Aku sendiripun pernah marah dan maki hamun dia. Tapi yang peliknya setiap kali berjumpa pasti dia akan menegur aku dahulu seolah olah dia tak ambil hati dan memaafkan aku. Sikap pemaaf begini sukar untuk ditemui pada seorang pemimpin muda. Aku yakin dia ni suatu hari nanti bakal menjadi pemimpin besar dalam negara, Insyaallah.
Yang lebih musykilnya pulak ialah dalam blog itu seolah olah mahu melagakan juga Datuk Husni Ketua Bahagian Tambun dan Datuk Zambry Menteri Besar Perak. Ada sesuatu muslihat dan agenda dalam tektik untuk menghuru harakan umno Perak.
Tak payah la nak marah marah dia. Tu dah rezeki dia. Dia ni pun anak orang kaya. Belajar pulak luar negara. Orangnya memang bijak dan sebelum aktif umno lagi, dia adalah seorang ahli perniagaan. Pembangkang sengaja sensasikan isu ini untuk meraih sokongan rakyat supaya membenci umno. Tak semua orang umno kaya dan berjaya. Siapa yang berusaha dan bijak menguruskan perniagaan serta Allah mengabulkan doanya untuk berjaya pasti dia akan berjaya. Kalau dibaca pada blog dibawah, seolah olah pembangkang mengharamkan kekayaan dan pembangkang sengaja mahu melaga lagakan orang kaya dengan orang miskin. Dalam dunia ni memanglah orang miskin yang paling ramai. Kalau ikut majoriti, logiknya pasti undi si miskin akan memenangkan pembangkang kalau mereka termakan dengan hasutan. Cuma nasib baik si miskin membaca " A'udzubillahiminashaitonirrojim"
Terus baca disini untuk lihat apa yang pembangkang cuba laga lagakan Klik SINI
Gua sokong bro. Dia antara pemimpin yg terbaik. Gua kenal rapat WanBro nih...
ReplyDelete