Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 22 May 2013

PEMIMPIN DAP MEMANG TAK PAHAM BAHASA !!! PATUT SEKOLAH SEMULA !!

Apabila seorang Ketua Menteri hadir dan bersuhabat dalam perhimpunan yang tidak mendapat permit polis @ perhimpunan haram, rakyat boleh dapat menilai mentaliti dan tahap hormat Ketua Menteri kepada undang-undang negara ini.


Apatah lagi jika beliau itu adalah Setiausaha Agung parti DAP yang berdepan dengan pelbagai masaalah maruah parti yang bukan sahaja amat memalukan tetapi menjadi bahan lawak untuk rakyat sekalian.

MiM pun 'kagum' anak Kit Siang DAP itu masih tidak tahu malu dek keburukan parti beliau sendiri.

Untuk menambah sengsara Guan Eng DAP, portal pro-pembangkang mengeluarkan laporan yang seolah-olah sengaja menambahburukkan imej Guan Eng DAP yang sudah tercalar.

Di antara laporan Malaysian Insider :
Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, kata Lim Guan Eng hari ini sambil menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaanmenghukum mereka yang berani bertingkah. 
Kita baca kembali kenyataan Zahid Hamidi yang seperti sukar untuk difahami oleh Lim Guan Eng DAP. Mungkin kerana itu Zahid Hamidi menggesa Guan Eng supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya berhubung saranan berkenaan. 

"Baca elok-elok (kenyataan terbabit). Kalau tak faham bahasa Melayu, elok masuk sekolah semula,'' katanya. seterusnya

Sila baca :
Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka. 
 
Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini,mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 
Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini. seterusnya
Realitinya, 'tidak setia kepada negara, tidak menerima sistem yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan' seperti yang dinyatakan oleh Zahid Hamidi itu tidak boleh dianggap 'berani bertingkah' tetapi lebih kepada sikap biadap, tidak bertanggungjawab, ridiculous, illogical dan irrational.

Dan rakyat tahu Menteri KDN mesti tegas dalam hal melibatkan memperlekehkan Perlembagaan negara ini. Malah, rakyat Malaysia berhak untuk menolak anasir jahat yang mempertikaikan sistem politik yang sedia ada!

Tetapi ultimatum kenyataan Guan Eng yang bakal mendatangkan ketawa sinis dan sindir rakyat yang amat memalukan ialah apabila beliau bercakap tentang 'demokratik'!  
"Adakah beliau untuk berdebat secara terbuka dengan saya atau Lim Kit Siang atau pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sama ada kenyataannya yang ekstremis dan memecahbelah itubersifat demokratik dan sebahagian daripada rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya umum,” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.seterusnya
Bagi kita, isunya bukan berani atau tidak tetapi layakkah Guan Eng DAP bercakap atau berdebat tentang 'demokratik' sedangkan parti di bawah pentadbiran beliau sendiri tidak demokratik dan tidak dipercayai oleh ahli-ahli DAP?

Malah, ahli-ahli DAP sendiri yang membuat aduan kepada ROS tentang sarkas politik pemilihan CEC DAP pada 15hb Disember 1012 yang memalukan seluruh ahli dan penyokong parti itu. baca sini

Seperti kata Janice Lee kepada kepimpinan tertingi DAP :
Bersih dan betulkan dan betulkan sistem dalam parti sebelum menuduh orang lain tidak betul. seterusnya

BACA LAGI DI MIM 

BETULKE NIH ??? Nik Abduh dimaki mahasewel setan Khalid Ismath !!



Akibat menolak himpunan menjatuhkan kerajaan di jalanraya & menyifatkan ia sebagai gopoh  , Timbalan  Ketua Pemuda PAS ,  Nik  Abduh dihentam oleh macai2 PKR termasuk mahasewel syiah  Khalid Ismath
 
 
 
"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
"Itu adalah gopoh.
"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Apa tindakan macai2 PAS bila anak Tok Guru hang pa sendiri dimaki oleh Khalid Ismath gara-gara tak setuju demontrasi  tumbangkan kerajaaan di jalanan ini ??

PANAS BERAPI !!! MEMANG BIADAP !!!DJ radio Bangsa CINA raba TETEK !!!

Hiasan Sahaja


DJ Radio Ken Low yang lebih dikenali sebagai Ah Ken muncul di Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan mencabul pengacara tv dan rakannya di sebuah majlis.

Penyampai berita dan hiburan, Siow Hui Min dan Ting Yan Jing telah mendakwa DJ stesen radio UFM 100.3 itu telah meraba buah dada mereka, lapor The Straits Time.

