Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 17 February 2013

Al-Fatihah:Kuswadinata Meninggal Dunia



Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada kira-kira pukul 5.07 petang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu.

Berita kematian Allahyarham disahkan anaknya Irwan, 26, ketika dihubungi mStar Online petang Sabtu.

Menurut Irwan, Allahyarham atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan nazak sejak dimasukkan semula ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat penyakitnya.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan seluruh ahli keluarga.

“Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rasmi Jaya, Ampang untuk malam ini.

“Insya-Allah, solat jenazah pada pagi esok di Masjid Bukit Indah, Ampang tetapi kami belum pasti di mana akan kebumikan sebab tunggu pengesahan pihak masjid, berkemungkinan sebelum tengah hari esok,” katanya.

Sejak empat tahun lalu, Kuswadinata menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar.

Pada 7 Oktober tahun lalu Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.

Selain Irwan, Allahyarham turut memilik tiga lagi anak iaitu Jasmine, 28, Hafsham, 27 dan Rizal, 24, hasil perkahwinan dengan Kamariah selama 30 tahun.

Pada Oktober tahun lalu, anak bongsunya Rizal memberitahu keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa.

Allahyarham yang memulakan kerjaya lakonan di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.

Filem pertama beliau adalah Orang Lichin pada tahun yang sama mula cukup dikenali menerusi filem Antara Dua Darjat (1959) arahan Tan Sri P. Ramlee.

Beliau yang terkenal sebagai pelakon versatil pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.

Antara filem lakonannya lain adalah Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, KLU, Kaki Bakar, Tarik-Tarik, Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak, Kaca Permata, Kala Malam Bulan Mengambang dan Jalang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget