Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 3 January 2013

Gempar!!!KERAJAAN rasuah budak2!!!

Alhamdulillah rezeki buat kanak-kanak untuk permulaan awal tahun.bajet kasih sayang kerajaan...Terima Kasih Kerajaan BN.

"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa, sama ada mereka mahu menggunakannya untuk bayar yuran PIBG itu hak mereka tetapi saya menegaskan pihak sekolah tidak mempunyai hak untuk membuat apa-apa potongan"

KESERONOKAN murid mendapat wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang pada tahun lalu akan berulang mulai 15 Januari ini.

SEREMBAN – Kerajaan menepati janji untuk membantu meringankan beban ibu bapa dengan menyalurkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang bakal dinikmati kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mulai 15 Januari ini.

Berdasarkan pekeliling Kementerian Pelajaran, wang tersebut akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada pihak sekolah sebelum diserahkan sepenuhnya dalam bentuk tunai kepada ibu bapa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan, pihak sekolah tiada hak membuat sebarang pemotongan termasuk untuk yuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

“Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa, sama ada mereka mahu menggunakannya untuk bayar yuran PIBG itu hak mereka tetapi saya menegaskan pihak sekolah tidak mempunyai hak untuk membuat apa-apa potongan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Lawatan Rasmi Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek, Nilai, di sini semalam.

Mohd. Puad membuat peringatan itu selepas mengambil kira bantahan sesetengah ibu bapa mengenai tindakan pihak sekolah membuat potongan yuran sewaktu skim bantuan khas persekolahan itu dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun lepas
.
“Kita tidak mahu ada lagi aduan pihak sekolah buka meja untuk agih wang bantuan dan di tepinya pula ada meja lain untuk bayar yuran, Wang RM100 ini hak ibu bapa,” ujarnya.

Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.

Bantuan itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 bagi meringankan beban ibu bapa tanpa mengira latar belakang serta pendapatan untuk menguruskan persekolahan anak-anak.

Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang kemudian mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaran.- Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget