Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 8 December 2012

~MEROYAN LAGI !!!AHLI PKR SERTAI UMNO~

ini mungkin membuat kan lagi mereka lebih meroyan drpd biasa...kih kih kih.huuuu org kuar Nuar tu yg kuar dr pkr...kebetulan plk ahli2 pkr pon turut serta meninggalkan pkr(parti kian runtuh)..haha...tengok je di bawah nih..

Bekas pemimpin PKR ini meninggalkan parti pembangkang pada Februari 2010 dan menjadi ahli Parlimen Bebas.


Berita memang ditunggu oleh pemimpin UMNO di Pulau Pinang kerana mereka bukan sahaja tahu asal usul Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat malah boleh dimanfaat sebaik mungkin demi Agama Bangsa dan Tanahair.

~TUN M:Melayu perlu sokong Umno utk jadi kuat dalam politik..~


Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu.

Jelas Dr Mahathir, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.


"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya.

Perdana menteri paling lama berkhidmat dan berjasa itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik.

"Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati."

Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka.

Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman.

"Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil.

"Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."

Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.

Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.

"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain?

" Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi
 

~RUGI SATU UNDI,SATU KERUSI ~


Bayan Baru Pulau Pinang - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan borang untuk kembali menyertai parti UMNO kepada Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.
 Untuk rekod beliau yang bertanding pada Pilihanraya ke 12 yang lalu menang atas tiket PKR menewaskan Ooi Siew Kim dari parti Gerakan  dengan majoriti sebanyak 11,029 undi.  Pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas dan tidak mesra BN. Kedudukannya di dewan rakyat akan berubah dari barisan kerusi  PKR kepada barisan kerusi Bebas bermula pada 15 Mac 2010. Alasan beliau adalah kerana kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsesus Bebas di parlimen.

 Punca beliau keluar dari PKR dengan melepaskan semua jawatan yang disandang adalah kerana tidak berpuashati dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat persis "diktator, chauvinis dan berotak komunis".

Friday, 7 December 2012

~KRONI MAKAN SEDAP DAN KENYANG!!!APA CER NI~


DALAM UMNO sedang sibuk berlangsung PAU2012 baru-baru ini,rakan-rakan dari Utara tanahair membuka satu cerita yang cukup mengejutkan tentang projek pengambilalihanIndependent Power Producer (IPP) yng terletak di Kedah Kulim Hi-tech kononnya pada peringkat awal dimohon oleh sebuah syarikat milik UMNO tetapi setelah lulus, projek tersebut menjadi milik syarikat  lain iaitu anak kepada seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab melobi untuk mendapatkan tender tersebut.

Hakikat sebenarnya satu share pun UMNO tidak ada kepentingan di dalam syarikat tersebut dan ahli parlimen ini secara sesuka hati menjaja nama Najib tanpa pengetahuan Najib untuk kepentingan syarikat milik beliau dan anak-anaknya.


Kalau kome nak tahu apa yang lebih kroninya boleh klik DISINI


~MESIR TERUS BERGOLAK~

KAHERAH - Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 446 cedera termasuk anggota polis dalam pertempuran ganas antara penyokong dan penentang Presiden Mesir, Mohammed Mursi di luar istana presiden di Kaherah, kelmarin.

Pertempuran di daerah Heliopolis itu dipercayai berlaku selepas ribuan penyokong Mursi menyerang 300 penentang sedang mengadakan bantah dan duduk di luar kawasan istana presiden tersebut.

Selepas keadaan reda seketika, ratusan penentang Mursi kembali semula dan membaling bom api ke arah penyokong Ikhwanul Muslimin.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan sebanyak tiga kereta kebal ditempatkan di hadapan istana sebagai langkah berjaga-jaga jika keadaan kembali tegang. 

Rentetan peristiwa itu Presiden Mesir, Mohammed Morsi bersedia mengadakan satu perbincangan dengan pembangkang, dijadualkan esok, bagi meredakan krisis politik baru yang melanda negara itu.

Pelawaan itu diberikan di sebalik demonstrasi dan pertembungan antara penunjuk perasaan dan penyokong beliau, yang setakat ini telah membunuh lima orang selain mencederakan 644 orang.

Ia dilihat sebagai situasi paling buruk selepas kebangkitan rakyat awal tahun lalu. Kebangkitan rakyat itu membawa kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Mohammed menyampaikan ucapan kepada rakyatnya semalam ketika penunjuk perasaan berhimpun di pekarangan istana presiden sejak beberapa hari lalu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...