Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 24 August 2013

TERKINI : 5 DITEMBAK KETIKA MINUM TEH TARIK !!


Lima orang cedera dalam kejadian menembak oleh dua penyerang yang tidak dikenali di sebuah kedai kopi di Taman Kasawari, Nibong Tebal sebentar tadi.

Kedua-dua lelaki di atas motosikal Yamaha LC mendekati mangsa sebelum salah seorang daripada mereka mengeluar pistol dan melepaskan beberapa das tembakan pada lima sahabat berkenaan.

Mangsa-mangsa, yang semuanya mempunyai luka tembakan dan telah dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam. Keadaan mereka tidak diketahui.

Satu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Perai Selatan  dilihat mengepung tempat kejadian untuk mengumpul bukti-bukti.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi yang bergegas ke tempat kejadian namun enggan mengulas....

TUN M BERSUARA ,PAk LAH MULA GETAR LUTUT ???

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjernihkan suasana apabila tampil menjawab dakwaan dalam sebuah buku oleh penggantinya, Tun Abdullah Badawi bahawa Malaysia akan muflis sekiranya nasihat beliau diikuti.

Dalam entri terbaru diblognya, chedet.cc. pada Khamis, Perdana Menteri keempat selama 22 tahun itu bagaimanapun, turut menyatakan kegembiraannya dengan penjelasan Pak Lah dalam bukunya, The Awakening, bahawa bukan beliau membuat kenyataan tersebut, namun ia dibuat oleh penemuduga, yang menyatakan sekiranya dia mengikut nasihat beliau negara akan muflis.

"Saya harap beliau tidak kisah dengan penjelasan saya atas apa yang menulis oleh penemuduga berkenaan," katanya.

Dr Mahathir berkata: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain."

Beliau berkata, "semua ini perlu dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap."

Dr Mahathir berkata, Abdullah berjaya menghentikan projek jambatan bengkok dan landasan berkembar elektrik.

Jelasnya, pembinaan jambatan itu menelan belanja RM 1 bilion sementara bagi pembatalan projek tersebut kerajaan terpaksa membayar pampasan bernilai RM200 juta kerana kerja yang tidak siap.

Dr Mahathir berkata projek kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar menelan belanja RM14 bilion - lebih daripada RM2 bilion setiap setahun selama enam tahun.

RM14 bilion pula dapat diselamatkan namun ada keperluan yang lebih baik untuk membina landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, dengan kos RM12 bilion, tambahnya.

"Kontrak telah diberikan kepada syarikat antarabangsa untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Seolah-olah RM14 bilion dapat dijimatkan untuk membina landasan yang lebih pendek. Namun masih banyak wang yang boleh dijimatkan," katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir berkata jet kecil yang beliau gunakan masih dalam keadaan baik untuk Timbalan Perdana Menteri sementara jet yang lebih besar dibeli tidak menggunakan saluran biasa namun dibeli daripada individu persendirian.

"Ada penafian dibuat oleh pihak kerajaan bahawa A320 telah dibeli untuk kegunaan Perdana Menteri. Namun pesawat itu masih digunakan oleh Perdana Menteri hingga hari ini. Yang mengagumkan bagaimana perjanjian itu berjaya. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut?," katanya.

Menyentuh mengenai koridor ekonomi yang diperkenalkan oleh Abdullah, Dr Mahathir berkata setiap koridor menelan kos sebanyak RM70 bilion.

"Difahamkan peruntukan tersebut termasuk pelaburan daripada sektor swasta. Di bawah pentadbiran Abdullah, kerajaan membenarkan pelaburan swasta digunakan. Namun ia adalah baik kerana pulangannya nampak bagus," katanya.

"Ia pasti sebuah kerajaan yang kaya apabila pilihan raya umum ke-12 berlangsung. Apa yang menyedihkan rakyat tidak menghargai berbilion-bilion wang yang berjaya diselamatkan. Mereka menolak parti pemerintah, dengan memberikan lima negeri serta wilayah persekutuan kepada pembangkang, dengan majoriti yang lebih kecil kepada parti sedia ada," katanya.

"Cuba bayangkan berapa banyak bilion lagi dapat dijimatkan sekiranya saya meletakkan jawatan lebih awal sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinangm KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan menjadi hos kepada projek mega lain. Sudah pasti hari ini kita akan memiliki simpanan Ringgit setinggi gunung," katanya.

-mStar


AYUH BANTU GOLONGAN (Homeless) GELANDANGAN MALAYSIA !!!

Apabila Kite Sebut Gelandangan Pasti kita terfikir orang gelandangan ini jenis yang suka tidur di kaki lima tidak kira la dimana pon.Tapi ada satu cerita yang menarik.

Satu kelab dari Kelisa Club drpd Negeri Perak mengambil satu inisiatif membantu golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dengan memberi Pakaian-pakaian terpakai.

Detail -detail ada dibawah :
logo k7c.png

anjuran : ahli Kelisa7Community
tempat : dataran suria pudu dan kawasan berhampiran denganya
tarikh: 24.8.2013
masa: 12pm (12 tgh malam)

https://www.facebook.com/groups/kelisa7community/
hubungi : 0172273361 - eijat


kelisa7community : Kelisa Seven Community (K7c) 

di tubuhkan pada 2011... kami bermulanya dari 2 buah jentera kelisa (cuore) ...berlepak2 d queensbay pulau pinang ....dan terus mcari ahli jentera kelisa sahaja untuk mperkuatkan lagi empayer k7c d serata malaysia..


BAS 'BERLUMBA' DENGAN TEKSI..??? Punca NAHAS BUS GENTING HIGHLAND


Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands kelmarin.

Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.

“Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.

“Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan,” kata Mussammat.

Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa :



 Pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.
“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban".

“Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan,” tambah Mussammat.

Kedutaan Bangladesh dan Kanada telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mayat Rafiq akan diterbangkan ke Bangladesh untuk dikebumikan.


Walaubagaimanapun, syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 mangsa itu telah dipanggil bagi membantu siasatan.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, siasatan itu bagi mencari punca kejadian.


Tambahnya, siasatan segera akan dijalankan apabila bangkai bas itu dikeluarkan dari lokasi kejadian.

Semua pihak diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Friday, 23 August 2013

AKSI PANAS GRO KETIKA DICEKUP PENGUATKUASA !!!

AYER KEROH – Seramai 15 pelayan pelanggan (GRO) bersama dua lelaki tempatan sanggup berhimpit dalam sebuah lubang rahsia bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen Melaka (JIM).

Pengarah JIM negeri, Kamalludin Ismail berkata, bilik di bawah tangga premis pusat hiburan di Taman Melaka Raya itu dijangka tidak akan disedari penguatkuasa kerana pintunya diletakkan di belakang sofa.

Menurutnya, anggota penguatkuasa terpaksa mengumpil pintu berkenaan pada serbuan jam 9.45 malam.

“Pada mulanya, kita terpaksa menunggu setengah jam di luar premis kerana pintu dibuka secara automatik dari dalam.

“Hasil siasatan rapi, kita menjumpai lubang rahsia kira-kira 6x7 kaki persegi dan di dalamnya 15 wanita dan 12 daripadanya warga Vietnam sementara dua lelaki tempatan dipercayai pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa JIM negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, semalam.

Katanya, mereka di antara 25 yang ditahan selepas memeriksa seramai 30 warga asing berusia di antara 17 hingga 33 tahun.

Dua wanita Vietnam turut ditahan kerana melakukan aktiviti pelacuran pada serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Keroh Heights.

Sementara serbuan bermula jam 4 petang itu turut menahan empat lelaki warga Nepal di sebuah resort di Gapam, Jasin kerana tidak memiliki permit sah menetap di negara ini.

Empat lelaki warga tempatan turut ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana sengaja memberi perlindungan kepada pendatang tanpa izin.

Manakala, siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat permit selain Seksyen 6(1)(C ) Akta Imigresen 1959/63 disebabkan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

Dalam pada itu, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan kerana membenarkan seorang warga Sri Lanka menggunakan pasportnya untuk diperbaharui dengan keuntungan RM2,000.

“Kita menahannya selepas lelaki ini membuat urusan pasport di pejabat di sini dan penipuan ini disedari apabila melihat rupa paras mereka tidak sama.

“Dia mengaku pertama kali melakukan kegiatan ini dan kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 12 Akta Pasport 1966,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...