Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 1 June 2013

WAJIB BACA !!! SEBAB UTAMA Nurul Izzah Tak Dapat Masuk SABAH ??!!!

Ekoran isu pengusirannya dari memasuki negeri Sabah pada Khamis semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang menimbang tindakannya untuk mencabar larangan masuk ke negeri itu yang dibuat oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah ke mahkamah.

Jika benar itu tindakannya sebagai tindakbalas terhadap keputusan pihak kerajaan negeri Sabah itu maka ini bermakna ianya pertama kali dalam sejarah negara ini seorang Ahli Parlimen Malaysia mahu mencabar salah satu perkara daripada 18/20 perkara di dalam perjanjian Sarawak/Sabah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memberi hak keistimewaan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Perkara 6 Akta Imigresen dalam perjanjian 18/20 perkara bagi Sarawak/Sabah yang cuba dicabar oleh Nurul Izzah berbunyi "Kawalan ke atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah).

Perkara ini jelas dan telahpun dipersetujui oleh semua pihak sebelum berlakunya pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Dan apa yang penting ialah 18/20 perkara dalam Perjanjian Sarawak dan Sabah merupakan lambang kuasa autonomi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kedua-dua negeri ini yang tidak boleh lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Inilah kuasa autonomi yang akan menjadi hak milik kekal Sarawak/Sabah sejak bersama-sama Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura membentuk negara Malaysia yang membolehkan kedua-dua negeri membentuk barisan kabinet negeri masing-masing serta harus dipertahankan sampai bila-bila oleh Sarawak/Sabah dan amat tidak wajar sama sekali bagi orang lain seperti Nurul Izzah untuk mencabar kuasa istimewa yang dimiliki oleh kedua-dua negeri Malaysia Timur ini di mahkamah.sumber 

Memang patut pun si anak papa ni di tahan malah tindakan pihak terbabit yang mengarahkan si anak papa keluar dan kembali ke ibu negara cukup menarik.

Maksudnya di sini jangan main-main dengan undang-undang !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget