Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 19 January 2013

Mabuk di negara jiran !!


Ss memang suka melihat industri hiburan kita diwarnai dengan artis yang berbakat dan cantik. Kalau seseorang itu ada rupa tentulah orang lagi suka kerana ia dapat mencantikkan sesebuah drama atau filem cereka. Itu kata orang, sudah lumrah.

Bagaimanapun, me­ngetahui perangai seorang artis jelita yang kita anggap masih baru dalam dunia hiburan ini membuat­kan SS jadi menyampah.

Sebelum ini SS perasan juga dia mula menunjukkan miang dengan menjadi artis yang seksi. Kalau pakai baju ke majlis keramaian, kalau boleh, dia hendak tayang poto­ngan tubuhnya yang meng­giurkan itu kepada orang. Apa yang tersorok, kalau dapat, mahu ditonjolkan. Memang kulitnya gebu dan tubuhnya agak tinggi macam model.

Itu satu hal. Hal yang lain pula, SS terdengar gosip terbaru mengatakan dia kaki mabuk. Namun artis cantik itu pandai sebab perbuatan itu tidak ditunjukkan di sini, sebaliknya dia akan tunggang sampai tak ingat diri kalau pergi ke luar negara.


Kata sumber, baru-baru ini di ke negara jiran dan keluar berhibur sakan di sebuah kelab hiburan. Di situlah, dia mabuk sakan dan ‘enjoy’ sampai lupa diri.


Dia rupanya tidak sedar bahawa kelab yang dia pergi itu bukannya tidak ada orang Malaysia.

Jadi terkejutlah orang yang melihat sikapnya atau ‘true colour’ dirinya. Sumber SS itu tidak sangka artis itu bukan saja terkinja-kinja melayan muzik tapi mabuk mengalahkan ‘mat salleh’ ­di situ. Itu yang orang nampak. Kalau yang lain itu, SS tak tahulah nak cakap apa.

Bagi SS, artis jelita itu harus sedar diri dan jangan ingat tindak-tanduknya selamat kalau buat perkara tak senonoh di luar negara.

Zaman sekarang kalau orang mahu, mereka boleh rakam apa yang mereka nampak dan terus muat naik ke YouTube.

Itu lagi parah dan itulah juga yang kita tak mahu lihat. Jadi semua artis kena beringat dan berhati-hati sepanjang masa. Ingatlah bahawa ‘CCTV’ sekarang ada di mana-mana.

Buat artis jelita itu sendiri, segeralah tinggal pera­ngai yang tidak bermoral dan bertentangan dengan agama itu. Jangan sampai maruah diri dan keluarga tergadai gara-gara ghairah mengejar syurga dunia.

SS: Banyak khasiat minum kopi Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...