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata  bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita  tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...