Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Menteri KDN. Show all posts
Showing posts with label Menteri KDN. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

PANAS !!! MENTERI KDN BELASAH ANAK BENGGALI GILA !


baca kisah disebalik perdebatan menarik dalam parlimen semalam bilamana menteri KDN balun anak benggali pasal kes 2006.


anak benggali kata menteri KDN salah guna kuasa.

kes yang dimaksudkan itu berlaku sewaktu zahid jadi menteri JPM 2006.

dalam parlimen semalam, anak benggali kata kes tak jalan dan zahid selaku menteri KDN salah guna kuasa.

apa punya banganglah anak benggali.
kes yang dimaksudkan itu sedang berjalan dalam mahkamah.
dan anak benggali adalah peguam yang mewakili jantan yang larikan anak perempuan zahid.

bila zahid pecah lubang kata anak benggali biol dan anak benggali ada kepentingan peribadi, gobind malu lantas pusing sana sini !

nampak jelas dap cukup panas punggung bilamana menteri KDN dah syorkan untuk diwujudkan semula akta EO..yang selama ini penjenayah banyak lepas pasal ada peguam partai politik yang membela mereka !

Tuesday, 11 June 2013

PANAS TERIK !!! VIDEO Zahid_Hamidi RASUAH PENGUNDI BAGAN DATOH Tersebar !!!



Ini adalah gambar yang bakal dimainkan oleh Rafizi Anak Ikan kesayangan Anwar, MKP pun boleh buat benda macam nie cuma ubah saja logo tue.

Semakin lama semakin galak Rafizi nie menghentam DS Zahid Hamidi sampai benda yang tidak masuk akal dan tanpa bukti pun menjadi isu yang besar bagi mereka.

Jika benar tunjukkan bukti duit serta beras yang telah diberikan oleh DS Zahid Hamidi seperti gambar Nik Aziz memberikan rasuah pada pengundi pada PRK sebelum ini

AJM pecaya lepas nie kalau DS Zahid Hamidi berhutang 20sen pada sesiapa sahaja pun pastinya bakal didedahkan oleh Razifi Jambu kesayangan Anwar nie.

Matlamat Rafizi adalah supaya DS Zahid Hamidi berhenti menghentam Keadilan serta menurut tuntutan BODOH mereka. Sama jugak modus operandi untuk menjatuhkan DS Sharizat Jalil yang dilancarkan oleh Razifi dan Zuraidah aka Mak Lampir.

Dakwaan Rafizi terhadap DS Zahid Hamidi pada hari ini adalah seperti berikut;
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR. 
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan) berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,00
Tapi Rafizi bakal kantoi dengan dedahan video disiar sebelum pengundian 5 Mei 2013

PANAS !!! Zahid_Hamidi Kena Sailang Depan Perdana Menteri !!!



Woooo gila gempaklah. Cerita panas di tengah panas hari ini di KLCC semasa Dato Seri Najib Tun Razak melancarkan program Cegah Jenayah di sini.

Pelik tapi benar! Aku baru dengar ada sorang mamat cina nama Eugene Teh pengerusi United Againts Crime cuba menunjukkan beliau sebagai hero depan PM semasa program Cegah Jenayah di KLCC pagi tadi.
Program yag dirasmikan oleh Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Menteri KDN Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Idris Jala yang dikatakan penaung kepada United Againts Crime dan Menteri KBS Khairy Jamaluddin.


Aku difahamkan, DS Zahid Hamidi Menteri yang bertanggungjawab menjaga soal keselamatan dalam Negeri sepatutnya dijadualkan berucap dalam majlis tersebut tetapi last minute kena 'sailang' oleh Eugene Teh sebagai Pengerusi United Againts Crime.


Mengejutkan lagi, Perdana Menteri sendiri kelihatan agak terkejut beliau diminta terus berucap merasmikan program tersebut tanpa memberi laluan terlebih dahulu Menteri bertanggungjawab berucap... Apa agenda Eugene tidak membenarkan Menteri KDN berucap? Nampak semacam program ini sebagai syok sendiri, mahu jadi hero tapi tak kena tempat...

Bukan mahu menunding jari, tetapi saya cabar Eugene Teh untuk buat penjelasan... Kau nak buat program melibatkan keselamatan atau yang berkaitan dengan jenayah tapi boss jaga hal ehwal dalam negeri pun kau tidak hormat...

Difahamkan, ada tangan-tangan ghaib yang tidak mahu Zahid Hamidi berucap diaebabkan ketegasannya menangani isu keselamatan dalam negeri sejak kebelakangan ini... Tambahan lagi, cara bekerja pihak polis yang dilihat lebih kemas dan tegas dalam mengambol tindakan...

Kepada Eugene Teh : kalau nak laksanakan program perlu kerjasama semua orang... Bukan syok sendiri...


Sumber : Jomo Malaya

Monday, 27 May 2013

SAH!!! MENTERI KDN AKAN BELASAH HIDUP-HIDUP TENTERA??




Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu. 

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar. 

“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang, " katanya kepada pemberita di sini hari ini. 


Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. 

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. 

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu. 

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna. 

"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya. 

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan – Bernama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...