Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 20 January 2013

Wanita ditembak mati



KLANG: Seorang wanita terbunuh selepas cedera terkena tembakan anggota polis yang cuba menghentikan sebuah kereta dipercayai cuba merempuh mereka di Taman Sejati dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit dikatakan cuba dirempuh kereta Proton Waja yang dipandu secara mengundur oleh seorang lelaki berusia 31 tahun manakala wanita terbabit duduk di sebelahnya.
Difahamkan, anggota polis peronda terbabit melepaskan tembakan amaran sebelum menembak beberapa das ke arah kenderaan berkenaan yang mengenai wanita berusia 22 tahun berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian bermula jam 7.35 malam apabila pasukan peronda polis mengesan pergerakan mencurigakan kereta suspek di Jalan Batu 3 Lama, Klang.


Katanya, pemeriksaan awal mendapati cukai jalan kereta berkenaan telah tamat tempoh menyebabkan anggota peronda terbabit cuba menahan suspek yang kemudian bertindak melarikan diri.


“Suspek melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer hingga ke Taman Sejati. Anggota polis terbabit telah keluar dari kereta peronda untuk menahan suspek tetapi cuba dirempuh kereta Proton Waja itu secara mengundur menyebabkan anggota terbabit melepaskan tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Katanya, anggota polis terbabit berjaya menahan suspek lelaki dan mendapati wanita berkenaan cedera parah akibat terkena tembakan.

Menurutnya, kakitangan perubatan daripada ambulans yang dipanggil ke tempat kejadian mengesahkan wanita terbabit telah mati akibat kecederaan.

“Suspek lelaki telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan manakala mayat wanita itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Adnan berkata, pemeriksaan mendapati suspek lelaki memiliki enam rekod jenayah termasuk samun dan dadah manakala kereta dinaiki mereka dilaporkan hilang Selasa lalu.

“Pemeriksaan di dalam kereta Proton Waja itu juga menemui sebilah parang dan serbuk putih dipercayai dadah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget