Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 24 February 2013

ISU KALIMAH ALLAH !!! NORMAN TOHA MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!


Pas didakwa menggunakan strategi ‘golok mata dua’ dalam menangani isu kalimah Allah,iaitu dua versi keputusan yang berbeza kepada kelompok ahli Pas dan kelompok PR yang dilihat sebagai strategi untuk menyelamatkan sokongan kedua-dua pihak ahli parti dan Pakatan.Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor,Norman Toha berkata parti itu membuat dua keputusan berhubung isu tersebut, iaitu pada 8 Januari,membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain,ketika bersidang bersama Pakatan,namun pada 13 Januari,ketika mesyuarat Ahli Majlis Syura parti itu, Pas membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya.

“Kenyataan bersama Pas,bersama dengan rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat, PKR dan DAP pada 8 Januari, tidak ditarik semula.Saya lihat di situ ada dua keadaan.Pas,orang Pas duduk dalam kelompok orang Pas,mereka mengatakan ‘TIDAK BOLEH’.Tetapi Pas bersama orang-orang PR,DAP dan PKR,mereka kata ‘BOLEH’.Adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini ? Saya kata ini mengelirukan orang Pas.Dan lebih mengelirukan adalah orang-orang yang bukan daripada parti Pas,”katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di Shah Alam, malam tadi. - AIDC

LIHAT VIDEO DI BAWAH


SUMBER

VIDEO ARE U READY FOR PAKATAN ?? NOOOOOOOOO !!! TERSEBAR


Dengarkan Rakaman ini..

Are You Ready For Pakatan Rakyat???
NOoo!!

Are You Ready For Pakatan Rakyat???
NOoo!!

Video ni bukan buat buat atau sengaja dibuat, ini yang original punya..Jangan ingat semua rakyat sokong pakatan..Apa pun kita kena ingat!!

#SayNoToPR!!


Giliran @MukhrizMahathir bantai tok zizan


MASALAH DALAMAN PAS DI KEDAH MENUNJUKKAN AZIZAN GAGAL MENTADBIR – 

JERLUN, 23 FEB –  MASALAH DALAMAN PAS DI KEDAH SEHINGGA ANGGOTA PARTI ITU DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SIPUTEH MENDESAK MENTERI BESAR MELETAK JAWATAN MENUNJUKKAN DATUK SERI AZIZAN ABDUL RAZAK GAGAL MENYELESAIKAN MASALAH DALAMAN PARTI DAN NEGERI.


TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH DATUK MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR BERKATA KEGAGALAN AZIZAN MENYELESAIKAN MASALAH ITU ADALAH PERKARA SERIUS DAN TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN.

“DALAM SOAL INI, AZIZAN TELAH GAGAL DI PERINGKAT PARTI DAN JUGA NEGERI. BAGAIMANA BELIAU MAHU MENJADI PENTADBIR YANG BAIK DAN CEKAP,” KATANYA KEPADA PEMBERITA SELEPAS MENYAMPAIKAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DALAM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) DAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2012 DI WISMA UMNO JERLUN DI SINI HARI INI.

SEMALAM 200 ANGGOTA PAS KOTA SIPUTEH MENGADAKAN PERHIMPUNAN AMAN DI MEGAT DEWA, DEKAT SINI MENDESAK AZIZAN MELETAK JAWATAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAK LEBIH BANYAK PENUTUPAN UNIT PETI UNDI (UPU) PARTI DI NEGERI INI.

LIMA UPU DALAM DUN KOTA SIPUTEH YANG DITUTUP SETAKAT INI IALAH MEGAT DEWA, KAMPUNG PERING, KAMPUNG SANGLANG, KAMPUNG KANDEH DAN KUALA SANGLANG.

PADA PERHIMPUNAN AMAN ITU MEREKA MEMBANGKITKAN MENGENAI KONSPIRASI UNTUK MENJATUHKAN CALON YANG DIPILIH OLEH AKAR UMBI MELALUI UNDI MANAKALA CALON YANG DIDAKWA MENJADI KESAYANGAN AZIZAN DIKETENGAHKAN.      MUKHRIZ BERKATA UMNO TIDAK PERLU CAMPUR TANGAN DALAM PERKARA ITU.

SUMBER

PM dah bubar Parlimen?


Apabila bubar parlimen nanti pastikan pilihan anda tepat. Keluarga Papa Gomo pun sama. Keluarga anda semua? 

1 undi untuk PKR bawa kepada kehancuran Akidah Islam 

1 undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam 

1 undi untuk DAP bawa kepada penindasan Islam dan bangsa. 

1 undi untuk BN Islam terus dimartabatkan bersama bangsa bangsa lain dalam kehidupan yang aman dan harmoni. 

Nik Aziz tak setuju Anwar PM 7



Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya  untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...