Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 29 June 2012

~Mana Satu Hudud Pas ni?~

hahahha...ni lar hudud-hudud versi pas ...
kesian modalnya hanya satu hudud je....ish aq malas nk citer lar bnda2 cmni karang kera2 lebai pas kata ni sume fitnah umno n yg paling penting salah umno...

pas pis pus

berikut ada lah kata-kata dan komen Nik Aziz dan Karpal Sink....(owh dengan kafir bolh bekerjasama tp dengan islam sendiri berbagai dan beribu alasan dicipta bg meraih sokongan...pelik!!!!)

ish ish ish tak boleh laksana cari seribu alasan.kata-kata seorang pemimpin kanan PAS..


"langkah mayat sy dulu lar "karpal sink

 
kih kih kih

 korang tak percaya ckp aq kn nah ambil lar.....

lagi kata-kata Hadi Awang

hah sekarang aq nak tunjuk kat korang semua inilar kata-kata dari mulut pemimpin Pas sendiri nk salah UMNO lg kew....(kadang-kadang rasa kesian dengan lebai2 pas ni.... :( (sedih konon) )








~Lagi isu rakyat ditipu oleh seorang penasihat sebuah parti di Malaysia...siapakah dia????!!

eh bersilat ke apa nih...kih kih kih....
ni sume salah umno ler ni ajar aq bersilat plk...hahahaha...
18/6/2012 - Skandal RM3billion: Murad Khalid sedia beri kerjasama
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
 
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
 
"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."
 
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
 
Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu.- 18/6/2012
20/6/2012 - Isu RM3 billion: Minta tunjuk bukti akaun, Anwar merapu soal curi dan rogol...

Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan senang hati adakan sidang media dilobi Parlimen pada Rabu sebab tiga kali cabarannya dalam Dewan Rakyat minta ahli parlimen BN bangun ulang tuduhan beliau memiliki aset RM3 bilion tidak disahut.
Ketua Pembangkang itu kata semua itu mainan media UMNO, TV3, RTM dan Utusan.
“Itu semua fitnah jahat dan tidak boleh dipertahanan. Mereka guna media jadi saya tidak boleh jawab sebab saya tidak ada ruang untuk jawab,” ujarnya.
Beliau sekali lagi bangkitkan soal akuan bersumpah pegarah siasatan BPR (kini SPRM)  Abdul Razak Idirs yang siasat kes itu ketika beliau dalam penjara Sungai Buloh.
Anwar mengulangi sedia disiasat berhubung kes itu termasuk meminta siasatan serupa terhadap akaun Perdana Menteri dan Timbalannya.
Perkara sama turut dinyatakan Anwar ketika dalam Dewan Rakyat sebelum sidang media tersebut.
Soal siasat (semula) saya tak halang, saya akan beri kerjasama. Tapi yang saya kesalkan ialah isu ini dikitar semula.
"Kalau ada bukti lain yang dikemukakan, saya tak ada masalah. Kita boleh berbeza politik...tapi ini (fitnah) tak perlu," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Sementara itu menerusi sidang media di lobi Parlimen, Anwar sekali lagi menegaskan dakwaan terhadap pemilikan aset sejumlah RM3 bilion itu tidak berasas.
Bagaimanapun ketika sidang media itu, Anwar yang ditanya Agendadaily, sama ada beliau sedia membuktikan penyata akaun miliknya bagi menafikan dakwaan tersebut, Anwar sebaliknya mencabar pihak yang membuat dakwaan agar berbuat demikian.
"Kalau saya tuduh anda curi wang, adakah anda yang kena cari bukti? Saya lah yang kena buktikan..inilah hukum UMNO.     
"Sekarang ini BPR kata tak ada asas...pergi tanya BPRlah (bukti). Anda rogol orang, adakah anda kena cari bukti anda rogol siapa?," katanya sambil menunding jari kepada wartawan Agendadaily.
Anwar macam biasa naik angin dan lepas geram pada Agendadaily dengan berkata,” soalan itu reflek UMNO mentaliti..please ...sekian, Wasalamualaikum!,”.
Beliau kemudian bangun meninggalkan sidang media itu hanya selepas soalan pertama Agendadaily.– 20/6/2012 - OLEH ROSLAN BIAN
26/6/2012 - Scandal RM3 Billion Anwar - Jawapan KP SRPM 

