Moh Follow ANAK JATI MALAYA
AMARAN ANAK JATI MALAYA
~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak
~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Thursday, 19 September 2013
PANAS ! KETUA WIRA PERKASA PERAK MENGAMUK?!
Apa sudah jadi sebenarnya ,teman masih tertanya spa yang menyebabkab kn saudara Hafez Mubin Marah beno dgb 2 org ni. Ermmm baca je screenshoot yg anak Jati dapat petik dr Fb Beliau senfiri .
Terkini !! Anwar terpengaruh dengan lagu Dulu2 Ku Menderita???
Aku sebenarnya agak terkejut apa motif yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim ,daripada muka berkerut terus muka macam jantan muda. Kekeke .
Apa motif sebenarnya ye Anwar buat begini. Awet muda ek. Ke ada motif lain yg kita tidak tahu .
Menurut blog Semut Hitam ,Gamaknya dah buang tebiat kot Si Ketua Penipu tu. Nak sangat nampak dia muda sampai sanggup dia mencacatkan muka dia yang memang dah sedia hodoh tu.
Baca lagi di Semut Hitam
Wednesday, 18 September 2013
PANAS!! (Part 1)Rahsia Besar Dap Terbongkar !!
Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya.
Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.
Tuesday, 17 September 2013
PANAS !!Pemuda Umno Gopeng Serius Mahu Merampas DUN Sg Rapat
Satu persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng dalam pilihanraya yang baru lalu.
Namun nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno gopeng.
Saudara Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.
Ramai yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri program peringkat cawangan sahaja.
Dan yang lebih memilukan hati penyokong penyokongnya ialah dimana keupayaan dan kebolehan saudara Adli hanya diperakui oleh orang luar perak dimana Saudara Adli diambil untuk berkhidmat kepada seorang menteri yang berasal dari Johor.
Namun begitu atas dasar setiakawan dan sayangkan pemuda umno gopeng, saudara Adli telah berjaya dipujuk untuk sekali lagi menawarkan diri dalam pertandingan untuk mengisi tampuk kepimpinan pemuda umno gopeng yang telah lama ditinggalkan oleh ketua pemudanya sebaik saja meraih kemenangan pada 2008 dahulu.
Kekuatan saudara Adli sebenarnya bukan sahaja terletak kepada personalitinya yang mesra dan berintegriti tetapi juga kebijaksanaannya dalam membentuk pasukan yang benar benar berkualiti dalam mengharungi bersama sama dengannya untuk memperjuangkan survival bangsa melayu.
Pemilihan saudara Adli dalam mengambil saudara Shamuddin Tajuddin sebagai naib ketuanya dilihat sebagai tektik yang benar benar bijak kerana saudara Shamuddin adalah juga seorang pegawai yang berkhidmat didalam agensi kerajaan yang tahu selok belok pilihanraya. Ini menampakkan saudara Adli amat serius untuk membentuk satu pasukan bagi membantu umno untuk memenangi Dun Sg Rapat pada PRU akan datang.
Kepada Saudara Adli dan pasukannya saya ucapkan SELAMAT MAJUJAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)


