Ketika ini, terdapat 75 individu sedang menuntut takhta Kesultanan Sulu termasuk waris palsu, Jamalul Kiram III yang menjadi ketua kepada gerombolan penceroboh Lahad Datu dan Sultan Rodinood ibni Sultan Julaspi Kiram II.
Walaupun bukti menunjukkan Jamalul Kiram III bukanlah berketurunan Raja Muda Mawalil Wasit II seperti didakwanya, tetapi dia tetap bertegas bahawa dia merupakan waris sah keturunan Sulu.
Hakikatnya, bapa Jamalul Kiram, Punjunggan Kiram bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu memandangkan Punjunggan Kiram bukan anak kandung Raja Muda Mawalil Wasit II. Sebaliknya Punjungga Kiram merupakan anak kepada Amir Hamzah, bekas suami Mora Napsa Laga.
Semasa beliau sedang mengandungkan Punjunggan Kiram, Mora Napsa telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya (ketika itu), Amir Hamzah kerana ingin mengahwini Raja Muda Mawalil Wasit II sebagai isteri ketiga.
Kelahiran Punjungga Kiram terpaksa dibinkan dengan nama Mawalil Wasit II atas tipu-helah Mora Napsa agar anaknya itu tidak dicemuh kalangan keluarga Mawalil yang berdarah bangsawan Sulu.
Namun, Mawalil Wasit II juga mempunyai dua isteri sebelum Mora Napsa. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Datu Attik, Mawalil Wasit mempunyai anak bernama Esmail E. Kiram.
Walaupun Raja Muda Mawalil Wasit II pada permulaannya menyerahkan gelaran Raja Muda kepada Punjunggan Kiram, anak Mora Napsa, tetapi status itu terpaksa dibatalkan apabila Raja Muda Mawalil Wasit II yang baru menaiki takhta mengetahui bahawa Punjunggan Kiram bukan dari darah keturunannya.
Baginda kemudiannya menyerahkan gelaran Raja Muda itu kepada Esmail E. Kiram, anaknya bersama Datu Attik. Namun hayat Raja Muda Mawalil Wasit II tidak lama menyebabkan baginda gagal dimahkotakan sebagai Sultan Sulu. Maka disebabkan itu hanya gelaran Raja Muda kekal pada namanya dan bukanlah gelaran Sultan.
Baca Lagi SINI
No comments:
Post a Comment