Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 2 June 2013

Aksi Kelakar Pengetua Sekolah Tunai Janji Menari Ala Klip Video Gangnam Style Untuk Rai Pelajar Cemerlang!!!

Pengetua Sekolah Menengah Penketh, Jeff Hughes, berjanji kepada pelajar-pelajarnya untuk tampil dengan gaya tarian popular Gangnam Style pada majlis akhir tahun sekiranya mereka mencapai sasaran dalam pelajaran.

Menurut Hughes, beliau ingin meningkatkan motivasi pelajarnya supaya bekerja keras.

Penketh merupakan sekolah yang mempunyai pengkhususan terhadap matapelajaran media dan seni visual.

"Janji tersebut dibuat sebelum sambutan Krismas lalu dan kami (para guru) mahu memberikan nasihat yang boleh memotivasi pelajar.

"Saya kemudian berkata, 'jika anda mencapai sasaran maka saya akan melakukan tarian Gangnam Style pada majlis akhir tahun," katanya.

Huges menambah,"....dan memandangkan kami guru yang mengkhususkan pada media, jadi mengapa tidak kita buat video muzik yang lengkap?"

Ketika majlis akhir tahun semalam, Hughes, 58 tahun tampil di atas pentas berpakaian seperti penyanyi popular dari Korea, Psy dan menari ala Gangnam Style.

Penampilannya itu nyata memukau pelajar-pelajarnya.

Beliau kemudiannya berhenti menari dan berkata, "Itu belum semuanya."

Tim media kemudian menayangkan muzik video yang memperlihatkan beliau bersama 50 guru menari ala Gangnam Style.

Video itu juga dimuatnaik ke YouTube dan sejam pertama sudah ditonton oleh 110.000 orang.

Sebelum ini, sekolah berkenaan telah mendapat tekanan dari badan pengawas sekolah Ofsted untuk mencapai sasaran dalam pencapaian pelajar-pelajarnya.

"Saya kira yang penting kami mengembangkan hubungan yang kuat dengan kaum muda.

"Kami harus membuat mereka melihat bahwa kita adalah manusia dan saya kira sedikit lega kerana boleh melepaskan tekanan dan ketegangan," katanya.


PANAS TERIK !!! AHLI PARLIEMENT DISERANG SINDROM LOMPAT-LOMPAT ???



Di kala Anwar dengan egonya tidak berminat untuk menunaikan janjinya untuk bersara, dan masih degil mahu meneruskan siri bantahan Keputusan Pru13, negara dikejutkan dengan berita sekurang-kurang nya dua Ahli Parlimen dan Dua ADUN dari Pakatan akan melompat parti meninggalkan Anwar. 

Momentum lompat parti mengulangi sejarah tahun 2009 apabila 3 ADUN dari Perak dan 7 Ahli Parlimen pakatan meninggalkan Pakatan dan Anwar. Di mana ianya satu peristiwa yang mengejutkan negara.Ketika itu, Datuk Zaharain memulakan siri meninggalkan Anwar dengan diikuti Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng sehinggalah kepada Gobalakrishnan dan juga Nasharudin Mat Isa yang turut meninggalkan perjuangan PAS yang semakin tersasar . 

Peristiwa ini berulang lagi, penulis akan dedahkan selepas mendapat green light dari wakil-wakil rakyat tersebut. tiada siapa membayar mereka, tiada siapa mendesak mereka dan tiada siapa mengugut mereka.Anda boleh pilih untuk tidak percayai berita ini, namun sejarah membuktikan pada mulanya tiada siapa mempercayai Zulkifli Noordin, Zahrain, Tan Tee Beng dan lain- lain akan mennggalkan Anwar. 

Akhirnya ia berlaku bukan.Anda boleh teka siapa dan kami hanya boleh kata wakil-wakil rakyat tersebut 3 Melayu dan Seorang Cina. Sebab mengapa mereka melompat dan meninggalkan Anwar, tidak akan kami dedahkan sekarang. 

Kami perlu menjaga rahsia, Presiden UMNO malah tidak ada satu pun pemimpin tertinggi UMNO mengetahui hal ini.Siapakah kami bukan penting kerana Presiden UMNO pun tidak tahu siapa kami. Kami tiada dana tetapi ianya adalah sebuah index pengalaman yang kami berjaya gunakan demi agama bangsa dan negara kita. 

