Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 19 September 2013

PANAS ! KETUA WIRA PERKASA PERAK MENGAMUK?!

Apa sudah jadi sebenarnya ,teman masih tertanya spa yang menyebabkab kn saudara Hafez Mubin Marah beno dgb 2 org ni. Ermmm baca je screenshoot yg anak Jati dapat petik dr Fb Beliau senfiri .

Terkini !! Anwar terpengaruh dengan lagu Dulu2 Ku Menderita???



Aku sebenarnya agak terkejut apa motif yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim ,daripada muka berkerut terus muka macam jantan muda. Kekeke .

Apa motif sebenarnya ye Anwar buat begini. Awet muda ek. Ke ada motif lain yg kita tidak tahu . 

Menurut blog Semut Hitam ,Gamaknya dah buang tebiat kot Si Ketua Penipu tu. Nak sangat nampak dia muda sampai sanggup dia mencacatkan muka dia yang memang dah sedia hodoh tu.

Baca lagi di Semut Hitam 

Wednesday, 18 September 2013

PANAS!! (Part 1)Rahsia Besar Dap Terbongkar !!


Amat mengejutkan Anak Jati Malaya biler menerima satu url blog dari sahabat blogger anak Jati Malaya berkenaan dengan Dap . Di bawah ini adalah sbg tatapan buat para pembaca siapa sebenarnya dap yang dipetik dari blog Dap Insider

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.

Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

Tuesday, 17 September 2013

PANAS !!Pemuda Umno Gopeng Serius Mahu Merampas DUN Sg Rapat

Satu persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng dalam pilihanraya yang baru lalu.

Namun nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno gopeng.

Saudara Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.

Ramai yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri program peringkat cawangan sahaja.

Dan yang lebih memilukan hati penyokong penyokongnya ialah dimana keupayaan dan kebolehan saudara Adli hanya diperakui oleh orang luar perak dimana Saudara Adli diambil untuk berkhidmat kepada seorang menteri yang berasal dari Johor.

Namun begitu atas dasar setiakawan dan sayangkan pemuda umno gopeng, saudara Adli telah berjaya dipujuk untuk sekali lagi menawarkan diri dalam pertandingan untuk mengisi tampuk kepimpinan pemuda umno gopeng yang telah lama ditinggalkan oleh ketua pemudanya sebaik saja meraih kemenangan pada 2008 dahulu.

Kekuatan saudara Adli sebenarnya bukan sahaja terletak kepada personalitinya yang mesra dan berintegriti tetapi juga kebijaksanaannya dalam membentuk pasukan yang benar benar berkualiti dalam mengharungi bersama sama dengannya untuk memperjuangkan survival bangsa melayu.

Pemilihan saudara Adli dalam mengambil saudara Shamuddin Tajuddin sebagai naib ketuanya dilihat sebagai tektik yang benar benar bijak kerana saudara Shamuddin adalah juga seorang pegawai yang berkhidmat didalam agensi kerajaan yang tahu selok belok pilihanraya. Ini menampakkan saudara Adli amat serius untuk membentuk satu pasukan bagi membantu umno untuk memenangi Dun Sg Rapat pada PRU akan datang.

Kepada Saudara Adli dan pasukannya saya ucapkan SELAMAT MAJUJAYA


Thursday, 12 September 2013

UBAH SUAI LOGO PDRM...BUKTI SEKTOR AWAM DIKHIANATI STAFF SENDIRI....!!!

TINDAKAN seorang grafik artis RTM mengubah suai logo PDRM yang dikesan semalam, perlu menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan untuk membersihkan sektor awam dari macai pembangkang atau yang sebelum ini mengaku pro BN tapi sekarang sudah cenderung ke arah dubor Anwar Ibrahim.

Penulis sendiri kenal satu dua macai jenis ini. Perdebatan mengenai kenaikan minyak baru-baru ini, menyerlahkan hipkorasi sebenar macai berkenaan yang selama ini ditutup rapi.

Bangkai gajah nak tutup macam mana, berbau juga dia.

Apatah lagi penulis dimaklumkan memang ada petugas khas yang khusus untuk melihat perkara ini dan mengambil tindakan dimana perlu supaya para macai ini tidak terus merosakkan imej kerajaan dari dalam.

Siapa dan dimana petugas ini berada, penulis tak payah cakaplah, tapi ada.

Sebetulnya isu ini sudah lama. Sejak ada pulak yang ghairah nak bawak pembaharuan, keterbukaan dan apa jadah yang lain dalam pentadbirannya, segala macam macai sudah masuk dalam sektor awam dan boleh menjadi bom yang bakal meletus bila-bila masa.

Jangan silap, ini bukan masalah keadilan, bertindak kejam atau takut, ini masalah macai-macai pro Anwar ini tidak professional dimana juga mereka berkhidmat, sektor swasta atau awam. Yang teruknya awamlah, sebab ia melibatkan dasar kerajaan.

Nak sokong pembangkang ke apa, itu lantak kaulah (undi rahsia), tapi sampai sabotaj tempat kau sendiri cari makan (macam yang berlaku di RTM ini), apa ke halnya pulak?

Pembangkang memang macam itu, asal saja apa yang dia nak dapat, peduliklah etika ke profesionalisme ke apa ke, semua dia redah. Contoh macam kakitangan Public Bank yang diperalat Rafizi untuk dapat maklumat perbankan NFC, ada sesiapa peduli pasal etika?

Jadi penulis suka nak mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan ’Ops Cantas’ sama macam yang polis buat ke atas anggota kongsi gelap, tapi yang ini mengkhusus kepada kakitangan awam, dalam masa yang sama berkiblatkan dubor Anwar Ibrahim.

Kat luar ni, berlambak orang yang betul-betul nak berkerja dengan kerajaan yang boleh dipertimbangkan JPA, sementara kakitangan awam yang cenderung nak berpolitik dari bekerja, elok dibuang.

Hari ini polis, esok lusa entah siapa pulak jadi mangsa para pemuja Anwar Ibrahim ni.

Penulis dan ramai lagi pun tak reda hasil pelbagai cukai yang penulis bayar, digunakan untuk menanggung gaji dan elaun golongan biawak hidup ni.

Semua ini perlu dilakukan segera. Antara punca kenapa prestasi BN merosot (prestasi UMNO meningkat) dalam PRU13 yang lepas ialah kerana adanya antara kakitangan sementara SPR yang diambil dari kalangan kakitangan kerajaan sektor tertentu yang membantu pembangkang.

Baik semasa proses pengundian, apatah lagi semasa proses pengiraan.

Kita tidak mahu semua ini berulang lagi. Sektor awam perlu dibersihkan segera dari pengaruh pembangkang kalau BN nak menang selesa dalam PRU4 nanti.

mykmu.net 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...