Bertemakan Gelombang Merah, program diadakan bagi menjalin dan merapatkan silaturrahim antara anak-anak Kelantan selain memupuk semangat setiakawan dan perpaduan sesama mereka.
Pengarah program Datuk Dr Mohd Kaisan Ab Rahman berkata program tahunan itu juga dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap penaung program, Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Perdana Menteri dijangka akan membuat perutusan khas khusus kepada anak-anak perantau Kelantan," katanya dalam sidang media hari ini.
Menurutnya program itu juga turut mengumpulkan pelbagai gabungan badan bukan kerajaan mewakili anak Kelantan yang merantau di sini.
Jelasnya hadirin akan dijamu nasi kawah selain dihiburkan dengan persembahan dikir barat, artis jemputan serta penampilan khas pemain pasukan The Red Warriors.
Beliau berkata program diserikan dengan cabutan bertuah berupa sebuah Proton Saga FLX dan dua buah motosikal berjenama Momos.
"Untuk maklumat lanjut, peserta program boleh melayari laman Facebook, Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 atau laman Twitter @HPanokkelate172 atau hubungi talian 03-42577009," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment