Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 2 January 2013

KANTOI!!!baru UMUR 13 thn udah pandai nak rogol anak org dalam toilet!!!



apa nak jadi dengan budak ni ye...Kecil2 dah pandai nak rogol anak orang kan dah kene ...ish2 apa nak jadi..Tengok kat bajunya lambang apa...Nampak bebeno freemanson nya...Ish...

SUMBER

Mangsa BANJIR "Dihalau"!!!


Kesian dengan nasib mangsa banjir di Terengganu.,bukan apa harini 1 Jan 2013 merupakan hari pertama mereka bersekolah namun mereka terpaksa pulang ke rumah atas sebab banjir yang berlaku disekolah mereka ,kebetulan sekolah mereka dijadikan tempat pemindahan sementara.


HULU TERENGGANU - Hari pertama sesi persekolahan 2013 bagi Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di sini hari ini, terbantut apabila sekolah itu dinaiki air menyebabkan kira-kira 900 pelajar, guru dan warga kerjanya terpaksa pulang ke rumah masing-masing.

Air banjir dikatakan mula memasuki kelas, dewan dan asrama sekolah tersebut pada pukul 8 pagi dan setakat petang tadi seluruh kawasan sekolah itu ditenggelami air sedalam dua meter.

Pengetuanya Mohd Yakin Mahmood memberitahu pemberita, hari ini dijadualkan untuk sesi suai kenal guru dan murid, namun disebabkan air naik begitu pantas sesi ditangguhkan serta kesemua diarah meninggalkan kawasan sekolah.

Pada awal pagi banjir hanya dikesan berhampiran dewan sekolah dan tidak menjejaskan kawasan lain, namun kira-kira pukul 8 pagi banjir mula merebak, katanya menambah arahan meninggalkan sekolah tersebut dibuat selepas mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Setakat ini belum dapat dipastikan bila sekolah akan dibuka, katanya.  

Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan tiga negeri yang memulakan sesi persekolahan 2013 hari ini, manakala negeri lain akan bermula esok.

Sementara itu, seorang pelajar Siti Nurhidayah Sharudin berkata walaupun beliau agak terkejut dengan pengumuman pihak sekolah berkenaan, perkara tersebut agak melucukan.

"Selepas cuti panjang, saya dan kawan-kawan sangat bersemangat untuk pergi ke sekolah semula. Namun tidak sampai sejam selepas itu kami diarahkan balik sebab banjir pula," katanya ketika ditemui.

Sementara itu Timbalan Pengarah JPNT, Hashim Mohd Zin ketika dihubungi Bernama, berkata sehingga kini sebanyak 31 sekolah terpaksa ditutup hari ini akibat banjir iaitu 13 di Hulu Terengganu, Besut (12), dan tiga masing-masing di Setiu dan Kemaman.

Katanya sebahagian daripada sekolah itu tidak dapat memulakan sesi persekolahan kerana dijadikan pusat pemindahan banjir.  

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di Kampung Matang yang dilanda banjir mendapati pekerja Pos Malaysia, Mas Izan Mustafa, 32, tekun melakukan kerja menyerahkan surat di kawasan tersebut.

Difahamkan Pejabat Pos Malaysia cawangan Kuala Berang di sini, terpaksa mengambil inisiatif menyerahkan surat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diserah kepada penduduk di kawasan yang dinaiki air.

Selain itu, syarikat berkenaan juga menyewa bot bagi tujuan penghantaran surat penting. - Bernama

INI SALAH UMNO!!!Jalan Raya Runtuh Dirempuh Arus Di Besut


Gempar! Jalan Raya Runtuh Dirempuh Arus Di Besut | Belum reda lagi tentang isu tanah runtuh di Setiawangsa (LINK), satu kes tanah runtuh lagi telah berlaku di Besut. Biarpun ia hanya kes terpencil, tanah runtuh ini telah menyebabkan dua orang cedera. Dalam laporan berita ini mereka menyebut jambatan, namun sebenarnya ia adalah kes tanah runtuh di Besut, Terengganu. Memang tidak dinafikan, kes tanah runtuh sejak akhir -akhir ini sering berlaku berikutan hujan turun tidak berhenti. Boleh lihat gambar di bawah ini.


tanah runtuh

BESUT- Banjir besar yang berlaku Isnin lalu bukan sahaja menjadi banjir terburuk di kawasan Kampung Padang Bual, Hulu Besut tetapi turut menyebabkan sebuah jambatan di Kampung Durian Telur dekat Pasir Akar, runtuh menyebabkan ia terputus dua.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Durian Telur, Hasbullah Yusof berkata, kedua-dua belah hujung jambatan konkrit yang baru siap dibina beberapa bulan lalu runtuh setelah dirempuh arus deras Sungai Besut kira-kira jam 9 malam sebelum dihanyutkan.

Menurutnya, air sungai yang banyak dan deras telah melimpah memasuki laluan alur bawah jambatan itu lalu merempuh tebing jalan menyebabkan berlaku runtuhan tanah di hujung  jambatan tersebut.

“Kira-kira 350 penduduk terpaksa melalui jalan alternatif (jalan lama) yang terletak di sebelah jambatan itu untuk keluar ke pekan Pasir Akar,” katanya.

Hasbullah berkata, runtuhan itu turut menyebabkan dua remaja yang melalui jalan itu kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu terjatuh di bahagian lubang runtuhan itu sedalam kira-kira 4 meter dan cedera parah.

Menurutnya, dua remaja yang tidak dikenali itu bukan penduduk kampung tersebut, dan dipercayai tidak perasan dengan halangan yang dibuat penduduk.

“Sekarang, Pejabat Daerah Besut menutup laluan ke jambatan itu sementara kerosakan dibaiki bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan beliau akan mencadangkan kepada kerajaan untuk membaiki jalan tersebut secepat mungkin untuk keselesaan penduduk.

Amanah Terakhir Najib !!!


Apa ke heinya yop sampai macam tu...HMMM sebenonya teman nak ulas tentang Ucapan semperna tahun baru oleh PM kita Datok Najib semalam .Menurut laporan kosmo Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Beliau juga didalam ucapan nya turut menggesa supaya rakyat terus Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam tadi.

SUMBER

Tuesday, 1 January 2013

KANTOI MALAM PERTAMA 2013


Tu lar kan dah pesan banyak dah.Nak buat jugak apa ke heinya...Hmmm kan dh dapat kahwin free...padan muka kau...hee

BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.


Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.


“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.


“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...