Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 21 March 2013

Terkini !!! Adnan Di Hantar Untuk Gempur Pengganas Sulu


Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terutama mereka yang berpeluang berkhidmat mengendalikannya. Kor Amor DiRaja diamanahkan menggunakan kenderaan ACV-300S Adnan yang dilesenkan pengeluarannya oleh FNSS dan dipasang oleh Deftech di Pekan.


Kereta Kebal ACV-300S Adnan


Spesifikasi


Sejarah ACV-300S Adnan
ACV-300 asalnya dibangunkan oleh FNSS bagi memenuhi kehendak angkatan tentera Turki. Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm co-axial. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawa dengan jarak yang lebih jauh. 

Kenderaan ini adalah amphibi sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi dan kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap. Sebanyak 1,698 (tambahan 665 unit) telah dimiliki oleh Turki dan Emiriyah Arab Bersatu telah menerima sebanyak 136 unit. Malaysia pula telah memesan dan menerima sebanyak 211 unit (tambahan 48 unit) ACV-300 dalam pelbagai versi.

Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik syarikat tempatan. ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang.

ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.

ACV-300 Adnan juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grenet Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.

SUMBER

Terkini !!! Saah Parlimen dah dibubarkan !!!



Yeah dengar khabar daripada sumber-sumber yang percaya dapat daripada orang besar atau orang kuat Bukit Aman dikatakan Parlimen telah dibubarkan selepas mendapat perkenan daripada yang DiPertuan Agong oleh Perdana Menteri Malaysia.

Adakah berita ini memang benar selepas kita disajikan dengan kisah yang sama sejak minggu lalu selepas kenderaan rasmi Datuk Seri Najib Razak dilihat berada di perkarangan Istana Negara atau propaganjil semata-mata lagi? Hari ini kita diberitahu benda yang sama sejak pagi tadi. Malah ada yang menyebarkan berita palsu kononnya press release pembubaran sudah ada walaupun?? sebenarnya itu press release zaman Pak Lah.

Adoiiyaiiii.....

Ramai dah bersorak sakan dekat Twitter. Malah ustazah paling fames dekat sana pun gembira excited sungguh..hewhew

Sama ada benar atau tidak, mari kita tunggu pengumuman daripada PM kita kononnya tengah hari atau petang ini. Kalau tiada jugak Parlimen bubar, kita humban orang yang menyampaikan tu buat bubur! Heh.

Lambat laun akan dibubarkan juga tapi korang yang dah boleh mengundi tu dah ada pilihan tetap ke? Nak bagi mandat dekat siapa. Bang Jib ke Pak Nuor? hehehe

Singkirkan saja wakil rakyat yang cuma mewakili poket sendiri n family. Ubah apa yang xcukup. Tapi elakkan yang memecah belah n menabur janji kosong semata-mata :)

SUMBER

Terkini !!! Kisah Vat 69 di hujani Peluru???



"Walaupun dihujani dengan beribu-ribu butir peluru dan nyawa kami terancam ketika itu, namun demi tugas dan kedaulatan negara kami teruskan bertempur."

Demikian diungkapkan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, anggota komando VAT 69 yang cedera ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Ladang Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lepas.

"Pada saya nyawa tidak penting, yang penting bagi kami pengganas Sulu yang menceroboh negara kita dihapuskan," katanya lagi.

Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangannya di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kelicap, Senggarang ternyata masih trauma dan sebak apabila diminta menceritakan kembali detik peristiwa berdarah itu yang turut mengorbankan dua rakan sepasukannya.

Beliau tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir apabila mengenang dua rakan sepasukannya yang terkorban dalam pertempuran itu.

Mengimbas kembali kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau terjatuh sebaik terkena tembakan di bahu kanan.

"Walaupun telah cedera dan terjatuh, pihak musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk menggunakan senjata berat. Nasib baik ketika itu, seorang rakan iaitu Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok kelapa sawit untuk berlindung," katanya.

Ketika itu beliau hanya berserah kepada Allah SWT dan reda jika umurnya tidak panjang, namun beliau bersyukur kerana Tuhan masih mengizinkannya untuk terus hidup.

Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudiannya Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Hospital Tentera di Lumut, Perak, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ditanya sama beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Mohammad Qaiyyum Aiqal berkata perkataan serik dan putus asa tidak ada dalam dirinya.

"Selagi saya bernyawa dan selagi saya boleh melangkah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara.

"Apabila saya sembuh dan jika diizinkan saya akan kembali ke Lahad Datu demi memastikan keamanan negara pulih seperti sediakala," katanya.

Dalam kejadian pada 1 Mac lepas, dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo.

Dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu ialah ASP Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

Selain Mohammad Qaiyum Aiqal, dua lagi anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd Tarmizi Hashim.

Sementara itu lebih 500 penduduk Kampung Kelicap dan kawasan sekitar berkumpul di rumah Mohammad Qaiyum Aiqal sejak pukul 2 petang sebaik mengetahui beliau akan pulang ke rumah.

Mereka sabar menanti sehingga pukul 6.30 petang dan ramai di kalangan penduduk kelihatan mengalirkan air mata apabila melihat kecederaan yang dialaminya.

Turut menyambut wira negara itu ialah Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi dan Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad yang menyampaikan sumbangan kepada beliau. BERNAMA

SUMBER

Terkini !!! KOMANDER LANUN SULU DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI!!!



Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. 

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

Benarkah,UMB Dan PCT Satu Gerakkan Perang Cyber yang diGeruni Pembangkang Perak ???


Pertama sekali Anak Jati Malaya ingin memohon seribu kemaafan jika pernah melukakan hati para pejuang cyber Troopers UMNO Pusat iaitu UMB sendiri.

AJM akui pernah buat satu keputusan yang tidak memberi apa pon impak pada kedua dua pihak tidak kira pihak AJM sendiri atau UMB.AJM Akui UMB merupakan satu gerakkan cyber yang begitu boleh dianggap satu gerakkan pernag yang boleh memecahkan benteng yang menunjukkan siapa sebenar Pakatan Rakyat.

AJM akui tempoh hari begitu terkejut dengan kehadiran UMB di Perak pada malam Himpunan Jentera Anak Muda BN tempoh hari.Pada pandangnan AJM kenapa tetiba sahaja UMB wujud.Terkejut jugak AJM.

AJM secara jujurnya eloklah melepas apa yg terhajat demi menjaga tali persaudaraan dengan UMB SENDIRI.Tempoh hari,di Perhimpunan Agung UMNO 2012 AJM kebutaln singgah di satu gerai berdekatan dengan PWTC,tetiba AJM terdengar seorang Budak UMB telah mengutuk Gang PCT.Pada AJM itu sudah terlampau.Itu yang membuatkan AJM begitu marah dengan UMB.

Hari pon dah lepas ,takpa AJM anggap itu satu Ujian buat Group Perak Cybert Troopers.Percayalah PCT tidak bertuan langsung dengan sesiapa.Apa sahaja jemputan kami akan hadir dengan misi yang satu.

Konklusinya Hari Ini,AJM dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf pada Gang UMB Perak iaitu Black Panther , Hak Malaysia , Redah Kasi Pecah , Redah Kasi Pecah , Rasyid Zambri dan seluruh warga UMB Perak Diatas kesilapan Yang pernah AJM Lakukan pada kome.


Ingat kita satu saf perang ,tidak guna kita bergaduh tak guna kita cari salah diri masing-masing ,lebih elok kita bersatu mempertahan kan kesucian demokrasi yang ada di negeri Perak.Teman doakan semoga kita selamat dalam menghadapi serangan Mereka keatas Kita.

Salam Perpaduan dari AJM BUAT SELURUH WARGA SAF PERANG CYBER BN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...