Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 7 January 2013

18SXXX!!! Kisah TERLAMPAU seorang suami...


Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini.

"Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO.

"Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak," ujar Che Rokeman yang bertugas sebagai operator jentera berat kepada Utusan Malaysia.

Menurut Che Rokemen, dia adalah salah seorang penyokong kuat Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan menjadi Setiausaha Pemuda Pas cawangan di kampungnya pada 1991 hingga 1999.

Katanya, semasa dalam Pas dia berasakan dipandang tinggi mentua apatah lagi dengan banyak peranan yang dilakukan untuk kepentingan parti.

"Seluruh ahli keluarga saya sejak datuk saya lagi penyokong Pas dan saya mewarisinya. Malah, tapak surau yang kemudiannya turut dijadikan markas Pas di kampung adalah tanah pemberian keluarga milik emak," ujarnya.

Che Rokeman memberitahu, sejak kecil lagi dia dididik menyokong perjuangan Islam dan setelah berperanan di dalam Pas, dia ingin melihat parti itu terus kuat dan kukuh supaya syiar Islam dapat berkembang.

Tetapi katanya, setelah ditakdirkan Pas memerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 1999, beberapa tindakan para pemimpin atasan dan jentera parti di akar umbi menjadi keterlaluan dan dibiarkan dalam keadaan tidak menentu.

"Kejadian menghalau kanak-kanak di tadika Kemas beransur mengikis keyakinan saya, walaupun awalnya saya rasa itu sekadar mainan akhbar seperti Utusan Malaysia.

"Tetapi apabila kejadian itu turut berlaku berhampiran kampung saya, saya menitiskan air mata, kesal dan sedih. Biarpun bangunan itu milik kerajaan tetapi mengapa tergamak menghalau kanak-kanak," ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, dia tertarik dengan kesederhanaan pemimpin UMNO di daerah ini yang tidak bersikap memusuhi malah sedia membantu jika diminta biarpun untuk kepentingan kumpulan penyokong Pas dan akhirnya menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum 2008.

SERBUAN ORG RAMAI:Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang Nak Kena Serbu!

BOLEH KLIK GAMBAR UTK LEBIH JELAS
Ish.ish. Biar betul weh! Ada ke patut! Mana taknya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan akan jadi havock gila pada hari Jumaat, 11 November 2013 sempena Lawatan Rasmi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek serta perasmian Bangunan baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Program akan bermula berlangsung seawal jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.

Berbagai-bagai acara sampingan akan dijalankan. Antaranya memanah, autoshow, pertandingan karaoke, wall climbing, fun games, senamrobik mesra dan bersama ikon sukan Hafiz Moto GP dan Nabil AF3. Wow! Ada ikon sukan dan artis sekali weh! Ada sukan interaktif termasuk simulasi golf. Weh! boleh buat ek! Ada pulak persembahan nyanyian, paintball target dan pertunjukkan game remote control.

Disamping itu pameran agensi-agensi kerajaan dan swasta pun turut serta dan pendaftaran sukarelawan belia. Moh weh! Jangan ketinggalan. Bawak sekali mak ayah bersama-sama. lagi meriah!

Semua dijemput dan hadiah cabutan bertuah menanti kome semua. Kalau kome tak tau jalan dan nak keterangan lanjut, boleh hubungi kat bawah:

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
Tel    : 04 – 6554444/ 04 – 6551071
Faks : 04 – 6574444

PR MANA PERCAYA MEDIA KERAJAAN... KENAPA SEKARANG BARU NAK GUNA???


Biler tengok sahaja gambar diatas sudah pasti penyokng pr khususnya tidak mempercayai apa yang digembar-gemburkan oleh media ini.Yang pelik nya entah kenapa le tetiba nak guna saluran tv2 ni untuk memperjelaskan amanah nya.Pelik kan

Bukan kah penyokong PR lebih percaya media2 seperti youtube.bagi mereka sendiri media seperti TV 1 tv2  tv 3 dan sebagainya dikontrol oleh kerajaan sendir.Amat pelik kenapa baru sekarang nak guna media ini.Bukan kah media ini yg sering dikutuk dan dicaci seperti TV3 suku.

Guna je lar saluran utube kalau betul ikhlas,bukan apa mungkin ini cara paling efektif untuk perjelaskan sesuatu isu..Bukan apa kome sendiri kata ni media bn lar,itu lar ini lar...Saranan teman guna je lar youtube..Semua leh tgk...Heee



20 NGO Berang dgn Guan Eng!!!


SERI ISKANDAR 6 Jan. - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mengecam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.

Seiring dengan bantahan itu, pertubuhan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah pagi ini mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Antara NGO yang terlibat adalah Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim), Majlis Belia Daerah Perak Tengah, Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Parit dan Persatuan Sepak Takraw daerah Perak Tengah.

SUMBER

BONGKAR!!! Penyelewengan Tabung Memali ??


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130107/po_15/Penyelewengan-Tabung-Memali-terbongkar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...