Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 20 March 2013

Terkini !! YB Zul Bongkar siapa dalang sebenar insiden pencerobohan Lahad Datu???



SHAH ALAM - Ahli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin mendedahkan kemungkinan pemimpin pakatan haram, Tian Chua dan Sivarasa punya kaitan dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mendesak supaya kerajaan Malaysia menyiasat dengan terperinci kegiatan kedua-dua pemimpin pakatan haram itu dan menghukum dalang ke muka pengadilan secepat mungkin.

Zulkifli berkata, beliau sebagai bekas pemimpin pakatan haram sangat mengenali Tian Chua dan Sivara.

"Mungkin ada yang sudah lupa, inilah dua karektor antara mereka yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990-an," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Lahad Datu Bukan Wayang - Hukum si DALANG' di Seksyen 7, semalam.

Zulkifli membongkar dengan menceritakan peristiwa yang mengaitkan kedua-dua pemimpin pakatan haram itu.

"Pada 09 Nov 1996, kedua-dua karektor ini adalah antara mereka yang menggunakan platform pertubuhan yang tidak berdaftar Suaram menganjurkan sidang Asia Pacific Conference on East Timur 2 (dikenali dengan singkatan Sidang APCET II). Sidang ini dianjurkan di Hotel Asia di Chow Kit, Kuala Lumpur. Ianya adalah susulan daripada Sidang APCET I yang diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.

"APCET adalah forum yang digunakan untuk membawa isu pembebasan Wilayah Timor Timur daripada Indonesia. Dan gerakan ini bermula dengan pelancaran serangan bersenjata oleh pemimpin etnik Timor Timur bernama Gusmao. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh ABRI dan Kerajaan Indonesia. Gusmao dihadapkan ke Mahkamah Indonesia dan dihukum penjara 20 tahun.

"Insiden ini dijadikan modal untuk membawa isu kemerdekaan Timor Timur. Dalang-dalang gerakan ini menggunakan tekanan antarabangsa. Antaranya mereka berjaya mempengaruhi Nelson Mandela, dan Ramos Horta untuk bersama menyokong gerakan ini. Hinggakan Gusmao diberikan anugerah Nobel untuk kononnya menghargai perjuangannya.

"Kerajaan Indonesia sangat tidak berpuashati dengan tindakan Suaram dan beberapa NGO lain mengadakan Sidang APCET II di Kuala Lumpur. Indonesia merasakan sebagai negara saudara kembar yang serumpun, Malaysia tidak wajar membenarkan isu kedaulatan Indonesia dan wilayahnya dibincangkan di Kuala Lumpur," ujarnya.

Beliau berkata, namun Kerajaan Malaysia yang mengamalkan sikap terbuka dan memberi kebebasan bersuara kepada rakyatnya, dan tidak mengenakan halangan untuk Sidang APCET II diadakan.di Kuala Lumpur. Sebaliknya diperingkat rakyat, jelas penentangan terhadap campurtangan asing dalam hal kedaulatan Indonesia membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia.

Maka rakyat Malaysia, dipelopori oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menggerakkan massa dengan menubuhkan Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) yang diketuai oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO masa itu Saifuddin Nasution Ismail (kini Setiausaha PKR).

BBRM telah mengadakan protes besar-besaran pada 09 Nov 1996 dihadapan Hotel Asia diwaktu Sidang APCET II sedang berjalan. Apabila penganjur dan hadirin sidang itu enggan bersurai, Saifuddin Nasution Ismail dan gerombolan BBRM telah merempuh masuk kedalam bilik sidang dan cuba menghentikan sidang tersebut. Habis kerusi meja terbalik, malah ada antara mereka berdiri diatas meja dan melaung-laungkan bantahan.

Sidang APCET II akhirnya terpaksa bersurai. Pihak polis telah membuat beberapa tangkapan, termasuk ke atas Saifuddin Nasution Ismail. Mereka dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan hukuman.

"Hari ini Saifuddin Nasution Ismail adalah Setiausaha Agong PKR merangkap Ahli Parlimen Macang! Tianchua dan Sivarasa pula adalah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu & Subang bagi PKR.

"Betapa ironisnya dunia politik ini. Dahulu bermusuhan sehingga bersepak terajang, hari ini bercium sekatil; sebantal!,"katanya.

Zulkifli mendakwa, Tian Chua dan Sivarasa adalah antara karektor yang terlibat secara langsung dalam APCET. Akhirnya, rakan baik Anwar Ibrahim, Pak Gusdur memberikan kemerdekaan kepada wilayah Timor Timur dengan nama baru Timor Leste.

Gusmao akhirnya menjadi Presiden pertamanya, dan Timur Leste berubah menjadi sebuah negara kristian dengan bantuan ketenteraan daripada Australia.

"Apakah lirik lagu "Sabah kan hilang" yang sentiasa didendangkan oleh Anwar Ibrahim dalam siri-siri ceramahnya dimerata tempat dinegara ini sebagai satu tanda dan isyarat bahawa ada satu konspirasi jahat dan halus untuk menyebabkan Malaysia kehilangan Wilayah Sabah, sebagaimana Indonesia kehilangan Wilayah Timor Timur?

"Persoalannya, adakah kita sedang berhadapan dengan satu "Konspirasi Si-Kitol II", sebagaimana yang berlaku dalam sejarah "Konspirasi Si-Kitol I" yang menyebabkan kita hilang Kerajaan Melaka dahulu?," soalnya.

Beliau dengan tegas menyeru kepada Kerajaan Malaysia supaya tidak memandang ringan perkara ini.

" Sebab itu suatu Suruhanjaya DiRaja wajib ditubuhkan untuk menyiasat hingga ke lubang cacing siapa dalang sebenar pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengikut Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu," katanya.

SUMBER

Terkini !!! Pengganas Sulu Amal Ilmu Hitam semasa bertempur???



Sepertimana yang kita tahu krisis pencerobohan sulu terhadap sabah sudah berlarutan lebih 2 minggu dan pelbagai kejadian yang berlaku dan beberapa anggota keselamatan kita telah terkorban. Tahu kah korang dimana ia bukanlah satu petermpuran biasa sewaktu Ops Daulat kerana sewaktu pertempuran dengan pengganas Sulu dikatakan Anggota Keselamatan alami kejadian aneh di lahad datu Angkara ilmu hitam puak Pengganas Sulu.

Ikuti kisah yang belaku sewaktu pertempuran dengan puak Pengganas Sulu sewaktu 'Ops Daulat'

Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.


Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.


Lagi KLIK SINI

Terkini !!! Parlimen Bubar Hari Ini??


KERETA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara seawal jam 7.55 pagi tadi. Apakah hari ini Parlimen akan dibubarkan?

Terkini !!! Papa Gomo Mohon maaf pada Anwar bersyarat????



SHAH ALAM: Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau 'Papa Gomo' hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman blognya kerana 
cuba mengaitkan pemimpin pembangkang itu dengan gambar perilaku songsang dua individu yang dimuat naik Sabtu lalu.

"Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

"Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri," katanya.

Baca Lagi SINI

Terkini !!!Askar Malaysia tetap pertahan kedaulatan Malaysia dari pengganas Sulu???




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Untuk itu, beliau berkata rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan.

"Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di sini, Selasa.

Beliau berkata insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan.

"Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada.

"Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," katanya.

Perdana menteri berkata pengorbanan pahlawan-pahlawan negara itu bukan kecil dan bukan untuk diperlekeh, sebaliknya hasil pengorbanan mereka sepertimana pada era darurat dan insurgensi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemajuan dan kemakmuran sehingga hari ini.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan agar belajar mengenang budi dan berterima kasih atas jasa dan bakti mereka yang telah berjuang demi tanah air tercinta.

"Kenanglah ibu bapa yang meniti hari tua tanpa mereka lagi di sisi, kenangilah isteri-isteri yang menjadi balu serta anak-anak yang kehilangan belai manja bapanya.

"Kepada mereka kita berjanji bahawa negara ini akan sentiasa memuliakan bakti serta pengorbanan itu," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...