Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 30 March 2013

HOT !!! Remaja Kantoi Bersetubuh Di Gereja,Paderi Melampau


enhanced-buzz-13722-1307120391-47RIO DE JANEIRO – Satu rakaman video lucah memaparkan seorang remaja melakukan seks oral ke atas paderi dalam sebuah gereja dijual di jalanan Brazil, semalam, dalam satu lagi pendedahan skandal pedofilia membabitkan gereja Katolik.

Aksi menggunakan kamera tersembunyi itu dijual secara haram dan dimuat turun menggunakan Bluetooth ke dalam telefon bimbit pelanggan dengan harga di antara RM9.50 dan RM19.15.

Akhbar Folha de Sao Paulo melaporkan, pelaku aksi sumbang itu adalah Monsignor Luiz Marques Barbosa, 84, yang membiarkan dirinya diperlakukan di depan pendupa gereja oleh remaja lelaki bekas penyanyi kumpulan koir.

Dalam rakaman itu juga, remaja berusia 19 tahun itu mengaku didera Barbosa sejak kecil.
Pendedahan rakaman itu dalam program televisyen Brazil bulan lalu mendorong siasatan peringkat Parlimen dilakukan ke atas paderi terbabit.

Ia sekali gus mengesahkan bahawa penderaan seksual oleh kalangan paderi pedofilia memang berleluasa di benua Eropah dan Amerika, selain menjejaskan imej pemimpin tertinggi Kristian ketika ini, Pope Benedict XVI.Barbosa yang mengendalikan gereja di bandar Arapiraca, ditahan beberapa hari lalu dan kini diletak dalam tahanan rumah, manakala pasportnya dirampas.

Dua paderi tempatan lain yang dikaitkan dengan amalan pedofilia oleh tiga bekas anggota kumpulan koir gereja juga diperintah tidak meninggalkan bandar berkenaan.Menurut laporan memetik peguam Barbosa, paderi itu mendakwa diperas ugut dan membayar RM73,519 untuk mengelak ia disebar kepada umum.

Bagaimanapun, kata peguam itu, ia akhirnya terdedah apabila Barbosa enggan membuat bayaran tambahan.
Barbosa juga menafikan dia seorang pedofilia. Sementara itu, ketua paderi di Arapiraca, Valerio Breda, menulis surat meminta maaf atas kejadian memalukan itu.
Katanya, pihaknya ‘memohon maaf atas nama gereja’.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...