Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 25 November 2012

~PRU 13 :DISEMBER NI???~

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.



Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernamadan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. - Mstar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget