Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 19 March 2013

Terkini !!! Lagi 4 Pertempuran berlaku !!!



Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu selamat dan terkawal.

Operasi pembersihan di kawasan Tanjung Batu masih lagi diteruskan manakala bagi kawasan Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk, operasi pembersihan telah selesai dijalankan.

4 pertempuran berlaku semalam, namun tiada kemalangan atau kecederaan di kedua-dua pihak.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah SOSMA 2012 adalah seramai 104 tangkapan manakala tangkapan di bawah Akta Imigresen seramai 245 orang. Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 28 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 62 orang. Jumlah yang meninggal dari pasukan keselamatan adalah seramai 9 orang manakala jumlah kecederaan adalah seramai 9 orang.


Terkini !!! Orang yang terawal melihat orang Sulu berjaya Dikesan???


Agak-agak kome la kan siapa agaknya terawal berjaya ‘menghidu’ kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?


awapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat. Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.

Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.

Menyedari kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.

Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat.

Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.

Lagi KLIK DISINI

Terkini !!Askar terus kawal ketat perairan Lahad Datu???



Pasukan keselamatan mengawal ketat perairan Lahad Datu, terutama di Tungku terhadap pencerobohan.

Satu perjalanan bersama  Bot Peronda 'PAC 51' pasukan polis marin ke Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mendapati bahawa kawasan dikawal sepenuhnya oleh polis marin dan tentera laut.

Marin dan beberapa bot tentera laut juga dilihat di kedua-dua kawasan, memantau sebarang pergerakan dan aktiviti.

Masjid lama di Kampung Tanduo yang telah digunakan oleh pengganas bersenjata sebelum ini didapati kosong dan tiada pergerakan dikesan.

Sementara itu, di Kampung Tanjung Batu, beberapa rumah telah dibakar oleh pengganas, juga sunyi dan tiada pergerakan dikesan.

Menurut pegawai operasi marin, rondaan dijalankan pada setiap masa secara bergilir untuk memastikan keselamatan rakyat di kawasan tersebut. Beliau menambah bahawa semua pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan.

Terkini !!!Perisai Siap Sedia Gegar Kubu Pengganas??



Pasukan keselamatan yang masih meneruskan misi Ops Daulat di sini menerima tambahan kekuatan dengan kehadiran kereta perisai berantai dalam usaha membantu dan memperkukuhkan penguasaan di gugusan Kampung Tanjung Labian di sini.

Kereta perisai berantai jenis ACV-300S Adnan itu dilihat memasuki kawasan Felda Sahabat pada pukul 4.20 petang selepas mengharungi perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer dari Tawau.

Sebanyak 17 buah kereta perisai berantai termasuk sebuah untuk tujuan perubatan memasuki kawasan Felda Sahabat dengan diiringi 17 buah trak tentera berkekuatan 200 anggota.

Difahamkan, kesemua kenderaan yang tiba di Tawau pada pukul 9 pagi semalam merupakan kenderaan yang berpengkalan di Pangkalan Tentera Gemas, Negeri Sembilan.

Panglima I Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Moktar berkata, kereta perisai berantai itu dibawa dari Semenanjung bagi membantu pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

“Kereta perisai berantai juga bertujuan untuk mengawasi gugusan Kampung Tanjung Labian selepas operasi tamat kelak,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.


Terkini !!! Lagi Penyagak Berjaya Dicekup ???



Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, pada Isnin selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, ketiga-tiga suspek ituditahan pada 3 petang Isnin mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkahKhas) 2012.

"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

"Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yangmempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.

Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat,mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...