Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 26 September 2013

TERKINI !!! Punca Sebenar Kematian Ustaz Azizan Akhirnya Terdedah!!!


Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr. Nor Zaini Morad berkata, melalui diagnosis yang dijalankan kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berpunca daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah.

''Allahyarham mula kritikal sejak awal pagi semalam setelah jantung terhenti kira-kira pukul 3 pagi semalam.

''Selepas itu Allahyarham diberikan rawatan intensif dan antara organ yang gagal berfungsi ialah buah pinggang, organ mata, lemah saraf dan keadaan peredaran darah yang lemah di bahagian kaki.

Menurutnya, selain itu, Allahyarham juga menghidap komplikasi akibat penyakit diabetis.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena kira-kira pukul 5 petang ini. - UTUSAN ONLINE

TERKINI !!! USTAZ AZIZAN BEKAS MB KEDAH MENINGGAL,ALFATIHAH


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 11.15 pagi tadi.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya.... 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh dan beriman.... ameenn...

Untuk info.... Allahyarham adalah ADUN Sg. Limau, menang dengan majoriti 2,774 dalam PRU 13 yang baru lalu....

TERKINI !!! KEADAAN TERKINI USTAZ AZIZAN,BEKAS MB KEDAH !!!


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilapor kritikal sejak 3.00 pagi tadi akibat masalah jantung yang serius.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat 3.30 petang, Azizan masih tidak sedarkan diri dan dalam pemantauan rapi.

“Azizan mengalami masalah jantung yang serius, denyutan jantung terhenti sekitar 3.00 pagi.

Beliau diberi bantuan kecemasan dan jantung kembali stabil. Namun sekitar 12.00 tengah hari, beliau sekali lagi diserang masalah jantung,” katanya.

Menurutnya, Azizan juga masih belum membuka mata sejak kejadian itu, dan dilaporkan tekanan darahnya juga rendah.

“Minggu lalu, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menziarahi Azizan, beliau kelihatan gembira dan berbual-bual, namun pada ketika itu, semua pelawat dikehendaki memakai sarung tangan dan pakaian khas untuk elak jangkitan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Pas Kedah telah menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin selepas Zuhur tadi dan turut mengarahkan semua Pas kawasan berbuat demikian.

“Saya harap semua berdoa untuk kesejahteraan Azizan yang kini bertarung nyawa. Saya sebak membaca komen-komen positif sejurus berita ini dikemaskini di Facebook, ini menunjukkan beliau disayangi dan disenangi ramai,” katanya.

Menurutnya, kondisi Azizan yang tidak stabil turut dimaklumkan kepada kepimpinan Pas Pusat.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetik.

Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB, 13 Ogos lalu. ~SH

Wednesday, 25 September 2013

PANAS!! MUKHRIZ MELUTUT PADA NAJIB??

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bakal membuat negeri Kedah hilang punca.

Beliau berkata demikian ketika sesi Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian yang mengupas tajuk Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, semalam.

Merujuk Kedah sebagai periuk nasi negara dengan hasil pertaniannya, beliau akui bimbang jika TPP itu ditandatangani.

"Kedah merupakan periuk nasi negara. Walaupun begitu, apa yang kita keluarkan kadang-kadang tidak mencukupi untuk permintaan dalam negara.

"...industri pertanian khususnya padi satu-satunya sumber hasil Kedah. Kalau TPP membuka peluang untuk negara kita mengimport segala-galanya, maka, Kedah tiba-tiba bakal kehilangan punca. Yang ini menimbulkan kebimbangan," katanya.

Beliau juga telah memanjangkan kebimbangan itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Saya sendiri ada timbulkan kebimbangan soal pertanian, IKS, hak intelek dan beliau memberi jaminan bahawa sebelum dokumen-dokumen dipersetujui, kita akan dapat lihat dulu sama ada ini (perjanjian) boleh kita tandatangan atau tidak," katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan soal Industri Kecil Sederhana (IKS) yang bakal terjejas.

"Kebanyakan produk dari luar negara yang masuk ke dalam pasaran kita, akan didapati di Tesco, Jusco dan sebagainya. Berderet-deret produk import.

"Mungkin boleh dibuat oleh syarikat tempatan tapi tak boleh bersaing dari segi kualiti dan harga.

"Jadi, kalau perjanjian TPP ini ditandatangani dan membenarkan pembukaan pasaran sebegitu, maka dibimbangi IKS kita akan terjejas," katanya.

Mengulas lanjut soal itu, beliau memberitahu, produk tempatan tidak akan dapat dijual pada pasaran tempatan sendiri.

"Syarikat-syarikat kita sekarang ini banyak yang berinovasi, tetapi kalau syarikat daripada luar untuk menembusi pasaran kita, maksudnya, produk yang kita buat sendiri pun tak boleh dijual kepada pasaran tempatan, jauh sekali untuk dieksport.

"Contoh produk klinikal. Tetapi tak boleh dijual kepada hospital tempatan," katanya.

Tuesday, 24 September 2013

PANAS BERAPI !!! OMAR ONG LAWAN ORANG UMNO ???

Omar Ong menunjuk-nunjuk dapat mesyuarat bersama Tun Daim dan Dato Mukhriz yang diatur Dato Shuib Lazim

Sebaik saja kita berenti ungkit cerita dia, maka timbullah Omar Ong balik menunjuk pandai sana sini hingga apa saja hal Perdana Menteri yang Omar Ong tak masuk campur dan cuba jadi batu api.

Omar Ong ni pandai. Bukan sebab dia pandai belajar masuk Oxford. Itu pandai buku.

Sedang jual tahi minyak

Dia pandai guna kebolehan bercakap untuk mempengaruhi seseorang dan menjual ide-ide merepeknya yang akhirnya akan hanya menjahanam klien tapi dia kaya raya.

Omar Ong yang menasihati kerajaan untuk buat AES semasa zaman Pak Lah lagi. Dia sudah ada kepentingan dalam syarikat AES. Bila kerajaan kena ambilalih dari kedua syarikat itu, dialah untung dapat laba keuntungan dulu dan kerajaan kena tanggung operasi ini.

Dengar khabarnya ketika dia mula dapat kerja di Malaysia di Mavcap, dia teah terlibat dalam satu projek bernilai RM80 juta dan terbarai rugi. Dia tak tanggung tapi kerajaan tanggung. Dia bergaji besar dan selepas itu, meneruskan kerajaya di tempat lain.

Dia juga yang membawa ide KPI, delivery performance dan lain-lain untuk dijalankan oleh PEMANDU dan dia mengaup keuntungan dari konsultansi.

Dia terlibat dalam war room dan mencadangkan ide liberal seperti mansuhkan ISA dan EO, membenarkan kalimah Allah untuk gereja Kristian di Sabah dan Sarawak, dll. Apabila ini semua backfire, dia diam lepas tangan dan Menteri dan Perdana Menteri yang disalahkan penyokong BN.

Omar Ong juga menyakinkan PM ambil Dato Paul Low tanpa membuat sekuriti check. Akhirnya PM juga akhirnya tak dapat jelaskan apaila diketahui Paul Low terlibat dalam majlis baiah kristian di Hotel Red Rock Pulau Pinang untuk tukar Malaysia jadi negara Kristian. Dalam majlis itu, Paul Low telah mengkritik pentadbiran negara.

Paul Low dicadangkan Omar Ong atas jawatan sebagai President Transparency International. Kononnya untuk benteras rasuah. Tapi Paul Low hanya tahu kritik pegawai kerajaan yang bermaksud dia menyalahkan Melayu.

Baiklah Omar Ong dan Paul Low ... 70% dari rasuah melibatkan komersial dan hanya 30% melibatkan kerajaan. Bangsa Melayu ke terlibat dengan rasuah komersial? Dalam transaksi rasuah, bangsa apa yang sering memberi? Pastinya bukan Melayu tapi bangsa Omar Ong Cina.  


Kadang kala menyampah dengar Omar Ong dapat nasihat dan cadangkan macam-macam tapi hampir semuanya menjahanamkan dan menghilangkan keyakinan orang ramai pada parti UMNO, pemimpin negara, dan orang Melayu bertambah ditindas.

Baiklah Cina muallaf ... kalau kamu nak sangat tunjuk pandai, silalah bertanding jawatan dalam UMNO dan suarakan dengan jelas pandangan kamu supaya orang UMNO tahu pendirian dan pemikiran kamu. Kamu pun Bendahari Gelang Patah dan bapa kamu ahli UMNO Pulai.

Jangan asyik jadi batu api dan sorok belakang orang tertentu lepas baling ..Tunjuk pandai dan pengaruh orang sana sini serta membawa pelbagaii gagasan yang anih dan tak menjadi tapi takut untuk suarakan pandangan dan pemikiran secara terbuka dan lantang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...