Low, 28 bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut ketika perbicaraan yang bermula Rabu minggu lepas. Katanya lagi, hanya beliau sahaja seorang lelaki yang hadir dalam parti yang meraikan seorang rakan kepada tunangnya.

Beliau telah datang ke Kuala Lumpur pada 21 Julai tahun lepas untuk melawat tunangnya yang kini isterinya dan DJ Mary Lau ketika majlis tersebut berlangsung di sebuah hotel.

"Hubungan kami merentas sempadan, dan saya berada di situ hanya untuk dua hari, jadi saya turut serta dalam parti tersebut," kata Low.

Beliau juga mendakwa ketika itu semua orang sedang mabuk, dan tidak mampu untuk mengingati kejadian tersebut kerana tidak sedarkan diri selepas itu. Ketika beliau sedar, isterinya memberitahu dua orang wanita mengadu buah dada mereka diraba olehnya.

Low dan Ms Lau cuba menyelesaikan perkara tersebut secara baik, tetapi tidak berhasil. Beberapa hari selepas itu, Ms Ting membuat laporan polis.

"Ini merupakan satu pengalaman hitam untuk saya tetapi saya bersyukur ianya sudah berlalu. Tahun lepas, kami terpaksa berulang-alik untuk menguruskan majlis perkahwinan," kata Low yang mengahwini Ms Low September lepas.

"Isteri saya sentiasa berada di sisi saya, dan kami percaya semuanya akan menjadi bertambah baik dalam hubungan kami."
Pengarah program untuk UFM 100.3 Carine Ang, 39 berkata mereka sedang menunggu keputusan dari mahkamah sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Ianya amat sukar sekali kerana melibatkan rakan karib. Kami percaya Ken dan akan memberi sepenuh sokongan untuknya," kata Ms Ang.

Ditanya mengenai masa depan kerjayanya, Low menjawab: "Saya lebih risaukan kesihatan ibu bapa saya."

Perbicaraan dijangka selesai hujung 
bulan hadapan.


BUKTIKAN DULU !!! PERGADUHAN MAHASISWA DI DEPAN USM, MANA BUKTI MEREKA PEMUDA UMNO?


Ini adalah bukti gambar yang telah diwar-warkan oleh pemimpin pembangkang. Ironiknya tuduhan pemimpin gampang DAP iatu Ketua Menteri Pulau Pinang pilihan Kaum Cina Pulau Pinang. MKP cuma musykil dengan persepsi yang dinyatakan kumpulan ini adalah PEMUDA UMNO sedangkan tiada fakta atau bukti yang sahih diberikan.

Bangsat sungguh tuduhan yang dinyatakan tanpa sebarang bukti yang sahih dan nyata. Kalau benar itu Pemuda UMNO Pulau Pinang sila kemukakan bukti. Itu pun jika ada bukti jangan pulak buat tuduhan umpama baling batu sembunyi tangan.

Baca Lagi SINI

SYABAS DAN TAHNIAH!!!Malaysia Airlines Rakyat Malaysia Terharu Dengan Komitmen Anda Semua !!!




Sebelum ini Ajm ada mencatatkan satu kisah bagaimana seorang ibu dan anaknya yang terkandas di Vietnam akibat sikap tidak berperikemanusiaan kakitangan Air Asia hingga mengakibatkan kedua-dua beranak tersebut di halang dari menaiki pesawat untuk pulang ke tanahair.Baca Sini 

Namun segala kepayahan dan kesulitan yang dialami oleh kedua-dua beranak tersebut telah mendapat perhatian dan kerjasama yang amat baik dari kakitangan MAS dan membuktikan betapa Air Asia bukanlah syarikat penerbangan yang harus dijadikan sebagai pilihan oleh rakyat Malaysia untuk menuju kemana-mana destinasi.

Ajm amat terharu dengan usaha yang dilakukan oleh pihak MAS dan kakitangannya memberikan segala bantuan kepada dua beranak tersebut walaupun usaha itu seharusnya dilakukan oleh pihak Air Asia.Malah sehingga tindakan yang dilakukan oleh pihak MAS sekalipun pihak Air Asia masih lagi berdiam diri malah lebih berbangga dengan tindakan seorang pegawai besarnya yang lupa daratan.

Berikut merupakan kronologi usaha yang dilakukan oleh pihak MAS bagi membantu ibu dan anaknya yang telah dinafikan haknya sebagai seorang pemegang tiket Air Asia yang berbayar.

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.

5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

SYABAS dan tahniah buat semua kakitangan MAS kerana anda sudah membuktikan semangat kenegaraan dan perikemanusiaan itu menjadi amalan dan tanggungjawab anda dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam jadi kepada mana-mana pihak yang mahu ke sana gunakan Malaysia Airlines.sumber 

Air Asia SUCKS !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...