Anak Jati Malaya kini merasakan dewan Rakyat Pulau Pinang adalah satu dewan paling berbisa ,kerana apa Anak Jati berkata sedemikian,pada tempoh hari kita dikejutkandengan tindakkan mereka menghalang wartawan daripada memasuki Dun P.Pinang.
Hari ini kita dikejutkan dengan insiden Speaker DUN Law Choo Kiang (gambar) berulang kali mengeluarkan amaran mengingatkan wakil rakyat supaya tidak membuat provokasi yang boleh membangkitkan kemarahan sehingga mengganggu kelancaran persidangan dewan.
Kali ini, RSN Rayer (DAP-Seri Delima) pula yang diberi amaran keras oleh Law kerana kelantangannya membuat provokasi sehingga menimbulkan kemarahan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu perkauman.
Law yang berulang kali mengarahkan Rayer supaya duduk dan berhenti bercakap akhirnya terpaksa meninggikan suara dan memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadap ADUN Seri Delima itu sekiranya masih enggan mengikut arahan.
"Seri Delima duduk...saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan begitu juga dengan Pinang Tunggal.
Terus kan Membaca DISINI
No comments:
Post a Comment