Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 21 September 2012

~BERSATU LAH DEMI ISLAM MELAYU DAN RAJA~


Pemuda Umno pada Jumaat mengajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai parti itu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Pelawaan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam ucapan ketika perhimpunan membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.

Menurut Khairy, pelawaan itu memandangkan solidariti Pemuda Umno dan Pemuda PAS yang sedia terjalin membabitkan kecaman ke atas agama Islam.

Katanya, solidariti untuk perjuangan Islam ini mendapat pandangan berbeza dari rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP.

"Pemuda Umno-Barisan Nasional bersama sahabat dalam pemuda PAS bersolidariti memberi tumpuan ke atas kecaman terhadap agama kami...bukan seperti DAP.

"PAS tak payah bersama DAP, keluar dari Pakatan. Kita berjuang demi agama. Kita bukan mahu berpolitik tapi hal ini membakar semangat kita.

"Jangan sentuh agama, Rasulullah serta agama-agama lain," tegas Khairy.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persoalan yang ditimbulkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham di laman Twitternya pada Isnin lalu.

Ngeh mengatakan himpunan membantah penyiaran filem anti-Islam itu sebagai satu provokasi umat Islam sebagai reaksinya kepada kenyataan awal Khairy yang mahu bergabung dengan Dewan Pemuda PAS dalam mengadakan himpunan aman berkenaan.

"Jika inilah jenis pemimpin DAP seperti Ngeh, kita hantar mesej dalam pilihan raya akan datang supaya jangan buang masa dan kita sedia untuk buang mereka (DAP)," kata Khairy.

Perhimpunan berasingan turut diadakan oleh Dewan Pemuda PAS yang berarak dari Lembaga Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat. .

Terdahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyatakan hasrat mempelawa Nasrudin hadir pada majlis makan malam 'Cinta Rasul yang akan dianjurkan oleh Pemuda Umno.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat dan beliau berharap PAS akan sudi menyertai majlis berkenaan.



DIPETIK DARI BLOG SUNGAI RAPAT ONLINE ..DISINI

~TERKINI DI 2 LOKASI BERBEZA BAGI MEMBANTAH FILEM INNOCENCE OF MUSLIM SERTA MENENTANG KEBIADABBAN MENCACI ISLAM~

ALHAMDULILLAH SEKARANG DI MASJID KG BARU SERTA JLN MENUJU KE BANGUNAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT SESAK DENGAN LAUTAN ORANG ISLAM YANG BANGKIT MENENTANG FILEM INNOCENCE OF MUSLIM ...

GAMBAR TERKINI









DEMI ISLAM,DEMI MELAYU KITA BERSATU MENENTANG KEZALIMAN...

DAN YANG PALING DAP TAKUT APABILA SITUASI INI BERLAKU...


~PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 nk dkt dh ...~



KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung dari 27 Nov hingga 1 Dis depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perhimpunan lima hari itu akan dimulakan dengan taklimat presiden pada 27 Nov diikuti dengan perasmian perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.
"Dari 28 Nov hingga 1 Dis pula akan berlangsung perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri manakala pada 29 Nov hingga 1 Dis ialah Perhimpunan Agung Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib juga berkata sehingga 18 Sept, sebanyak 176 bahagian Umno telah bermesyuarat manakala baki 15 bahagian lagi dijangka berbuat demikian pada hujung minggu ini.
Bagaimanapun, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.
"Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.
Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.
"Saya suka mereka buat spekulasi," katanya. - Bernama
dipetik dari laman ini

~SAUDARA SEMUA DIJEMPUT KE PROTES AMAN~


KEPADA SAUDARA SEAGAMA DAN SEBANGSA AYUH KITA BERSATU DEMI  ISLAM ,JANGAN BIARKAN KITA DI PIJAK SESUKA HATI...KITA ADA TANAH KITA...PERCAYALAH RAKAN 2 PERJUANGAN INSYALLAH ALLAH S.W.T BERSAMA KITA DALAM PERJUANGAN....


Thursday, 20 September 2012

~KEMANA PERGINYA DUIT RAKYAT KELANTAN~

BERIKUT ADALAH FAKTA YANG DIAMBIL DARIPADA LINK INI


KLIK IMAGE UTK BESARKN


1. Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan.Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan  telah bersetuju bekerjasama dengan “Thames Water” sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.
2. Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.
3. Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.
4. Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.
5. Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.
Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.
Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.
6. Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika berceramah di pentas-pentas politik.
7. Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pemberian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.
Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.
8. Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.
9. Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan oleh pemimpin dan penyokong PAS,  mereka menjawab di pentas-pentas politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja.
Begitu sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti berkenaan?
10. Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003. Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.
Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.
Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.
Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.
Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).
Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.
Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat adalah zalim dan perlu ditukar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...