Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 31 January 2013

Ust Nasha lega digugurkan calon Pas



KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berasa lega dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon Pas bagi mempertahankan kawasan Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu daripada tanggungjawabnya selama ini tidak lagi perlu dipikul selepas pilihan raya umum akan datang.

''Menjadi calon bukan agenda besar bagi saya dan bagi saya juga sama ada kita dicalonkan atau tidak, segala tugas yang diamanahkan hendaklah ditunaikan dengan baik.

''Mudah-mudahan sesiapa sahaja yang diangkat menjadi calon selepas ini dan di mana sahaja mereka dicalonkan, mereka akan dapat meneruskan agenda parti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam sesi taklimat dan pembentukan Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan di Masjid Negara di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengesahkan Nasharudin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada PRU-13 nanti.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Nasharudin tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi itu selepas namanya tidak dicalonkan oleh Pas kawasannya sendiri.

Sementara itu menjawab satu soalan, Nasharudin berkata, setakat ini berdasarkan laporan media beliau hanya dipecat sebagai ahli majlis syura dan bukannya ahli parti.

Ditanya desas-desus yang beliau akan dipecat sebagai ahli parti, beliau berkata;

''Saya tidak pasti. Semacam petunjuk saya dipecat itu ada tetapi saya tidak pasti.''

Beliau berkata, setakat hari ini surat pemecatannya secara rasmi sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas masih belum diterima.

''Saya tidak berbohong jika saya telah terima surat tersebut,'' katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan tindakan merugikan parti itu ada kaitan dengan tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

''Ada kemungkinan, sebab kenyataan terbuka ini (pemecatan sebagai ahli majlis syura ulama) dibuat selepas saya pulang dari Gaza,'' katanya.

UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...