Satu perhimpunan telah berlaku di Desa Aman untuk mempertahankan Sekolah Agama Rakyat berlangsung dengan penuh bersemangat dan jayanya.Beberapa Bdana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berkumpul bagi menunjukkan sokongan pembinaan sekolah agama rakyat ini.
Demonstrasi ini dimulakan dengan bacaan doa, pidato daripada Ustaz Kadir, En. Faizal bekas pemimpin Angkatan Muda PKR, Hidzir bekas pemimpin PKR Baling, Pengerusi daripada majlis Ayahanda Pertubuhan Dakwah Islamiah dan pihak penganjur.
Dengan menggunakan jentera Skylift demonstrasi ini berlangsung secara aman tetapi penuh bersemangat demi untuk mempertahankan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman/Pegoh Aman.
dimulakan dgn ceramah pendek yang berintipati kn tntg Sekolah Agama Rakyat Harus dipertahankn dan diteruskan pembinaannya
hadirin yang hadir mendengar kata2 yang disampaikan
pidato yang disampaikan oleh Ustaz Kadir
taklimat oleh cik Mohd Narawi
ucapan seterusnya diteruskan oleh Pengerusi Majlis Ayahanda-Ayahanda negeri Perak (MAAP), "kami tidak akan berganjak daripada mempertahankan Institusi Agama Islam daripada dilacurkan oleh parti-parti politik yang sanggup bersengkongkol dengan wakil rakyat kafir harbi untuk menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini"
katanya lagi "Kami sentiasa akan berada di barisan hadapan demi untuk mempertahankan Agama Islam"
Katanya lagi, "Lee Bon Chye dan parti yang bersekongkol dengan kafir harbi diingatkan, jangan terlalu bertindak biadab ke atas Agama Islam, kami tidak akan berdiam diri jika Agama Islam di permainkan".
Demonstasi ini kemudiannya turut membuat gimik penyerahan surat kepada Pengerusi Ketua-ketua Kampung DUN Sungai Rapat haji Alang Abdul Rahman untuk diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam negeri Perak.
watikah yang akan dibawa menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam negeri Perak.
Selepas itu kumpulan demonstrasi ini berarak disekeliling Taman Desa Aman dan Pegoh Aman seterusnya berada ditepi jalan ke Lahat.
Sambil berteriak Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! peserta demo penuh bersemangat akan mempertahankan Sekolah Agama Rakyat ini hingga ke titisan darah yang terakhir.
Gurubesar Sekolah Agama Rakyat Ustaz Jamaluddin berkata,"saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana masih ramai umat Islam yang berani tampil untuk mempertahankan Sekolah tempat anak-anak umat Islam belajar".
Katanya lagi" umat Islam yang tidak menyokong pembinaan sekolah Agama Rakyat ini diminta datang dan lihat sendiri keadaan anak-anak umat Islam yang belajar dalam ruang yang tidak selesa, tidakkah mereka kasihan melihat anak-anak ini belajar?"
Demonstrasi aman telah bersurai dengan penuh tertib pada lebih kurang 11.00 pagi
Menarik dan bagus.. penjelasan untuk mereka2 yg mungkin dipalit kekeliruan..
ReplyDeletebagus...penjelasan terbaik
ReplyDelete