Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 24 March 2013

Terkini !!! Menteri Pertahanan Dicekup??(SULU)



Padan le muka kamu wahai pengganas lahad datu..Fuyyo power tu siap dah ada menteri pertahanan tu.Agak-agak kome siapa penaja terbesar ye??? ce kome bg gambaran ckit???

Sumber yang boleh dipercayai telah mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.

"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.

Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.

Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.
Sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma. Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.

Kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan. Operasi Daulat itu masih diteruskan.

Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat.

Terkini !!! Ketua penyangak sulu Dicekuppp???

Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam.

Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina.

Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan.

Sumber

Terkini !!! Kiram buat statement gila babi ???


Agak-agak apa pendapat kome semua tentang statement gila babi yang telah dibuat beliau menjelang pru ni....siapakah dalang sebenar yang membenarkan sehingga kiram sanggup berkata sedemikan???

Terkini !!!! Mb Perak bikin rakyat Perak trauma ??


Kenyataan Pemuda PAS Perak yang mahu Anwar bertanding di Lumut membuktikan bahawa PR sudah ketandusan calon. MB Perak mengalu-alukan Anwar Ibrahim bertanding di Lumut. Bagaimana dengan PKR Lumut ? Takkan PAS sahaja berani mencalonkan Anwar di Lumut? Bagaimana dengan calon sediada? Apa kata Saifullah, Cikgu Razak dan Dr Shan? Mereka ini yang dikatakan akan bertanding di Lumut. Adakah ketiga-tiga mereka ini sedia memberi kerusi ini kepada Anwar ? Ternyata BN digeruni di Lumut hingga memaksa Anwar bertanding di sini. YAB MB menyatakan beliau hanya insan kerdil tetapi bersedia menghadapi siapa sahaja yang bertanding..Tapi beliau hairan mengapa PR terpaksa meletakkan Anwar. Sudah ketandusan calon rupanya PR nih. Kepada ketiga-tiga calon PKR..kalian tidak layak bertanding di Lumut. Yang Layak HANYA Anwar alJubs..

Terkini !!! Midah buat kacau ???



Malam tadi di Machang ceramah YB Dato Hamidah Osman cuba dihalang oleh penyokong Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mengadakan ceramah berdekatan betul-betul dijalan masuk ke tapak ceramah YB Dato Hamidah Osman.

Pentas ceramah Serikandi yang dianjurkan oleh wanitan UMNO Bahagian Machang menyaksikan lebih 5,000 penduduk setempat hadir dan mendengar ceramah sehingga tamat.


Walaupun dihalang, penduduk tempatan berjumlah lebih 5000 orang sudah bersedia menanti YB Dato Hamidah bagi mendengar penjelasan mengenai penyelewengan tanah rakyat Kelantan yang diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak.

Sebenarnya kerajaan Pas Kelantan terlalu takut isu penyelewengan tanah rakyat Kelantan didedahkan di negeri Kelantan kerana majoriti rakyat di negeri Kelantan kena tipu hidup-hidup oleh pemimpin Pas.

Pemimpin Pas menipu mereka kononnya biarlah kerajaan Kelantan  dibawah pemerintahan Pas dan tidak ada pembangunan asalkan tanah-tanah masih kepunyaan rakyat Kelantan.

Semua penipuan yang telah dibuat oleh pemimpin Pas negeri Kelantan berjaya didedahkan malam tadi.

Penduduk langsung tidak berganjak kerana ceramah YB Dato Hamidah begitu jelas dan penuh fakta.

YB Dato Hamidah berjaya menerangkan dengan penuh fakta berkenaan penyelewengan tanah rakyat Kelantan yang diserahkan kepada syarikat luar terutamanya kepada syarikat cina DAP Perak Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Beberapa pemimpin tempatan meminta Pas Kelantan supaya tidak mencipta alasan dengan mendakwa wujudnya sindiket dalam isu pengambilan tanah rakyat di kawasan hulu negeri ini.

Saya kurang pasti apa keadaan sebenar tetapi kalau benar sindiket, apakah ribuan penduduk di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli ini terlibat dengan sindiket, kita tidak nafikan wujud sindiket tetapi jumlah itu amat sedikit.

YB Dato Hamidah Osman berkata kalau di negeri Perak ita tidak pernah merampas dengan zalim tanah yang rakyat telah usahakan tetapi di Kelantan sebaliknya dibawah kepimpinan Pas bukan sahaja sanggup meluluskan kepada syarikat luar tetapi sebaliknya mereka juga merampas hak rakyat negeri Kelantan yang telah diusahakan rakyat selama 20 sehingga 30 tahun diberikan kepada syarikat swasta di antara mereka tidak memiliki geran.

Diakhir ceramah YB Dato Hamidah mengingatkan kepada rakyat Machang khasnya bahawa jaminan bahawa jika negeri Kelantan masih dibawah pemerintahan  Pas tanah rakyat negeri Kelantan tidak akan terlepas ke tangan bangsa cina sudah berlalu kerana sepanjang perjalanan daripada Simpang Pulai hinggalah ke Kuala Kerai tanah tanah-tanah rakyat negeri Kelantan sudah gondol dan kebanyakannya telah diusahakan oleh pengusaha cina daripada Singapura.

Walaupun hampir kesemua tanah telah diserahkan kepada pengusaha dari luar tetapi negeri Kelantan tetap masih mundur. Oleh itu pada PRU13 kali ini diharap rakyat negeri Kelantan membuat satu keputusan yang baik iaitu menukarkan kerajaan Pas kepasa kerajaan Barisan Nasional.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...