Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 3 January 2013

GEMPAR!!!Blogger akan disaman,upppss kebebasan bermedia!!!


Kebebasan media atau kebebasan akhbar merupakan unsur penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Kebebasan dalam erti kata lain adalah keupayaaan sesebuah akhbar serta media menyampaikan maklumat atau suara hati masyarakat tanpa sebarang kawalan atau pengaruh pihak pihak tertentu secara langsung atau tidak langsung, terutama kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan berbeza mengenai sejauh mana sesebuah akhbar perlu bebas menyampaikan sesuatu maklumat atau isu.

Menurut laporan UTUSAN ONLINE KEBEBASAN media menjadi penanda aras masyarakat maju dan terdidik dengan limpahan maklumat yang menyumbang kepada pembangunan sosiobudaya dan politik. Walaupun kebebasan media itu dibimbangi oleh banyak pihak terutama kerajaan, tetapi inilah yang membentuk kesedaran masyarakat terutamanya yang berkaitan kepentingan mereka.

Masyarakat berhak mendapat maklumat yang tepat mengenai sesuatu berkaitan pemimpin dan pelbagai isu yang menyentuh sosial dan politik.

Namun pada kali ini setelah kebebasan ini telah diperjuangkan sendiri oleh PR kononnya ia hak rakyat dan suara rakyat,akhirnya Nga akan menyaman semua akhbar2 atau blog yang menceritakan tentang isu tanah di Kelantan yang telah diberikan oleh Nik Aziz sendiri.


Adahkah ini yang dinamakan kebebasan media kalau rakyat nak bersuara sikit pon tak boleh.Adui melampau jugak kan.Macam mana agaknya biler mereka menjadi kerajaan jika rakyat nak tegur sedikit melalui wadah2 seperti blog ke facebook ke,terus kena saman.Inikah kebebasan bermedia.

Yang pasti apa yang dia buat hanya lah ingin menutup mulut2 atau blog2 yang berbicara soal tanah dikelantan yang dibangkitkan beberapa blog tempatan.Kebebasan media lah sangat kan.Buat sikit nah datang mahkamah,kena saman.Memang melampau kan.

KLIK SINI:Ugutan Kor Ming Buktikan Skandal Tanah Di Kelantan Wujud, Dakwa Hamidah

Dan sini>>>>


Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Blogger Pisau.net, Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid  dan Akhbar Berita Harian kerana memfitnahnya berhubung isu pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Kelantan.

Ngeh berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit menerusi peguamnya, Wong Kian Kheong.

Menurut beliau, pejabat peguamnya akan menghantar notis  saman kepada ketiga-tiga pihak terbabit hari ini dengan memberi mereka tempoh tujuh hari untuk memohon maaf berhubung isu itu atau menghadapi tindakan undang-undang.    

"Saya memberikan tempoh masa tujuh hari kepada mereka ini supaya memohon maaf kerana memfitnah saya berhubung isu itu,’’ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP negeri di Ipoh hari ini.

Menurut Ngeh, beliau juga akan mengambil tindakan yang sama  terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 selepas ini dan ini akan disusuli pihak-pihak lain yang turut menyiarkan laporan berhubung isu itu.

ADUN Setiawan itu berkata,  Pisau.net telah menggunakan nama samaran `Pisau Suka Hiris’ alam blognya bagi mengelak dari dikesan identinya .

"Saya mencabar blogger ini supaya tampil ke depan kerana laporan ini berunsur fitnah terhadap saya,’’ katanya,

Beliau mendakwa transaksi tanah yang membabitkannya dalam isu ini amat telus dan tidak salah dari segi undang-undang.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...