Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 23 May 2013

PANAS !!! Tentera Filipina Ada Bukti Pembangkang Serahkan Wang Pada Pengganas Sulu!!!


Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

Berita Harian melaporkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februaridipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.

Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah.

KEJAMNYA AIR ASIA !!! Air Asia Enggan Bawa Jenazah Pula! !!!



Setelah kontroversi Air Asia enggan menghantar pulang ibu dan anaknya dari Vietnam baru2 ini, Air Asia sekali lagi begitu angkuh enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta. Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia MAS ke Kuala Lumpur malam tadi.

 Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung. Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

 ''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya. Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

 Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.-Sumber

PANAS INI PERKAUMAN !!! BUDAK BUDAK MUDA CINA DAP DAH MULA HINA MELAYU!?


Apa kes Ni sampai nak Hina bangsa Aku... Kau ingat bangsa aku takda maruah ke hah... Ayuh siapa yg jumpa mamat dalam Bulatan tu bawak terus dia ke balai Polis... Binantang Betul !!!

DISEBABKAN BAHANG ABCD !!! COURIER NASIONAL POS LAJU MELONJAK 400%




Oleh : Sekupang Dua

Bahang boikot ABCD terhadap sekutu perniagaan DAP mula terasa, manakan tidaknya bau sebentar tadi teman dapat panggilan sahabat dari London yang sedang bersama bersama jamuan di Malaysian Hall bersama usahawan negara, agak mengemparkan bila baru sebentar tadi mereka mengetahui bahawa rupanya khidmat courier service di Malaysia mula nampak kesannya. Pos Laju yang menjadi National Courier Service di Malaysia kini melonjak jualannya sehingga 400% kerana kesan boikot terutama boikot barangan Kaum Cina DAP yang jelas menjadikanpunca merosot sokongan orang cina yang dihasut oleh puak juak dema nie

Topik ini menjadi permulaan hangat semasa majlis jamuan di Malaysian Hall Nie berkisar soal sales Pos Laju Courier Service sebelum nie yang teman difahamkan milik felda dan kini milik penuh usahawan Tan Sri Mokhtar Bukhari sebagai pemiliknya kalau tak salah teman... Kenaikan jualan atau sales nie mendadak naik setelah kempen boikot ABCD mula menampakan hasil,

POS Laju sebelum ini mula beroperasi lewat 80 an bila mula bersaing dengan beberapa courier service terutama beberapa syarikat Courier service yang sedia ada dimiliki oleh beberapa syarikat dimiliki oleh Orang Malaysia terutama kaum Cina, bagaimana pun Pos Laju terus mengalami pelbagai dugaan untuk menjadi salah satu syarikat Courier yang mampu bersaing diantara syarikat-syarikat lain

Teman juga telah menghubungi beberapa rakan yang sehingga kini berpuluh tahun dalam bidang Courier , agak mengejutkan teman bila dimaklumkan sales di Malaysia memang merundum jatuh malah ibu pejabat di Kuala Lumpur ditutup dan disatukan dengan Pejabat di Petaling Jaya, sales di Malaysia sahaja yang teruk tapi di luar negara masih ok, nampaknya banyak syarikat gergasi tidak lagi mengunakan syarikat mereka kerana kesan boikot yang sedang panas diperkatakan, memang ianya menimbulkan impak terhadap syarikat courier disini

Bukan setakat itu sahaja, malah ramai pekerja diberhentikan disebabkan gaji yang diselaraskan sebanyak RM 900 atas saranan kerajaan, kami dipotong elaun dan dikecilkan bidang ataupun dikurangkan pekerja, sekalipun gaji selaras yang sedang hangat diperkatakan. Bagi mereka yang bekerja lama nampaknya mengeluh dengan gaji yang mereka dapat makin berkurangan, kalau dulu seorang penghantar atau despacth clarke boleh mendapat RM 11 ringgit sehari untuk elaun minyak kini dipotong sehingga Hanya RM 5 sahaja.

Wednesday, 22 May 2013

WOW !!! BANYAKNYA BOOSTER !!! Pelacur & GRO Makin Hidup Senang


Wanita-wanita warga asing yang bekerja di rumah urut ditahan dalam satu operasiGRO Hadiah Kemenangan PR Di Selangor 

Sehari dua lepas sekumpulan anggota polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO). 

Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat sebegini, kini sudah tidak seperti dulu lagi. 

Serbuan itu dilakukan selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di premis tersebut. 

Premis hiburan itu yang suatu ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum. 

Dulu di waktu zaman pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya. Tapi semenjak PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri. 

Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir setiap Seksyen di Shah Alam.

Shah Alam Kini Lokasi Tumpuan GRO


Wanita-wanita warga asing yang bekerja di rumah urut ditahan dalam satu operasi
Khabarnya kini sudah ada 4000 rumah urut di Selangor berbanding hanya 500 semasa BN berkuasa. Sumber ini dari rakan panglima yang tinggal di Shah Alam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...