Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 27 August 2012

Umno tubuh Kelab Penyokong di IPTA


REMBAU - Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).
   
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.
   
"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di sini hari ini.
   
Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.
   
Katanya, selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.

"Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," katanya.
   
Katanya, walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.
   
Dalam pada itu, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, PAS perlu mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rakannya DAP yang menentang penubuhan undang-undang hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
   
Katanya, sikap PAS yang masih berdolak-dalih terhadap pendirian DAP itu hanya memburukkan keadaan dan tidak membantu menyelesaikan isu tersebut.
   
"Mereka perlu menjawab perkara itu, di hadapan DAP dan di hadapan rakyat kerana rakyat perlu tahu pendirian sebenar PAS," katanya.
   

Thursday, 23 August 2012

~hudud:jom kita tengok apa intipatinya~

Tiap kali pilihanraya parti Pas Akan pasti memainkan isu hudud seperti lagu raya yang selalu dimainkn pada bulan syawal(raya) .

Anak Jati Malaya mencadang kan kome sume jenguk satu blog ni .Cube kome tengok dulu,baca dan fahami dulu.Untuk baca klik sini

Insyallah ilmu yang baik harus dikongsi bersama.Pengundi fanatic jgn marah dan meroyan udahlah.

Wednesday, 15 August 2012

~Yang di-Pertuan Agong~


Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
 
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
 
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
 
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
 
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
 
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS
 
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 13 Dis 2011 - Kini
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS
 
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS
 
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dis 2001 - 12 Dis 2006
  YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
 
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj 
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
 
Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
 
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah 
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
 
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
 
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
  YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
 
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim 
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979
  YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
 
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975
  YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT 
 
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin

Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
  YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA 
 
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965
 YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA  
 
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
 
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad 
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960


Monday, 13 August 2012

~Aje bebeno yop wei...kenapa mcm ni plak~

hehehe...aje bebeno wei ...ce kome paham btul2 statement ni ....
hehehe...bukan kome yang kata...
akhbar sinar bertarikh 13 0gos 2012 ..

 
kome bole tengok full artikel disini kalau kome tak caye ckp teman...
klik disini

Sekarang adakah anda faham akan perlaksanaan hukum Hudud? Jadi, adakah anda yakin mampu melaksanakan 
hukum Hudud di negara kita?

Anda rasional?
Fikirkan.



Thursday, 9 August 2012

~APA KATA MEREKA~

KATA RAKAN FB ANAK JATI MALAYA

"faham elok2....bersama kafir ,MCA ,MIC, PKR,PAT CINTA MALAYSIA,DAN LAIN2 TIDAK MENGAPA WALAU PUNG KAFIR2 INI TIDAK MAHU HUDUD TAPI MENERIMA ISLAM ,SEBAGAI UGAMA RASMI MALAYSIA...TETAPI DAP TIDAK TERIMA,,ISLAM SEBAGAI UGAMA RASMI ...MAKA JANGAN KELIRU KAN RAKYAT ..DENGAN SOALAN ,MACAM MANA MCA ,MIC DAN LAIN2...Masuk dalam otak hanya DAP jer yang haram..ULAMA PUTUS KAN...JANGAN SPIN..CHUA SOLEK POTONG ..LAN..!!!!!! LAH DAN SEBAGAI NYA..SPEAK THE TRUTH...CIAKAP YANG BENAR...TAKBIIRRRRR "


BAGAIMANA PULA KATA ULAMA2 DI MALAYSIA...

KITA PERGI PADA KATA2 USTAZ FATHUL BARI


Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti Pas, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.



Sementara di Kota Bahru, Kelantan pula selepas Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam menegaskan adalah haram umat Islam menyokong DAP, seorang lagi tokoh agama hari ini mengingatkan umat Islam tidak boleh sama sekali menyokong mana-mana golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

KESIMPULAN AJM ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT DAN INILAH YANG TERJADI:


  • INI BARU SEDIKIT KOME WEI,COBE KOME BAYANG BILER 1 MALAYSIA DIPEGANGNYA ...APA AKAN JADI...

DAN DI SINGAPURA PULA BAGAIMANA DISINI AJM DAPAT LAMPIRKAN KATA2 RKN AJM BERBUNYI SEPERTI 


  • " DI SINGAPURA SEKARANG AZA MASIH BOLEH DILAUNGKAN TETAPI CORONG PEMBESAR SUARA TIDAK BOLEH DIHALAKAN KE ARAH LUAR. MURID PEREMPUAN ISLAM YANG SUDAH BALIQ TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI HIJAB. YURAN PERCUMA YANG DAHULUNYA HAK ORG MELAYU SUDAH DILENYAPKAN...
    MAHUKAH KITA RAKYAT MALAYSIA JADI SEPERTI NEGARA MEREKA.. KITA HARUS BERSYUKUR DENGAN PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL DARI DULU HINGGA SKRG..."
UTK LEBIH INFO KLIK SINI

PESANAN AJM:SEDARLAH BANGSAKU ...KITA BANGKIT MENENTANG MEREKA BUKAN KERANA NAMANYA TUT TUT TUT ,KITA BANGKIT MENENTANG MEREKA KERANA MEREKA BENCI AKAN ISLAM DAN TIDAK SUKA AKAN ISLAM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...