Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 20 December 2012

~LIVE SIDANG DUN:DATO RAMLY ZAHARI JAWAB SOLAN MENGENAI JAMBATAN SUNGAI KINTA~



Menjawab soalan Adun Pinji Thomas Su, YB Dato Ramly Zahari setiap projek memerlukan 3K, pertama Kewangan, Kejuruteraan dan Keutamaan.

Projek Jambatan Sungai Kita dekat Pengkalan akan dimulakan sedikit masa lagi.


credit:http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/12/live-dari-sidang-dun-perak-dato-ramly.html

~GEMPAR!!!KAHWIN 4 Hari,Ahli politik cerai bini lepas KANTOI tak ada dara~


Bayangkan lah berpuluh ribu duhabis kan untuk persiapan untuk majlis perkahwinan.Cek punya cek tetiba si pompuan ni dah tkde dara.Bayang kan lah apa jadi nya nnti...Menyesal Tk sudah,tapi takpa kuota bg seorang lelaki adalah 4...heeehhhe

ikuti cerita dibawah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jakarta - Seorang ahli politik meninggalkan isterinya, Fani Oktora, 18, empat hari selepas mereka berkahwin kerana dikatakan sudah tiada dara ketika kali pertama mereka mengadakan hubungan seks.

Ketua Daerah Garut di barat Jawa, Aceng Fikri berkata:“Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan seks buat kali pertama.”

Katanya, dia mahu berkahwin dengan wanita yang cantik di luar dan dalam.

Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, dia bersama isteri keduanya Fani Oktora sekali saja selepas membelanjakan Rp250 juta (RM79,550) untuk majlis perkahwinan mereka pada 14 Julai lalu.

“Tidur dengan artis pun tidak semahal itu dan selepas saya ‘membelinya’ saya dapati dia tidaklah seperti yang ‘diiklankan’ jadi saya pulangkan dia,” kata Aceng.

Perbuatan Aceng itu menyebabkan kemarahan orang ramai yang kebanyakannya pelajar dan aktivis hak wanita dan mereka berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya dia meletak jawatan.

Malah, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga menyatakan rasa bimbang terhadap perbuatan Aceng sementara Menteri Dalam Negara, Gamawan Fauzi mengarahkan rakan sekerjanya, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan untuk menegur Ketua Daerah itu. -

~Hukum Meninggalkan Solat Fardu~


Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.

Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut. 

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)


Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.


Sumber

Wednesday, 19 December 2012

~BTK:APA itu BTK???~


BTK tu untuk pengetahuan para pembaca Blog Anak Jati Malaya adalah Belia Team Kerajaan(BTK)...hehe saja se pon nak reka2..bukan apa mengikut pendapat Anak Jati Malaya sendiri tiada lagi group2 yg ditubuhkan atas nama Belia Team Kerajaan(BTK).Pendapat je pon.

Menurut maklumat sumber yang Ajm terima dr sumber blog Belia Bangkit Sehingga 11 September 2012, bilangan pertubuhan belia yang berdaftar adalah sebanyak 8,148. Manakala bilangan belia yang menjadi ahli pula adalah seramai 2.5 juta orang. Wooowww ramai tu...

Tapi drpd jumlah tersebut didapati jumlah diantara 413 dikatakan tidak aktif dengan tidak dapat menyertakan Penyata Tahunan seperti mana diwajibkan semenjak didaftarkan dan langkah ke arah pembatalan sedang dilaksanakan.

 
BTK : Belia Team Kerajaan

~Panas!!!!AES MEMBEKU!!!KIH KIH KIH~


PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AG) memutuskan untuk membekukan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ini bagi memberikan masa diambil untuk mengkaji kebimbangan undang-undang yang telah dibangkitkan dalam kes-kes ini.

"Ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan dan semua prosiding dibekukan sehingga kebimbangan ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun, menambah bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...