Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 13 January 2013

VIDEO YANG TAK KAN PERNAH KELUAR DI MEDIA PEMBANGKANG


pesanan dari RASULLULLAH S.A.W yg berbunyi

 "“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya."


SUMBER BSK

INSIDEN PERGADUHAN AMK DAN UNIT AMAL SUNGGUH MEMALUKAN!!! #112


BETULKE ada insiden pergaduhan semalam?

Nak tengok video klik SINI

Saintis LYNAS Dikesan #kl112


Ada betul ke ini ketua saintis kerajaan Malaysia,???mohon kementerian Sains Dan Inovasi sah kan hal ini !!!

langgar tiga syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 hkr #kl112



Kuala Lumpur: Polis menganggarkan hampir 45,000 peserta menyertai himpunan di Stadium Merdeka, di sini, hari ini.

Difahamkan, semua peserta himpunan dari seluruh negara ini berkumpul di 12 lokasi di sekitar ibu kota seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke stadium pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, berdasarkan pemerhatian polis, secara keseluruhannya antara 40,000 ke 45,000 peserta dianggarkan menghadiri perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, polis mendapati penganjur perhimpunan melanggar tiga syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 iaitu membawa kanak-kanak, membawa pelekat berbentuk hasutan dan melanggar permit peserta seramai 30,000 yang dipersetujui sebelum ini.


“Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di sini, petang tadi.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan ke atas mana-mana pihak berhubung perhimpunan itu.

"Sehingga kini, tiada apa-apa kejadian yang tak diingini dilaporkan berlaku dan keselamatan adalah pada tahap yang terjamin.

"Semua anggota polis yang ditugaskan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

"Keadaan lalu lintas lancar cuma kesesakan sedikit di Jalan Maharajalela dan sekitar jalan menuju ke Stadium Merdeka.

“Bagaimanapun, Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Maharajalela menuju ke Dataran Merdeka masih ditutup," katanya.

Beliau berkata, kekuatan anggota polis adalah mencukupi bagi mengawal keadaan. Matlamat mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan juga tercapai.

Sementara itu, tinjauan mendapati semua peserta mula bersurai dan keluar dari stadium secara berperingkat-peringkat sebaik perhimpunan selesai.

Keadaan juga agak terkawal, walaupun berlaku kesesakan tetapi kehadiran anggota trafik berjaya mengawal keadaan.

POLIS CEKUP 2 daripada 5 penjenayah yang lolos


Polis pada Sabtu berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata MohamadFarid Akhtar, 24, diberkas pukul 9 malam tadi di kawasan Kubang Semang di sinihasil risikan dan maklumat awam.

"Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi akannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dariPenjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampasvan polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis engiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

Mereka yang masih diburu ialah Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, Hamzani Harun,37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...