Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 26 January 2013

PESTA BAKAR BIBLE VERSI MELAYU TERJAWAP!!


Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu. —

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

"Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu.

"Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat,” katanya.

Seterusnya click [here]

No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...