Kepada, Johari Abdul dan Saifudin Nasution, kamu silap bila kamu merangka untuk membeli YB dari BN. Kamu tersilap kerana kami lebih bijak dari kamu berdua. - Mymassa 

PANAS !!! KENYATAAN TERBUKA UNTUK YAB DS Zambry Abd Kadir, MB PERAK TERSEBAR !!!

SUMBER RASMI: Facebookers Hamdan Osman

FYI, sejak tahun 2004 SEHINGGA KINI, saya tidak pernah meminta,melobi apatah lagi mendapat APA-APA projek dari kerajaan Negeri Perak. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah-fitnah yg akan mengaitkan saya dgn Hamidah Osman ADUN Sg. Rapat ketika itu (sehingga tahun 2013 ini). Itu Prinsip saya.

Saya merasa amat kesal apabila YAB mengaitkan nama saya sebagai antara mereka yg “menyapu banyak projek” kepada kepimpinan tertinggi Negara.

Tidak mengapalah sekiranya YAB tidak menghargai jasa saya bekerja keras berkempen utk YAB ketika bertanding & menang dlm pemilihan Exco Pemuda UMNO Msia tahun 2000 dahulu, tetapi MENIPU pihak kepimpinan tertinggi Negara perihal saya “menyapu banyak projek” adalah 1 tindakan yg TERAMAT BODOH.

FYI… saya tidak mempunyai cita2 politik. Knp YAB DS perlu memburuk-burukan saya di mata kepimpinan tertinggi Negara? 

Who m I? I m nobody….

Call me, anytime

Saturday, 1 June 2013

WAJIB BACA !!! SEBAB UTAMA Nurul Izzah Tak Dapat Masuk SABAH ??!!!

Ekoran isu pengusirannya dari memasuki negeri Sabah pada Khamis semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang menimbang tindakannya untuk mencabar larangan masuk ke negeri itu yang dibuat oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah ke mahkamah.

Jika benar itu tindakannya sebagai tindakbalas terhadap keputusan pihak kerajaan negeri Sabah itu maka ini bermakna ianya pertama kali dalam sejarah negara ini seorang Ahli Parlimen Malaysia mahu mencabar salah satu perkara daripada 18/20 perkara di dalam perjanjian Sarawak/Sabah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memberi hak keistimewaan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Perkara 6 Akta Imigresen dalam perjanjian 18/20 perkara bagi Sarawak/Sabah yang cuba dicabar oleh Nurul Izzah berbunyi "Kawalan ke atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah).

Perkara ini jelas dan telahpun dipersetujui oleh semua pihak sebelum berlakunya pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Dan apa yang penting ialah 18/20 perkara dalam Perjanjian Sarawak dan Sabah merupakan lambang kuasa autonomi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kedua-dua negeri ini yang tidak boleh lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Inilah kuasa autonomi yang akan menjadi hak milik kekal Sarawak/Sabah sejak bersama-sama Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura membentuk negara Malaysia yang membolehkan kedua-dua negeri membentuk barisan kabinet negeri masing-masing serta harus dipertahankan sampai bila-bila oleh Sarawak/Sabah dan amat tidak wajar sama sekali bagi orang lain seperti Nurul Izzah untuk mencabar kuasa istimewa yang dimiliki oleh kedua-dua negeri Malaysia Timur ini di mahkamah.sumber 

Memang patut pun si anak papa ni di tahan malah tindakan pihak terbabit yang mengarahkan si anak papa keluar dan kembali ke ibu negara cukup menarik.

Maksudnya di sini jangan main-main dengan undang-undang !!

VIDEO PANAS !!! WANITA MUSLIM DIPERKOSA OLEH PUAK SYAITON




Umat Islam di Malaysia sepatutnya sedar akan pentingnya bersatu demi keamanan sejagat Islam dan Melayu. Tiada bangsa lain di dunia ini yang mana bangsanya sudah meletakkan dia Islam.

Bersatulah andai kita tidak mahu ditindas seperti mereka ini. Tahu mengapa jadi begini? Kerana Islam tidak bersatu malahan wujud talibarut yang buat apa sahaja demi kuasa tidak kira jika ianya memerlukan maruah dan keutuhan agama dipergadaikan.

Hati-hati kerana semakin ramai puak pemecah belah Islam wujud di kalangan kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...