Sejak isu RM3 bilion babitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Perkasa dan Umi Hafilda Ali mengemukakan bukti-bukti terbaru selain pengakuan bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), agensi itu yang kini dikenali SPRM terus ‘tutup mulut’.
Ketua Pembangkang itu sudah menyatakan sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai 20 akaun itu ketika beliau jadi Timbalan Perdana Menteri.
Kemunculan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassin Mohamed di bangunan Parlimen, Rabu jadi tumpuan petugas media untuk bertanya soalan mengenai siasatan agensi itu terhadap Anwar.
Bagaimapun, Abu Kassim tidak cepat melatah kena jolok dengan wartawan sebaliknya hanya memaklumkan SPRM akan siasat isu itu jika ada bukti kukuh.
Katanya, setakat ini SPRM tidak bercadang atau mengeluarkan apa-apa kenyataan meminta Anwar hadir untuk membantu siasatan.
Abu Kassim enggan mengulas lebih lanjut isu itu sebaliknya mahu media fokus kepada tujuan sidang media hari ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2011 kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Radzi pula meminta isu rasuah jangan dipolitikkan kerana perbuatan rasuah adalah jenayah.
Selain itu katanya, cadangan kuasa pendakwaan supaya diletakkan di bawah kuasa SPRM akan dibincangkan semula dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.
Menurut Radzi,  pihaknya sebelum ini telah mencadangkan mengenai perkara itu tetapi ditolak oleh kerajaan.
"Kita sudah mencadangkannya sebanyak dua kali tetapi tidak berjaya.
"Kita akan tengok sekali lagi selepas melihat laporan tahunan SPRM (2011) agar ia (cadangan) dipertimbangkan (semula)," katanya.
Katanya, JKMR akan bermesyuarat dan menyiapkan laporan lengkap mengenainya dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, yang akan dibentang dalam sidang Parlimen akan datang.
Kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada SPRM memulakan pendakwaan kes rasuah secara penuh tanpa merujuk Peguam Negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Jun lalu berkata, sekiranya SPRM diberi kuasa untuk membuat keputusan mendakwa, maka tidak wujud unsur pemikiran yang bebas dalam mempertimbangkan fakta dan keterangan sesuatu kes secara objektif.
JKMR ditubuhkan di bawah Akta SPRM yang bertujuan untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM dalam menangani masalah rasuah di negara ini.
Seramai tujuh anggota dalam JKMR yang terdiri daripada Mohd Radzi selaku pengerusi, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Salahuddin Ayub (PAS- Kubang Kerian), Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) dan Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia 27/6/2012- OLEH ROSLAN BIAN

Thursday, 28 June 2012

~persamaan antara bendera UMNO ngn bendera diluar negara...apakah persamaannya ....mari kita lihat...!!!~

bukan nak kata apa ...mgkin gambar ni byk memberi tafsiran pada kita rakyat Malaysia utk menilainya...
warna bendera mgkin sama...dan kita tgk lar lpas ni puak2 sebelah sana tu nk berkata apa plk lepas ni kn....


ANAK JATI MALAYA ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada presiden baru Mesir iaitu Mohd Morsi  

~gempar Anak Seorang Pemimpin Yang sering suka Dibogelkan~


aduh apa nk diherankn apa biler dia sendiri yang suke dibogelkan dgn kenyataan dia sendiri...hahah...Haduhai!!! Memang jenis manusia tak malu betul la Si Nurul Izzah ni. Dia memang suka agaknya bila kainnya diselak depan khalayak ramai.

Tapi, apa nak heran ye tak. Sedangkan Papa dia sendiri pun jenis manusia yang tak de maruah, inikan pulak dia. Mana perginya nasi kalau tidak ke mulut kn...kih kih kih !!! 

Itu pasal la dia suka buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan terhadap pihak Kerajaan. Dulu kata Kapal Selam tak boleh menyelam. Sekarang tuduh benda lain pulak. Yang orang dok tuduh Papa dia tu, bila pulak dia nak jawab!!! Takkan nak buat bodoh je kot!!!


BERIKUT ADALAH TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANITA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. 

Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.


Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. 

Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. 

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.


Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia 
( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong )

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menyarankan supaya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan perlu mengambil beberapa langkah antaranya;

1) menjelaskan apakah benar maklumat dikesan keluar daripada Malaysia;

Sepanjang pengetahuan Kementerian, sehingga kini TIADA maklumat yang dikesan keluar dari Malaysia.

2) samada Kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapat akses kertas pembuktian yang dirujuk oleh SUARAM;

Kerajaan Malaysia difahamkan TIADA PERBICARAAN berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, TIDAK TIMBUL soal Kerajaan akan memohon menjadi pemerhati.

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan keatas klausa klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian kewangan untuk kelulusan.

4) Kerajaan Malaysia juga perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk Pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting Kerajaan bebas dari rasuah dan pengkhianatan;

Kerajaan berpendapat TIDAK PERLU untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Manakala itu, setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

Sekian terima kasih

YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia


Monday, 25 June 2012

~KATA2 DR. RIDHUAN TEE JIKA PM BUKAN MELAYU..!!!~


Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia.Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak, terpaksalah juga saya tampil, bukan membela, tetapi berkata benar. Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi. Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu. Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku.Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971),Leon Comber (1985),Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.


Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”,“Kuala Lumpur sekarang Cina punya”,“Ini negeri bukan Melayu punya”,“kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah. Pada saya yang baik itu,baiklah. Perlu disokong. Namun,bila tiba bahagian mungkar,maka perlu ditolak.Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa telah diperolehi nanti,rasalah akibatnya.Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman,tetapi juga luaran,terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat. Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur.Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain. Sama seperti isu perkataan ‘pendatang’. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar. Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti. Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oranng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno,Dato’ Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu,adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka. Utra kiasu itu berkata lagi,beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).



Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu. Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita.Jika tidak benar,samanlah. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah. Pemimpin ultra kiasu berkata,"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi,sebenarnya, mengata orang dia yang lebih. Saya berpegang kepada prinsip,“kita tidak akan menyerang jika tidak diserang.Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.

Menurut ultra kiasu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik. Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah. Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya,ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.




Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini. Pada saya, jika benarpun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api. Saya bukan membela Utusan atau membela Umno. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang. Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik, salah, buat jahat, lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...