Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 21 November 2012

~PERSIDANGAN AGUNG UMNO ( PAU ) 2012 - 26 NOV HINGGA 1 DIS 2012~



Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000 pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan parti dominan Melayu itu.

Tahun lepas seramai 1,700 wakil media dari dalam dan luar negara telah membuat liputan sepanjang perhimpunan dan tahun ini kita jangka kira-kira 2,000 orang dari kalangan media akan terlibat.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Seminar Penerangan Perdana pada 24 Nov yang akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti Forum Antarabangsa Ketiga pada 26 hingga 27 Nov yang bakal dihadiri perwakilan dari 27 negara termasuk dari rantau Asean, Asia, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Palestin.

Jumlah penyertaan antarabangsa bagi forum ini merupakan pengiktirafan pada pucuk pimpinan parti,"

Majlis Taklimat Presiden pada 27 Nov yang akan diadakan secara tertutup antara yang dinantikan anggota perwakilan apabila Najib dijangka memberi amanat kepada jentera perang Umno yang bakal menuju 'ibu segala pilihan raya' tidak lama lagi.

Pada hari sama, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 akan diadakan di Dewan Merdeka, sebelum Perhimpunan Agung bagi ketiga-tiga sayap parti itu, pada keesokannya.

Perhimpunan Agung Umno 2012 dimulakan secara rasmi pada 29 Nov dan berlangsung sehingga 1 Dis dengan pelbagai isu politik, ekonomi, pendidikan dan agama dijangka dikupas para anggota perwakilan.










Sunday, 18 November 2012

~PRU ke-13 Penentu Jatuh Bangun Bangsa Melayu~


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.

"Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar dekat sini malam tadi.

Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Beliau berkata kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya yang berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU-13 akan datang.

Dalam perkembangan lain, Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi PAS  yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan PAS ke-58.

"...saya sedih dalam Muktamar PAS yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?," katanya.

~NILAILAH ~


DISAAT ISLAM DI GAZA BERMANDI DARAH ,DI MALAYSIA ORG PAS MENDOAKAN KEHANCURAN PD UMNO DAN BN...

KENAPA SAMPAI BEGITU ,JANGAN HANYA PARTI BERLATARKAN ISLAM SANGGUP MENDOAKAN ORG YANG SEAGAMA DENGANNYA MENUJU KEHANCURAN...

BANYAK STATUS YANG ADA DI FACEBOOK SAHABAT ANAK JATI MERASA KAN TIDAK SEPATUTNYA BERBUAT DEMIKIAN...APA NAK JADI...KAN LEBIH BAIK JIKA DOAKAN AGAR KITA DISATUKAN KERANA DLM ISLAM SENDIRI MENYERU KEARAH PERPADUAN...

NILAILAH WAHAI2 SAHABA ANAK JATI...
CERITA YANG SAMA BOLEH BERKUNJUNG DI BLOG INI.KLIK SINI

~Najib, Morsi bincang serangan Israel~

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.

Dalam panggilan telefon selama 15-minit, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza.

Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju mendapatkan broker kuasa antarabangsa untuk mempengaruhi Israel menghentikan pencerobohan tenteranya terhadap rakyat Palestin.

Najib dan Morsi juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar.

Serangan udara Israel sejak dua hari lalu telah mengorbankan 19 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita mengandung. - BERNAMA

Psst: diharap rakan2 islam malaysia tak kira pahaman mana menyokong PM kita..dia PM kita wakil suara kita..walaupun ada benci jika ia memberi kebaikan kita perlu sokong sepenuhnya demi kebaikan islam..

Saturday, 17 November 2012

~TUMPANG POPULARITI NAJIB~

TERDESAK AGAKNYA DEMA NI...HEHEH...MAKLUMLAH KEBETULAN PM ADA DTG KE SUNGAI SIPUT ARINI ATAS JEMPUTAN SAMBUTAN DEEPAVALI...MANA KAN TIDAKNYA KONON NYA SAMBUTAN HARI INI ATAS MEREKA PUNYA LAR KAN...

HAH JOM JENGUK GMBR2 BWH NI..TENGOK N NILAI YEW....

Psm

Psm2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...