Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 8 March 2013

Gempar Jeneral Sultan Sulu mati??




Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.

Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur.

Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.

Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.

"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.

"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata beliau. – Kosmo

HELAH PEMBERONTAK UNTUK LARI KE FILIPINA - PENGANALISIS PERANG



Tindakan kerajaan Malaysia menolak rayuan waris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III supaya pasukan keselamatan negara yang menggerakkan Operasi Daulat menggencat senjata adalah satu tindakan yang terbaik.

Walaupun pengganas berkata untuk mengelakan daripada banyak nyawa terkorban tetapi itu dilihat seolah-olah satu helah untuk mereka lari semula ke pulau-pulau di Filipina.

Jika mereka khuatir banyak nyawa akan terkorban mereka perlu mengambil tindakan menyerah diri kepada kerajaan Malaysia bukannya meneruskan perjuangan dalam keadaan yang lemah.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah berunding lebih 3 minggu dengan pengganas sebelum terjadinya peperangan, oleh itu peraturan hak-hak asasi manusia sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan begitu baik sekali.

Tiada sesiapa pun perlu mempertikaikan hak asasi manusia kepada pengganas yang yang tidak pernah mematuhi peraturan ini sehingga membunuh anggota keselamatan dengan begitu kejam sekali.

Tindakan kerajaan Malaysia adalah tegas dan wajar dengan memberi kata dua samada pengganas akan serah diri tanpa syarat atau mereka akan diperangi habis-habisan.

Kemungkinan besar pengganas Sulu mendapat dana daripada daripada individu tertentu dalam Malaysia sendiri kerana pengganas dilihat mempunyai kemudahan dan peralatan peperangan yang agak canggih.

Oleh itu dengan tindakan mengektradisi Jamalul Kiram III ke Malaysia untuk dibicarakan mungkin akan terbongkar siapa dalang disebalik pencerobohan ini.

Apa pun tahniah kepada pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi untuk mempertahankan bumi Malaysia daripada pengkhianat bangsa yang kini masih bebas.

Siapa Punca Perpecahan MNLF???


Perkara ni memang tak dapat kita nak nafikan dah beb. Sedangkan didalam Malaysia pun dia dok buat benda yang sama, kat luar pun apatahnya lagi.

Si Ketua Penipu tu memang banyak helah. Dia memang suka dengan taktik 'Pecah dan Perintah' ni. Dan perkara itu la yang dia buat selama hari ini.

Dia pecahkan UMNO supaya dia senang nak panjat tangga untuk duduk sebagai Timbalan Presiden. Habis semua orang ditebasnya. Tun Ghafar, Tengku Razaliegh.

Semua jadi mangsa dia. Hanya semata - mata dia ni GILA KUASA. Tu je hakikatnya. Sekarang dia buat pulak dalam PAS. Dia cetuskan huru hara dalam parti tu.

Habis semua kepimpinan PAS beramuk sesama sendiri. Yang Ulama, dia tolak ke tepi. Yang Pro Anwarinas, dia angkat dan dijulang tinggi supaya senang dia nak kawal.

Pun orang masih tak sedar jugak ke? Dah memang hakikatnya bahawa Si Ketua Penipu tu kuat menipu. Dan dia memang tak kenal mangsa. Jadi, tak heran la kalau dalam kalangan MNLF pun boleh berpecah belah angkara Si Ketua Penipu tu!!!
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema.


Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.



"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu

SUMBER

VIDEO Terkini: Ops Daulat Lahad Datu, Hari Ketiga



 Lahad Datu, Dato' Seri Najib Razak tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu dengan menaiki helikopter dari Tawau untuk meninjau kawasan operasi Ops Daulat..

Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.
"Kalau diikutkan kehendak perdana menteri sejak hari pertama lagi beliau sudah mahu turun ke sini," katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hishammuddin berkata Najib dijadual memantau perjalanan dan akan diberi taklimat perkembangan terkini operasi.

"Secara peribadi saya dan Zahid cukup menunggu kehadiran beliau. Sebelum ini kami hanya menghubungi perdana menteri melalui telefon dan hari ini beliau sendiri turun untuk melihat sendiri keadaan di lapangan," katanya.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata selain bertujuan memantau perjalanan operasi dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan, kedatangan Najib adalah untuk melihat kelengkapan logistik dan kebajikan anggota bertugas.

"Empat faktor ini yang menjadi latar belakang lawatan perdana menteri ke lapangan," katanya.
Beliau berkata ini bukan kali pertama Najib turun ke 'ground zero' kerana beliau yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun, telah ke Bosnia and Herzegovina, Timor Leste, Lubnan dan yang terakhir ke Gaza.

Dalam sidang media itu Ahmad Zahid turut mengedarkan beberapa keping gambar berhubung operasi susulan dan penggeledahan yang dijalankan anggota keselamatan di Kampung Tanduo..

Terkini - Kronologi Selepas Hari Ketiga Pencerobohan Pengganas Sulu


Sebuah helikopter Nuri berlepas dari Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo, lokasi pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

Anggota Polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) membawa dua suspek yang berjaya ditahan ketika "Ops Daulat" di sebuah ladang sawit di sini. Dalam operasi itu polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh untuk di soal siasat.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu.

6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar anggota pengganas Sulu yang mati dalam "Ops Daulat" pada sidang media di Felda Beach Resort di sini. Turut sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan). Sebanyak tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.


6 Mac (4 petang) - Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.

6 Mac - Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah lubang.

6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.


6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan.

7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.

7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut.

7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat sini.

- Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan.

- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah.

- Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat.

- Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.

7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala 31 lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.


7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...