Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 2 February 2013

Aktivis Pas Keluar Parti,Sokong BN

pas-buntar1

Setelah 23 tahun bergelumang dalam PAS, aktivis parti itu mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong Barisan Nasional (BN).

Haji Abdul Rahman Ismail adalah diantara 36 yang mengisytiharkan diri mereka keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan memberi ikrar menyokong BN di hadapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Kerian pada program Jalinan Mesra anjuran BN Parit Buntar.

Haji Abdul Rahman berkata, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan PAS kerana melihat corak kepimpinan parti itu sudah berubah sejak menyertai pakatan pembangkang.

"Saya tidak mahu menceritakan keburukan yang berlaku setelah PAS menyertai PR. Cukup dengan yang berlaku selama ini," ujar Rahman.

Beliau juga berkata kebijaksanaan kepimpinan Datuk seri Najib Tun Razak serta Dr Zambry di Perak membuat hatinya bertambah tertawan untuk menyokong BN dan mengambil langkah besar untuk meniggalkan perjangan di dalam PAS selama dua dekad.

"Cukup setakat ini. Saya mahukan perubahan kerana itulah saya menyokong BN," jelas Rahman-Perak News

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...