Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 19 January 2013

Najib jangan jadi penakut lawan Pembangkang.. - Tun Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional tidak mungkin memenangi undi majoriti tetapi masih diberi mandat memerintah kerajaan pusat selepas pilihan raya umum 13 (PRU13).

Menurut Dr Mahathir, beliau melihat kerajaan sedia ada agak lemah kerana masih takut dalam isu demokrasi.

“Kalau PRU katalah merosot lagi, kalau pun menang lagi ia adalah ‘empty victory’.

“Kalau nak perintah negara, saya berpendapat negara membangun seperti di sini perlu pada kerajaan yang berwibawa dan kuat.

“Pemimpin kenalah berani sikit. Kalau pemimpin pun penakut maka habislah,” katanya dalam program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13″ di sini.

Katanya, kerajaan dilihat agak bimbang kalau bertindak salah dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk dan hilang kuasa.

Beliau berkata, ini jelas dilihat apabila kerajaan tidak berani bertindak menggunakan kekerasan, bahkan terus menghapuskan segala kuasa yang dimiliki seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Ini soal kuat dan lemah…Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita ada autoriti (dan) majoriti sokong kita .

“Tapi kerana kurang bijak mungkin kita sengaja melemahkan diri kita (dan) terpengaruh dengan pendapat orang nak liberal nak supaya dipuji baik,” katanya.

Katanya, situasi ini jelas dilihat semasa PRU tahun 2008 apabila ramai penyokong BN yang kecewa kerana berasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

“Kita membuka secara luas peluang untuk orang hentam kita dan kita bertindak menyambut hentaman dan kecaman orang dengan kita undur diri.

“Oleh itu penyokong kita berasa kecewa (tahun) 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yg ada…ianya menjadi
lemah,” katanya.

Sementara itu,Dr Mahathir meminta masyarakat Islam berani menegakkan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah mengikut hujah dan pengetahuan yang luas, bukan hanya bersandarkan emosi dan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun menerima pandangan penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam kitab Bible oleh penduduk Sabah dan Sarawak, namun beliau bertegas ia tidak boleh digunakan sewenangnya.

“Kalau ada pihak lain nak gunakan nama itu apa tujuan mereka selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama ini (Islam) sama dengan agama lain.

“Unsur penipuan itu tetap ada sebab tu tak boleh terima penggunaan nama Allah…tapi yg kita tahu kita tak bersetuju,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...