Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 5 March 2013

Terkini!!Penceroboh cuba memasuki sempadan Thailand??


Kawalan ketat pihak keselamatan telah dapat mengekang cubaan kumpulan pemisah di selatan Thailand menyusup masuk ke negara ini menerusi sungai Golok di Kelantan, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Jalaluddin berkata, walaupun pihaknya telah menyerahkan tugas kawalan sempadan kepada Angkatan Tentera Malaysia tahun lepas, pihaknya masih meneruskan rondaan melalui polis marin yang berpangkalan di Pengkalan Kubor, di sini.

"Kita juga meningkatkan kerjasama dengan polis marin Thailand yang turut mengadakan rondaan bersama serta mengadakan perbincangan setiap tiga hari bersama pihak berkuasa negara jiran itu bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan aspek keselamatan kedua-dua negara.

"Selain itu, Ketua Polis Daerah di Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat turut menjalinkan hubungan baik dengan ketua polis daerah Sungai Golok dan Narathiwat di Thailand bagi mendapatkan maklumat keselamatan semasa di negara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melakukan rondaan dengan menaiki sebuah bot menyusuri Sungai Golok yang turut disertai pengamal media, bagi melihat sendiri kawalan keselamatan di kawasan sempadan berkenaan.

Mengulas laporan akhbar hari ini mengenai pembentukan beberapa kumpulan pemisah baharu di wilayah itu, Jalaluddin berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan kumpulan terbabit.

Akhbar hari ini melaporkan, beberapa kumpulan baharu pemisah dibentuk kerana menolak keputusan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang mengadakan perundingan bagi menamatkan kempen senjata.

Pada 14 Februari lepas, akhbar melaporkan sebanyak 17 pemberontak daripada BRN maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand, apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kem tentera laut di Narathiwat, selatan Thailand.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, enam pegawai dan sembilan anggota unit jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta enam anggota polis marin telah dihantar ke Sabah bagi membantu menangani krisis pencerobohan di Lahad Datu.

"Ia adalah permintaan daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia bagi membantu pasukan di sana," katanya.

Setakat ini, lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban - dua di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan enam di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna - sejak insiden pencerobohan di Sabah itu dilaporkan pada 12 Februari lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...