Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 7 September 2013

Senarai pendek kongsi gelap

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Menurutnya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di sini, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata, individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Lagi sini

Terkini !! Maimon mutalib meninggal dunia ???

  • Maimon Mutalib
 1 / 1 

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Pelakon veteran drama dan filem Maimon Mutalib, 55, meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini."Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang ini setelah setahun mengidap penyakit itu," katanya.Maimon yang dilaporkan mengidap kanser tahap keempat tahun lepas, 
meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun. Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Aku Akan Muncul, Budak Pailang, Chantek, CUCI, Al-Hijab, Qabil Khushry Qabil Igam serta Appalam. - Bernama

Thursday, 5 September 2013

NAJIB BUAT RAKYAT MARAH !!! TERUS NAIKKAN HARGA MINYAK RON 97


Bila pendedahan sudah dibuat betapa petrol RON97 lebih murah dari RON95 dan bukannya sebaliknya .. maka mulai jam12.01 malam ini harga petrol RON97 akan dinaikan kepada 15sen seliter lagi menjadi harganya kini RM2.85sen seliter.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng.



Suka Hati bapak Dia je Nak Naikkan Harga Minyak kan .Macam Celaka La... Sial semua dia nak naik . Puihhh


Tuesday, 3 September 2013

PANAS !!! APA KATA HARAKAH TENTANG KENAIKKAN HARGA MINYAK

Entah la memang lawak betul paper harakah ni ada ke patut Harakah Bil 1870 (23-25 Ogos 2013) pada halaman N6 melaporkan harga minyak dunia naik akibat krisis di Mesir. So Penulis Harakah dah tahu tapi kenapa macai-macai PAS dan Pakatan tak habis-habis salahkan Kerajaan BN?

Ini ada satu mesej Keris nak kongsi dengan pembaca :

Dari Fadhil Aizat :

mohon tumpang lalu kisah pasal kenaikan harga minyak(Copy dari member):

Kenapa kerajaan kurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen?

Jika berlaku perang, selalunya negara membangun seperti Malaysia akan mengadakan plan fiskal / easing economy iaitu langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan utk mengawal nilai matawang. Contohnya pengurangan subsidi minyak seperti malam ini dan semalam nilai RM naik 3 mata berbanding USD.

Index barangan pengguna juga naik kerana kebanyakan product utama pengguna dunia seperti makanan, minuman dan ubatan datang dari company USA. Bila perang berlaku, semua permintaan bertambah dari retail product hingga ke pasaran komoditi. Pasaran saham akan goyang dan pasaran komoditi akan naik. Ekonomi dunia jadi tidak stabil.

MUNGKIN pengurangan subsidi minyak ini antara persediaan kerajaan jika ekonomi dunia jadi tak stabil angkara perang USA dengan Syria. Sekadar pandangan. Wallahualam.

*Lihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung.*

Monday, 2 September 2013

Kenapa Azwan Bro Mampu Menggalas Tanggungjawab Sebagai NKP???

Dari segi populariti dan kewibawaan calon Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dengan panggilan AzwanBro tampak lebih menyerlah dan memperlihatkan kredibilitinya untuk menggalas jawatan tersebut.
AzwanBro yang dilihat begitu serasi dengan kepimpinan pemuda yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin yang pastinya akan lebih sibuk sebagai Menteri Kabinet, seharusnya diberikan peluang untuk membantu memperkasakan lagi saf  kepimpinan pemuda agar ianya selari dengan kehendak orang muda pada hari ini.

Gerakkerja AzwanBro lebih menjurus kearah memperkatakan mengenai permasalahan rakyat dan juga cara penyelesaiannya, kerana pada pandangan beliau, usaha untuk menguatkan parti dan mendekatkan rakyat kepada parti bukanlah tugas wakil rakyat semata-mata, malah barisan pemuda juga turut bertanggunjawab akan perkara itu.
Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun dengan idea-idea yang bernas sila [KLIK]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...